X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bahan Rahsia Buat Nasi Goreng Cina Sedap! Confirm Anak & Suami Makan Bertambah

4 min bacaan
Bahan Rahsia Buat Nasi Goreng Cina Sedap! Confirm Anak & Suami Makan BertambahBahan Rahsia Buat Nasi Goreng Cina Sedap! Confirm Anak & Suami Makan Bertambah

Nasi goreng cina antara makanan yang biasa dimasak untuk seisi keluarga kerana rasanya yang tidak pedas sesuai untuk semua peringkat umur.

Nasi goreng cina antara makanan yang sesuai untuk dimasak seisi keluarga kerana rasanya yang tidak pedas jadi ia sesuai untuk semua peringkat umur dari anak hinggalah dewasa.

Tapi kadang kala, walaupun kita sudah masak dan rasa okay, tetap tidak boleh menandingi rasa di kedai terutama kedai yang memang kepakarannya memasak makanan yang begitu.

Mesti ada bahan rahsia yang digunakan hingga ia menimbulkan rasa yang unik dan berjaya menambat selera pelanggan. Jadi kali ini kami kongsikan rahsia masak nasi goreng cina dari Har Ryea. Mungkin ada daripada anda yang tidak pernah lagi masukkan bahan ini ke dalam masakan anda.

Nasi goreng cina jadi sedap dengan bahan rahsia ini

Nasi goreng cina

Mungkin selama ini anda tidak tahu, minyak bijan antara bahan yang penting bagi menimbulkan rasa nasi goreng cina yang asli sama seperti rasa di kedai China Muslim yang kita biasa makan.

Jom cuba resepi ini.

Nasi goreng cina

Bahan-bahannya:

  • Nasi - 5-6 senduk
  • Bawang putih - 5 ulas besar (ketuk dan cincang halus)
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa - 2 hingga 3 sudu besar
  • Minyak bijan - 1 hingga 2 sudu besar
  • Udang hidup
  • Telur - 4 hingga 5 biji
  • Sayur campur - 1 mangkuk

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan garing sedikit
  2. Masykkan udang dan biarkan masak seketika
  3. Ketepikan udang dan masukkan telur. Kecilkan sedikit api supaya telur masak elok kemudian pecah-pecahkan telur berkenaan
  4. Taburkan Maggi Cukup Rasa dan kacau seketika
  5. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi
  6. Rasa dan tambah serbuk cukup rasa atau minyak bijan ikut citarasa masing-masing
  7. Sedia untuk dihidangkan!

Khasiat minyak bijan yang ramai tak tahu

Nasi goreng cina

Agaknya apa kelebihan minyak bijan, selain menyedapkan makanan, adakah ia berkhasiat? Tahukah, minyak bijan merupakan antara makanan sihat yang telah terbukti mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan miliki pelbagai manfaat untuk kecantikan.

Minyak bijan merupakan hasil yang diperoleh dari proses menekan biji bijan. Ia diketahui mengandungi paras antioksidan yang tinggi, kaya dengan vitamin dan pelbagai khasiat.

#1. Menstabilkan tekanan darah

Minyak bijan mempunyai kesan penurunan tekanan darah dan natrium dalam darah. Kajian Yale Journal of Biology and Medicine menunjukkan seorang pesakit darah tinggi telah diminta untuk mengamalkan minyak bijan selama 45 hari, tekanan darah mereka berjaya kembali ke bacaan normal. Ini kerana, minyak bijan bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium dalam badan.

#2. Berkhasiat untuk kulit

Kandungan antioksidan dalam minyak bijan memberi manfaat kepada kulit dengan membantu meningkatkan kesan vitamin E dan antioksidan yang lain.

Kajian ringkas yang dijalankan menunjukan individu yang menggunakan minyak bijan telah mengalami penurunan dalam jangkitan kulit dan peningkatan kesakitan sendi. Ini merupakan kesan dari antibakteria dan anti-inflamasi yang terdapat dalam minyak bijan.

#3. Lambatkan proses penuaan

Minyak bijan mempunyai sifat antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini bertarung dengan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan dalam badan. Selain itu ia juga menggalakkan kulit yang sihat dan cantik.

Biji bijan penuh dengan zink, iaitu mineral penting untuk menghasilkan kolagen dan memberikan keanjalan kulit. Zink juga membantu untuk memperbaiki tisu yang rosak di dalam badan.

#4. Baik untuk hati

Penyelidikan menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan lemak tak tıpu adalah baik untuk kesihatan jantung. Minyak bijan terdiri daripada 82% asid lemak tak tepu. Ia kaya dengan asid lemak omega-6. Ia kaya dengan asid lemak omega-6.

Asid lemak Omega-6 adalah sejenis lemak tak tepu yang penting untuk diet dan memainkan peranan penting dalam pencegahan penyakit jantung. Penyelidikan pada tikus menunjukkan bahawa minyak bijan boleh membantu mencegah penyakit jantung dan juga melambatkan perkembangan plak di arteri anda.

#5. Melindungi daripada sinaran UV

Kajian menunjukkan bahawa minyak bijan boleh melindungi daripada kerosakan sinar UV, yang boleh membahayakan kulit anda. Kesan ini mungkin disebabkan oleh kandungan antioksidan yang tinggi. Beberapa sumber menyatakan bahawa minyak bijan boleh menjadi pelindung matahari semula jadi yang baik dan mempunyai SPF semula jadi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit foto: har ryea

Baca juga: 15 Minit Siap! 5 Resepi Makanan Bayi 6-8 Bulan Yang Ibu Boleh Cuba!

Baca juga: Tekstur Makanan Bantu Anak Bercakap, Sebab Itu Penyediannya Perlu Ikut Step!

Baca juga: 23 Resepi Makanan Bayi 8 Bulan Berkhasiat, Mudah & Cepat Untuk Ibu Sediakan!

Stories Rakan Kongsi
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Bahan Rahsia Buat Nasi Goreng Cina Sedap! Confirm Anak & Suami Makan Bertambah
Kongsikan:
  • Senarai Resepi Baby 7 Bulan Yang Special & Mudah Untuk Si Manja, Ibu Patut Cuba!

    Senarai Resepi Baby 7 Bulan Yang Special & Mudah Untuk Si Manja, Ibu Patut Cuba!

  • Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

    Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

  • Suami Jangan Biar Isteri Pantang Sendiri, 30 Hari Pertama Selepas Bersalin Amat Mencabar

    Suami Jangan Biar Isteri Pantang Sendiri, 30 Hari Pertama Selepas Bersalin Amat Mencabar

app info
get app banner
  • Senarai Resepi Baby 7 Bulan Yang Special & Mudah Untuk Si Manja, Ibu Patut Cuba!

    Senarai Resepi Baby 7 Bulan Yang Special & Mudah Untuk Si Manja, Ibu Patut Cuba!

  • Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

    Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

  • Suami Jangan Biar Isteri Pantang Sendiri, 30 Hari Pertama Selepas Bersalin Amat Mencabar

    Suami Jangan Biar Isteri Pantang Sendiri, 30 Hari Pertama Selepas Bersalin Amat Mencabar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.