Resepi Nasi Briyani Ayam Paling Sedap Dan Confirm Jadi Macam Restoran, Boleh Cuba Resepi Ini Di Rumah

Nikmat betul kalau dapat makan nasi briyani di majlis perkahwinan. Tak perlu tunggu kenduri, anda boleh buat sendiri di rumah ikut resepi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Boleh kata nasi briyani adalah antara hidangan kegemaran ramai di kalangan masyarakat kita. Biasanya kita dapat lihat hidangan ini ketika menghadiri kenduri, majlis rasmi dan majlis perkahwinan. 

Ia sememangnya satu menu masakan yang cukup sedap dan tidak menjemukan. Biasanya nasi briyani akan dihidangkan bersama ayam briyani dan acar mentah. Tidak dinafikan yang kombinasi nasi briyani dan ayam briyani serta acar mentah ini menjadikan ia satu hidangan yang sangat menyelerakan.

Sebenarnya cara untuk membuat nasi briyani tidaklah rumit seperti mana yang kita fikirkan. Nah, ini resepi nasi briyani dari Che Nom yang boleh cuba buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan Nasi Briyani:

  • Bahan-bahan untuk ayam briyani:
    • 1 ½ ekor ayam
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 2 sudu kecil garam
    • 2 senduk minyak gorengan ayam
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    • 1 biji bawang besar
    • 2 helai daun pandan
    • 2 sudu besar bawang putih kisar
    • 2 sudu besar halia kisar
    • 5 sudu besar rempah briyani
    • 5 tangkai cili hijau besar
    • ½ cawan kismis goreng
    • 3 biji tomato
    • 2-3 sudu besar tomato puree
    • 4 sudu besar sos cili
    • 2 keping daun bay
    • 2-3 sudu besar yogurt asli
    • ½ cawan susu cair
    • 3 sudu besar bawang goreng
    • Garam secukup rasa
    • Daun ketumbar
  • Bahan-bahan nasi briyani:
    • 2 sudu besar minyak sapi
    • 2 sudu besar minyak masak
    • Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    • 1 sudu besar bawang putih kisar
    • 1 sudu besar halia kisar
    • 2 helai daun pandan
    • 1-2 biji tomato
    • 4 cawan beras
    • 5 cawan air
    • 1 sudu besar gula batu
    • Garam secukup rasa
    • ½ cawan kismis
    • 1 cawan susu cair
    • 2-3 senduk kuah ayam briyani
    • Pewarna oren & kuning
    • 2 sudu besar minyak sapi cair
  • Bahan-bahan acar mentah:
    • 1 batang timun
    • ½ -1 batang karot
    • 1 biji bawang besar
    • Cili padi
    • 2 potong nenas
    • 2-3 sudu besar jus limau
    • 2 sudu besar pati oren sunquick
    • 1 sudu besar gula
    • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk ayam briyani:
    1. Kisar halus bawang putih dengan sedikit air atau minyak diikuti dengan halia bawang merah, tomato, dan cili hijau. Kisar halus setiap bahan secara berasingan.
    2. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam, lalu perap seketika.
    3. Bancuh rempah briyani dengan air dan gaul sebati.
    4. Gaul sedikit garam pada hirisan nipis bawang merah dan goreng sehingga keperangan.
    5. Goreng kismis sekejap dalam anggaran masa 2-3 minit.
    6. Goreng perapan ayam sehingga separuh masak.
    7. Dengan gunakan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, rempah 4 sekawan, hirisan bawang besar dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau.
    8. Tumis pes kisar halus bawang putih dan halia sehingga agak garing.
    9. Masukkan bancuhan rempah briyani, pes kisar cili hijau besar dan pes tomato.
    10. Masukkan ayam goreng, kismis goreng, tomato puree, sos cili, daun bay, yogurt asli, susu cair, bawang goreng dan garam secukup rasa.
    11. Masak kesemua bahan sehingga kuah ayam briyani menjadi pekat.
    12. Taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.
  2. Cara-cara untuk nasi briyani:
    1. Goreng gajus sehingga agak kekuningan.
    2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, lalu tumis rempah 4 sekawan, pes kisar bawang putih, pes kisar halia, daun pandan, tomato dadu dan beras basmathi.
    3. Masukkan daun salam, air, gula batu dan garam secukup. Kacau sehingga bahan sebati. Tutup sekejap sehingga agak kering.
    4. Tambah kismis dan susu cair, lalu masak sehingga kering.
    5. Tuang sedikit kuah ayam briyani dalam nasi.
    6. Tambah pewarna oren dan kuning, bawang goreng, gajus goreng dan daun ketumbar.
    7. Masak sehingga kering.
    8. Tuang minyak sapi yang telah dicairkan.
  3. Cara-cara untuk acar mentah:
    1. Potong bahan-bahan acar.
    2. Masukkan jus limau, pati oren sunquick, gula dan sedikit garam.
    3. Kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu.
    4. Sejukkan sekejap dalam peti ais.
  4. Cara-cara untuk Nasi Briyani Ayam:
    1. Goreng papadam sehingga masak.
    2. Hidangkan nasi briyani dengan ayam briyani, acar mentah dan papadam.

Tip:

  • Selain susu cair, boleh juga digantikan dengan susu full cream ke dalam ayam briyani.
  • Tumis pes kisar bawang besar untuk nasi briyani jika mahu lebih wangi baunya.
  • Rendam beras basmathi dalam anggaran masa 15 minit sebelum di masak dan basuh beras 3-4 kali untuk buang kanji pada beras.
  • Nisbah air untuk memasak nasi adalah 1½ cawan air bersamaan dengan 1 cawan beras.
  • Petua untuk sedapkan nasi briyani adalah dengan menambah gula batu ke dalam nasi.
  • Kuah ayam briyani yang dimasukkan dalam nasi tidak perlu kacau sekata, biarkan tuang secara bertompok dalam nasi.
  • Selain pewarna oren dan kuning, boleh juga gantikan dengan saffron untuk menambah warna nasi briyani.
  • Selain jus limau nipis dan pati oren sunquick, boleh juga tambah cuka kedalam acar mentah.
  • Boleh juga gantikan menu ayam briyani kepada ayam masak merah.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menu Sihat Berasaskan Ikan Untuk Ibu Mengandung, Bantu Kuatkan Otak & Tulang Janin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Yang Mudah & Berkhasiat, Si Manja Mesti Akan Suka!

Baca juga: Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad