X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 kata-kata seorang ibu yang amat bernas untuk bantu kita jalani kehidupan

4 Dec, 2017
10 kata-kata seorang ibu yang amat bernas untuk bantu kita jalani kehidupan

Orang selalu cakap ibu selalu membebel. Tapi inilah 10 nasihat seorang ibu untuk anaknya yang benar-benar bermakna untuk kita. Terima kasih ibuku.

Nasihat seorang ibu untuk anaknya…

Orang selalu cakap, ibu-ibu kuat membebel. Tapi, sebenarnya ia adalah kata-kata nasihat kerana mereka sayangkan anak-anak. Dan jika anda perasan, kata-kata ibu itulah yang membantu anak-anak menjalani kehidupan kerana ia nasihat seorang ibu untuk anaknya.

nasihat seorang ibu kepada anak

Kata-kata ibu adalah tanda kasihnya mereka kepada anak-anak dan tanda nasihat seorang ibu kepada anak.

Tapi apa sebenarnya kata-kata ibu yang dikatakan membantu kita sebagai anak menjalani kehidupan seharian? Komuniti Buzzfeed telah mengongsikan kata-kata ini. Mari kita lihat kata-kata tersebut:

1. Percaya dengan kata hati

“Jangan sesekali menidakkan kata hati. Suara kecil yang bercakap di minda, kata hati yang memberitahu sesuatu, ia selalunya betul.” kongsi katk4d0681240

Benar bukan? Kita sering kali ada suara kecil yang bersuara ketika kita hendak membuat sesuatu keputusan atau pilihan. Dan selalunya, kita menyesal kerana tidak mendengar kata-kata itu. Atau kita berasa lega kerana mendengar kata-kata itu.

2. Anda tak bertanggungjawab atas kebahagiaan orang lain

“Ibu saya memberitahu yang saya tidak bertanggungjawab atas kebahagiaan orang lain” – c43a23d9d5. 

Sepatutnya semua orang harus bertanggungjawab atas kebahagiaan sendiri. Kita yang pilih apa yang kita rasa. Jika terjadi sesuatu yang melukakan hati orang, jangan sering menyalahkan diri.

Rasa bersalah akan memakan diri kita. Kita tidak boleh membuatkan semua orang gembira pada masa yang sama. Kita hanyalah manusia biasa seperti mereka.

nasihat seorang ibu kepada anak

Kebahagiaan adalah pilihan seseorang itu sendiri.

3. Kahwini dengan orang yang anda selesa bercakap.

“Kahwin dengan orang yang anda selesa bercakap, kerana itu yang anda akan buat seumur hidup ini.“– joannas47118ffe6

Kalau bukan bercakap dengan pasangan sendiri, siapa lagi bukan? Jadi carilah pasangan yang anda selesa hendak bercakap tentang apa pun.

Kerana anda akan menghabiskan seumur hidup bersamanya.

4. Belajar untuk berehat

“Jangan bekerja terlalu keras. Ingat yang anda boleh diganti di tempat kerja, tapi anda tidak boleh dapat hidup lain.” – Tammy Taitt, Facebook.

Bekerja terlalu kuat boleh menyebabkan badan terlalu penat dan sakit. Masa ketika sakit tidak boleh dipatah balik atau diganti, ia akan terus berlalu. Jadi, belajarlah untuk berehat.

Kerja selamanya tidak akan habis. Hargai kehidupan anda.

nasihat seorang ibu kepada anak

Kerja tidak akan pernah habis

5. Hidup memang tak adil

“Apabila saya sering bercakap ‘ia tidak adil’, ibu saya sering menjawab ‘hidup memang tak adil‘.

Ia adalah peringatan tentang kehidupan memang tidak adil, kadang-kala ia ok kadang-kala ia tidak. Apa yang penting, bagaimana anda menerima pengajaran itu.“– harmonie333

Ini nasihat seorang ibu untuk anaknya yang amat berguna. Hanya kerana kita rasa sesuatu itu betul, tidak semestinya orang akan membuat hal itu. Kita tidak mampu mengawal semua orang. Tetapi kita boleh mengawal apa yang kita buat dengan sesuatu yang telah terjadi.

6. Orang datang dan pergi

“Kerita membesar, saya kehilangan kawan dan ibu akan mengingatkan saya yang orang datang dan pergi. Masih ramai orang di luar sana yang sayangkan anda. Kita hanya perlu cuba lagi.“– k41426ef8e

Tiada apa yang kekal selamanya. Semuanya di dunia ini bersifat sementara. Termasuklah orang, sama ada kawan, keluarga atau musuh.

Jika kita kehilangan seseorang, terima dengan hati terbuka, kerana hidup perlu diteruskan.

nasihat seorang ibu kepada anak

Jangan beri orang mengambil kesempatan

7. Belajar untuk kata tidak

“Ibu saya sering memberitahu saya untuk belajar berkata tidak“– Bbpossum

Selalu bukan kita berada dalam situasi sukar untuk menolak sesuatu. Lebih-lebih jika terfikir takut tindakan kita itu mampu menyakitkan hati seseorang.

Tetapi sebenarnya, penting untuk berkata tidak agar orang lain tidak mengambil kesempatan.

8. Cemburu adalah perbuatan sia-sia

“Sentiasa akan ada orang yang lebih dari kita, cemburu adalah perbuatan yang sia-sia.“– athorup1

Di dunia ini, pasti akan ada orang yang selalu lebih dari kita. Sama ada dari segi harta, rupa paras, kepunyaan, apa sahaja lah.

Stories Rakan Kongsi
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Mengapa mesti cemburu dengan kelebihan orang lain sedangkan diri kita sendiri juga mempunyai kelebihan kita yang sendiri?

9. Anda seorang yang penting

“Sentiasa ingat yang anda penting dan diperlukan. Semua yang anda ada, setiap bahagiannya adalah indah dan unik.“– ilope6659

Tiada seorang pun di dunia ini harus ada rasa tidak penting atau tidak diperlukan. Kita semua adalah penting untuk seseorang. Dan kita harus ingat akan ini.

nasihat seorang ibu kepada anak

10. Semua orang ada masalah sendiri

“Jika seseorang bertindak keterlaluan, kita tidak tahu mengapa mereka bertindak sedemikian“– etconner

Pernahkan kita lihat seseorang bertindak keterlaluan di dalam situasi tertentu? Kita tidak tahu apa yang telah dilaluinya hingga dia bertindak demikian.

Cuba untuk sentiasa ingat yang semua orang ada  masalah mereka dan kita tidak tahu apa sebenarnya masalah itu. 

Benar bukan, kata-kata ibu ini? Semuanya nasihat yang kita gunakan dalam kehidupan seharian. Mari sama-sama kita mengucapkan ribuan terima kasih pada ibu kita kerana bekalan 10 kata-kata yang cukup bernas ini. 

Sememangnya ia satu nasihat dari seorang ibu untuk anaknya yang sungguh bermakna! Terima kasih ibu.

 

Sumber: Buzzfeed

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Nak Anak Berjaya Dalam Hidup? Kita Mungkin Beri 6 Nasihat Yang Salah

10 nasihat ‘kelakar tetapi benar’ buat bakal ibu bapa baru

 

 

 
 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 10 kata-kata seorang ibu yang amat bernas untuk bantu kita jalani kehidupan
Kongsikan:
  • 10 nasihat 'kelakar tetapi benar' buat bakal ibu bapa baru

    10 nasihat 'kelakar tetapi benar' buat bakal ibu bapa baru

  • 16 nasihat perkahwinan epik dari seorang ayah untuk anak lelakinya

    16 nasihat perkahwinan epik dari seorang ayah untuk anak lelakinya

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 10 nasihat 'kelakar tetapi benar' buat bakal ibu bapa baru

    10 nasihat 'kelakar tetapi benar' buat bakal ibu bapa baru

  • 16 nasihat perkahwinan epik dari seorang ayah untuk anak lelakinya

    16 nasihat perkahwinan epik dari seorang ayah untuk anak lelakinya

  • 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

    10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Terbaik Untuk Atasi Masalah Kulit Kering Dan Kusam Ketika Hamil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.