13 nasihat perkahwinan yang wajib dibaca suami isteri SEKARANG!

Sama ada anda sudah kahwin selama 2 bulan, 2 tahun, 12 tahun atau 2 dekad -- ini 13 nasihat perkahwinan yang wajib anda tahu untuk rumah tangga bahagia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama ada anda sudah kahwin selama 2 minit, 2 bulan, 2 tahun atau 2 dekad, ini 19 nasihat perkahwinan yang penting untuk anda baca. 

Perkahwinan bukanlah mudah. Tapi, jika anda membaca nasihat perkahwinan ini, ia juga bukan bemaksud rumah tangga anda sudah dilanda badai.

Namun, ia sekadar bermaksud anda lebih menyayangi rumah tangga ini dan anda ingin memperbaiki atau menambahbaik hubungan dengan pasangan. 

Jadi, apa salahnya kan? Jom baca 13 nasihat perkahwinan yang penting ini agar rumah tangga anda sentiasa harmoni lagi bahagia.

13 nasihat perkahwinan yang wajib dibaca oleh semua suami isteri

1. Pilih cinta, walaupun anda menyampah betul dengan pasangan

Suami suka campak-campak pakaian? Ataupun isteri anda buka aircond dalam semua bilik seolah-olah anda anak orang kaya?

Memang senang nak rasa menyampah dengan perangai pasangan. Lebih-lebih lagi kalau anda tengah kecewa dengannya. Tapi ingat benda ini:

Sentiasa pilih rasa cinta. Pilih rumah tangga anda. Jangan marah atas benda-benda kecil. Apa yang penting ialah rasa cinta anda!

2. Jawab teks yang dihantar itu!

Lepas berkahwin, kalian pasti akan semakin kurang bermesej. Tapi, jangan abaikan terus mesej-mesej yang dihantar itu.  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesej ringkas yang berbunyi “Tak sabar tunggu abang balik” ataupun “Baiklah, nanti abang belikan” sudah cukup membahagiakan. Jadi, jangan lupa balas mesej pasangan ya!

3. Bergaduh bukan maksud nak menang saja

Kadang-kadang bila bergaduh, kita selalu mengungkit, kan? Sedangkan, kita tak jumpa pun lagi penyelesaian untuk pergaduhan asal. 

Itu sebenarnya kerana kita nak menang saja. Pergaduhan dalam perkahwinan itu sihat, tapi bukan bermaksud anda perlu menang selalu setiap kali bergaduh.

4. Jangan biar telefon jadi “orang no 3”

Asyik sangat dengan telefonscroll Instagram mahupun Facebook. Tapi, jangan lupa pasangan anda.

Apa kata apabila pasangan ada dalam bilik, kereta atau atas katil, anda letakkan telefon dan beri perhatian pada mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka lebih penting dari skrin telefon anda, kan?

5. Jangan buka aib pasangan di online atau pada rakan-rakan

Biarlah tweet atau status yang mengutuk dan membuka aib pasangan itu dilakukan oleh orang yang tidak matang.

Orang matang tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan rahsia rumah tangga sendiri untuk dibaca oleh orang lain kerana ia tidak mendatangkan faedah langsung 😉

6. Sokong pasangan setiap masa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak kiralah sama ada sekarang anda tengah bahagia atau tidak, sakit atau sihat, kaya atau miskin, anda berkahwin bukan sebab nak melalui saat senang saja.

Hidup inikan ibarat roda? Ada masa susah juga. Jangan lupa sokong pasangan ketika fasa kejatuhan mereka.

7. Jangan bandingkan rumah tangga anda dengan orang lain

Ini antara nasihat perkahwinan yang paling penting. Anda tahu kenapa anda rasa tak bahagia dalam perkahwinan sendiri?

Jawapannya mungkin kerana anda terlalu meletakkan harapan tinggi pada rumah tangga anda sendiri. Anda nak “ikut” trend orang.

Jadi, jangan sesekali bandingkan perkahwinan anda dengan orang lain kalau anda nak gagal!

8. Minta maaf dan maafkan pasangan

Letak ego ke tepi dan minta maaf jika anda tahu ia salah anda. Jika pasangan anda yang sedang meminta maaf, maafkan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini dapat membuktikan yang anda memilih perkahwinan berbanding ego yang tiada faedah.

9. Jangan simpan rahsia atau menipu

Perkahwinan yang bahagia hanya akan berjaya dicapai jika kalian saling jujur

10. Bersabar dengan satu sama lain

Tak kiralah betapa lama kita kenal pasangan kita, kadang-kadang, rasa marah dan menyampah itu semakin meluap-luap. 

Tapi ketika itulah anda kena lebih bersabar dan memahami pasangan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

11. Jangan lupa tunjukkan penghargaan

Penghargaan ini semudah ucap “terima kasih” setiap kali pasangan buka pintu pada anda atau membawa balik sebarang makanan ke rumah.

Benda-benda kecil yang pasangan lakukan…

12. Jangan buat pasangan rasa dirinya “membebankan”

Jangan layan suami atau isteri anda seperti kanak-kanak. Jangan biarkan mereka fikir yang mereka ini satu beban dan tidak cukup bagus.

13. Layan suami atau isteri anda seperti anda mahu anak-anak anda melayan pasangan mereka kelak

Hal ini sangat penting. Anak-anak anda akan melihat anda sebagai “contoh”. Jadi, inilah masanya untuk menunjukkan contoh yang bagus.

Jika anda melayan pasangan anda dengan betul, tak mustahil anak-anak anda nanti juga akan bersikap demikian dengan pasangan mereka kelak.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Sarah Voon dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Pasangan Yang Bahagia Selalu Buat 9 Rutin Harian Ini Sebelum Mereka Tidur

Penulis

Ayu Idris