Suka Makan Nasi Arab? Buat Sendiri Dengan Resepi Sedap Dan Mudah Ini Lengkap Dengan Salatoh Dan Salsa!

Resepi mudah nasi Arab ini guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja, lengkap dengan resepi salatoh dan salsa yang enak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak dinafikan rakyat Malaysia ramai yang menggemari hidangan nasi Arab dan kerana itulah juga banyak restoran nasi Arab yang hidup bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang menawarkan hidangan dari negara Timur Tengah itu.

Tapi kalau selalu makan di restoran nasi Arab lebih-lebih lagi kalau anda mempunyai keluarga besar agak membebankan kerana harga untuk satu hidangan agak mahal.

Jadi apa kata anda masak sahaja sendiri di rumah? Guna sahaja bahan-bahan yang ada di rumah dan masak pun boleh guna periuk nasi elektrik lengkap dengan resipi Salatoh dan Salsa.

Yang pasti hidangan ini sangat mudah untuk disediakan dan rasanya juga enak! Jom kita lihat cara penyediaan bahan-bahan dan cara memasak nasi arab ini.

A) Bahan rebusan ayam :

  • 3 kepingan peha ayam (whole leg)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 3 biji buah pelaga 
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah kurma
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya (air rebusan ini akan guna untuk masak nasi (5 cawan) & sup (1 mangkuk)

B) Bahan perapan ayam :

  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Sos tiram
  • Garam
  • Perasa
  • 1 sudu makan madu
  • 2 sudu makan minyak masak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara-cara memasak :

1. Rebus ayam bersama bahan-bahan rebusan hingga masak. Air rebusan tadi akan digunakan untuk masak nasi dan selebihnya buat sup untuk makan bersama nasi.

2. Angkat ayam dari air rebusan. Kemudian perap menggunakan bahan-bahan perapan ayam. Perap sebentar.

3. Panggang ayam pada suhu 150C selama 15 minit menggunakan api atas sahaja. Keluarkan ayam sekejap dan sapu lebihan bahan perapan tadi. Bakar semula selama 15 minit lagi sehingga ayam masak sempurna. Hasilnya ayam akan menjadi berkilat dan cantik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Ayam siap. Ayam ni boleh juga dimasak sekali dalam nasi (jika suka)

C) Bahan nasi arab :

  • 2 1/2 cawan beras basmathi – rendam 30 minit terlebih dahulu 
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • Rempah 3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
  • 2 sudu makan minyak sapi/marjerin/mentega 
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Pewarna secukupnya
  • Sedikit daun ketumbar

Cara-cara memasak :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Panaskan majerin atau mentega dalam kuali. Tapi jika mahu nasi lebih sedap, guna minyak sapi.

2. Masukkan bahan-bahan hiris dan rempah 3 sekawan. Tumis sampai garing.

3. Masukkan beras yang telah direndam dan ditoskan airnya. Gaul bersama bahan tumis. Tumis sehingga garing supaya nasi jadi sedap. Alihkan beras ke dalam periuk nasi.

4. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi ke dalam periuk nasi. Sukatan airnya adalah 1 cawan beras = 2 cawan air. Jika guna 2 1/2 cawan beras, airnya 5 cawan.

5. Masak nasi seperti biasa hingga masak sempurna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Bila nasi telah kering, tuang pewarna dengan secukupnya. Boleh juga guna minyak karotena. Tutup periuk dan biarkan 10 minit barulah dibuka kembali dan kacau rata.

7. Tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan bersama ayam, salatoh, salsa dan sup.

D) Bahan salatoh :

  • Tomato – potong kiub
  • Timun
  • Bawang besar
  • Pudina @ Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit jus lemon

Cara-cara memasak :

1.Potong kiub bahan-bahan diatas. Daun pudina atau daun ketumbar boleh dihiris.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Gaul semua bahan dalam satu bekas, Masukkan sedikit gula, garam dan perahan jus lemon.

3. Siap untuk dihidang.

E) Bahan salsa :

  • Cili api
  • Cili besar
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • Jus lemon secukupnya
    (sukatan bahan agak-agak)

Cara-cara memasak :

Satukan kesemua bahan dan kisar halus. Perah sedikit jus lemon. Siap.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resipi Nasi Dagang Terengganu Klasik, Lengkap Dengan Acar Timun Memang Sedap!

Baca juga : Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

Baca juga : Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

Penulis

Nursyamimi