X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Salah Saya Ibu? Anak Disimbah Air Panas Sampai Melecur Perut & Dilumur Najis

9 Mar, 2020
Apa Salah Saya Ibu? Anak Disimbah Air Panas Sampai Melecur Perut & Dilumur Najis

Membesarkan seorang anak bukannya mudah. Jika ibu hilang kesabaran dan menganggap anak pembawa nasib malang, mereka sanggup bertindak 'naik tangan'

Seorang remaja perempuan dipercayai telah didera oleh ibu kandung yang menganggap dirinya pembawa nasib malang dalam keluarga.

Tindakan ibu yang kejam berkenaan telah terbongkar apabila Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada 4 Mac yang lalu.

Anak pembawa nasib malang

anak pembawa nasib malang

credit to sources

Menurut saksi, mangsa yang berusia 17 tahun berdepan dengan nasib malang apabila dia telah dipukul, disimbah air panas, dipotong kuku sehingga ke bahagian isi serta patah gigi akibat didera ibu kandung di rumah mereka di Taman Pandan Mewah, Ampang.

“Remaja berkenaan turut  mendakwa dirinya diugut untuk makan najis dan pernah dilumur kotoran tersebut pada bahagian muka,”

“Kejadian itu telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan takut untuk pulang ke rumah. Dia telah  diselamatkan oleh orang ramai serta dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” kongsinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pemeriksaan ke atas mangsa di Hospital Ampang mendapati terdapat kesan melecur di perut, patah gigi dan kuku dipotong sehingga kelihatan bahagian isi.

“Susulan laporan berkenaan, kami telah berjaya menahan seorang suspek yang juga suri rumah berusia 39 tahun di rumahnya semalam untuk siasatan lanjut,”

“Suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 10 Mac nanti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang mengambil tindakan berani serta pantas menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kes berkenaan.

Tanggungjawab seorang ibu mengikut Islam

Tidak dinafikan tugas seorang ibu pada masa kini sangat mencabar fizikal dan mental. Namun, anda perlu sedar bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap amanah dari Allah ini. Antaranya:

#1. Mengasihi anak sepenuh hati

Salah satu hak anak-anak terhadap seorang ibu adalah mendapatkan cinta dan kasih sayang. Perasaan kasih kepada mereka perlu ditanam dalam hati ibu selepas berjaya melahirkan permata hati buat seorang suami.

Ia adalah tanggungjawab semula jadi dan menjadi sebuah kewajipan bagi setiap ibu. Hubungan seorang anak dan ibu akan menjadi lebih rapat sekiranya anda berusaha memberikan yang terbaik buat seluruh ahli keluarga.

Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya, mengasihi anak-anak bukanlah sekadar memenuhi keinginan mereka, tetapi ia adalah cara untuk memperoleh keredhaan Allah dan Rasul-Nya.

#2. Menguruskan makan dan minum

pembawa nasib malang

foto: shutterstock

Sebagai seorang ibu, anda juga dianggap sebagai pengurus di dalam rumah. Biarpun anda berhadapan dengan kesibukan tugas seharian, pastikan makan dan minum anak-anak terjaga.

Kemajuan yang dicapai pada hari ini juga turut memudahkan urusan seharian kerana terdapat aplikasi yang boleh menghantar makanan terus ke pintu rumah anda.

Dalam hal ini, peranan ibu adalah memastikan anak-anak diberi makanan dari sumber yang halal mengikut kemampuan anda.

#3. Proses pengasuhan

Apabila mengasuh seorang anak, ia mestilah meliputi tugas mendidik,, membimbing dan menyediakan segala keperluan mereka.

Meskipun anda mampu  mendapatkan khidmat asuhan dari pusat jagaan kanak-kanak, namun ia tentunya tidak akan sama dengan belaian dari seorang ibu kandung.

Justeru, pastikan anda meluangkan masa bersama anak-anak dan melihat sendiri proses perkembangan mereka kerana waktu kanak-kanak adalah sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila.

#4. Berikan pendidikan secukupnya

Stories Rakan Kongsi
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
Through The Lens of Star Students
Through The Lens of Star Students
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
6 Ways Mums Affect Their Child’s Nutrition Without Knowing It
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
nasib malang seorang anak

credit to sources

Didikan seorang ibu amat penting dalam membesarkan anak-anak. Anda perlu memastikan anak-anak dihantar ke sekolah pada usia seawal 7 tahun. 

Jika mereka diajar dengan nilai-nilai positif sejak kecil, pastinya anak-anak lebih prihatin terhadap perkara di sekelilingnya, menghormati orang tua dan tidak terlibat dengan gejala yang tidak baik.

#5. Memastikan keharmonian keluarga

Dalam ajaran agama Islam, sebuah keluarga perlu memiliki unsur kasih sayang, perlindungan, kehormatan, saling mempercayai dan sedia untuk berkorban.

Hadzrat Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mencium cucunya, Hadzrat Hasan RA. Hadzrat Aqra Bin Habis RA yang berada di situ berkata, ia mempunyai sepuluh orang anak tetapi ia tidak pernah mencium mereka.

Rasulullah SAW melihat padanya dan berkata, “Allah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi orang lain”. (Bukhari). Hadith ini menunjukkan bahawa mencium dan mengusap anak-anak adalah tanda kasih sayang. Hanya orang-orang yang mengasihi sahaja yang berbuat demikian.

Allah SWT hanya mengasihi orang-orang yang mengasihi orang lain. Dan orang-orang yang tiada perasaan belas kasihan kepada orang lain tidak layak dikasihani oleh Maha Pencipta. 

Sumber: Harian Metro,  Nurul Atika

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Apa Salah Saya Ibu? Anak Disimbah Air Panas Sampai Melecur Perut & Dilumur Najis

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkes-dera

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Apa Salah Saya Ibu? Anak Disimbah Air Panas Sampai Melecur Perut & Dilumur Najis
Kongsikan:
  • Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

    Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

  • Suami Minat DIY? Ingatkannya Elak Guna Grinder Untuk Potong Kayu Kalau Sayang Jari

    Suami Minat DIY? Ingatkannya Elak Guna Grinder Untuk Potong Kayu Kalau Sayang Jari

  • Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

    Ibu Masih Dalam Pantang, Bayi 12 Hari Mangsa Paling Muda Dijangkiti Wabak COVID-19

  • Suami Minat DIY? Ingatkannya Elak Guna Grinder Untuk Potong Kayu Kalau Sayang Jari

    Suami Minat DIY? Ingatkannya Elak Guna Grinder Untuk Potong Kayu Kalau Sayang Jari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham