''Masa Bawa Check Kuning, Ramai Orang Ingat Anak,'' Nenek Muda 35 Tahun Viral Timang Cucu Pertama

Nenek muda berusia 35 tahun menjadi tular apabila video dia mendukung cucu pertamanya di hospital. Ramai tidak sangka dan tumpang gembira

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Zaman kini kebanyakan ibu bapa memilih untuk mengahwinkan anak-anak mereka apabila sudah memiliki pekerjaan tetap dan kehidupan stabil. Namun berbeza dengan kisah viral ini apabila seorang nenek muda menimang cucu pertamanya.

Sebuah video telah menjadi tular di TikTok apabila seorang wanita yang baru berusia 35 tahun sedang mendukung cucu yang baru dilahirkan pada 13 Ogos yang lalu.

Nenek muda usia 35 tahun bersyukur dapat cucu pertama

Perkongsian video yang dianggap ‘rare’ pada zaman kini telah ditonton melebih 1.2juta di aplikasi TikTok. Ramai yang seolah-olah tidak percaya dan menganggap cucu yang dimaksudkan itu berkemungkinan anak kepada saudara-maranya yang lain.

Namun menurut nenek muda tersebut, Nur Fadilah Che Ahamad yang berasal dari Kelantan mengakui bahawa bayi perempuan yang dipegang dalam video berkenaan merupakan cucunya sendiri.

Dia menjelaskan bahawa anak perempuannya, Nurin Idrina Muhd Muhizan berkahwin ketika usia 15 tahun pada dua tahun yang lalu.

”Awalnya kami sekeluarga memang tidak menyangka yang Nurin mengandung. Lagipun dia merancang untuk tidak mengandung di usia muda, tapi tiba-tiba dimaklumkan bahawa sudah hamil,”

”Lagi pula dia sudah lama berkahwin. Jadi kami sekeluarga menerima kehadiran bayi ini dengan hati terbuka,” kongsi Dila yang teruja dapat cucu pada usia muda.

Keterujaan menimang cucu yang baru berusia tidak sampai 20 hari itu dirasakan seperti anak sendiri. Dila gembira membeli pelbagai barang keperluan bayi sebagai persiapan.

Nenek muda tolong uruskan bayi ketika dalam pantang

Menurut Dila yang memiliki lima orang anak, walaupun kini Nurin baru berusia 17 tahun, dia langsung tidak kekok menggalas tanggungjawab sebagai ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Mungkin sebab dia anak sulung dalam keluarga dan pernah menjaga adik-adiknya sebelum ini. Nurin sedang berpantang di rumah dan saya menjaganya.”

”Setiap pagi saya tolong uruskan bayi. Tapi bila petang Nurin akan ambil alih dan menjaga anaknya bersama suami,” ujarnya.

Nenek awet muda ini turut berkongsi pengalamannya apabila ramai orang tidak menyangka bahawa bayi comel tersebut adalah cucunya sendiri.

”Bila saya bawa ke klinik kesihatan untuk periksa kuning, ramai yang melihat menganggap saya adalah ibu saudara atau kakak kepada bayi ini.”

”Tapi bila saya maklumkan bahawa saya adalah Opah (neneknya), mereka seolah-olah tidak percaya. Ada sesetengah jururawat tahu, tapi saya diamkan saya. Lebih-lebih lagi apabila mereka bertanyakan mengenai umur.” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak tidak mahu sekolah dan selalu keluar rumah

Bercerita lebih lanjut, dia kongsikan pengalaman sebenar mengapa anaknya dikahwinkan pada usia yang begitu muda.

”Nurin ambil keputusan untuk tidak mahu sekolah dan selalu keluar dengan lelaki yang jadi suaminya sekarang ini. Jadi kami sebagai ibu bapa buat keputusan untuk kahwinkan mereka. Lagipun dia dah tidak fokus untuk belajar di sekolah,”

”Kalau ikutkan memang tak nak bagi dia kahwin bawah umur. Tapi saya anggap ia sebagai takdir dan meneruskan perkahwinan mereka berdua.”

”Ramai juga yang memandang serong, tapi saya tidak endahkan. Ada juga yang fitnah Nurin mengandung dulu sebelum kahwin, hakikatnya tidak pun. Saya kahwinkan dia sebab nak elak perkara tidak baik berlaku,” jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dila, pada awalnya suaminya juga sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak perempuan sulung mereka akan mendirikan rumah tangga di usia yang sangat muda. 

Namun terpaksa akur demi masa depan yang lebih terjamin.

Dalam pada itu dia menzahirkan rasa bersyukur kerana anaknya itu sudah pandai berdikari meskipun masih remaja. Kini dia menjalankan perniagaan bersama ibu saudaranya yang lain.

Malah suaminya yang kini berusia 18 tahun sudah memiliki kedai makan sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Kedua-dua mereka sudah pandai mencari pendapatan sendiri dan sangat bertanggungjawab. Mereka tidak bergantung harap pada keluarga semata-mata.” katanya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sering Dimarahi Datuk Nenek Pilih Kasih, Tapi Cucu Tetap Sayang Tak Pernah Berdendam

Baca juga: Tidak Dapat Keluar Menjaja Kerepek, Nenek Terpaksa Catu Makanan Anak & Cucu Di Rumah

Baca juga:  Sangka Ia Adalah Puri Bayi, Rupanya Nenek Beri Cucu 18 Bulan Makan Hand Sanitizer!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan