TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Niat Puasa Syaaban dan Qadha Ramadhan, Panduan Lengkap Beserta Lafaz Doa

3 min bacaan
Niat Puasa Syaaban dan Qadha Ramadhan, Panduan Lengkap Beserta Lafaz Doa

Niat puasa Syaaban dan qadha Ramadhan lebih afdal jika dilakukan secara berasingan sama ada puasa sunat atau ganti puasa yang tertinggal

Niat puasa Syaban dan qadha Ramadhan sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin menggantikan puasa yang tertinggal sambil merebut kelebihan bulan Syaaban. Namun, bagaimana lafaz niatnya?

Bolehkah kedua-duanya digabungkan dalam satu puasa?

Isi Kandungan

  • Niat Puasa Syaban dan Qadha Ramadhan
  • Apa Itu Puasa Syaaban?
  • Niat Puasa Syaaban
  • Apa Itu Puasa Qadha Ramadan?
  • Niat Puasa Qadha Ramadan
  • Bolehkah Gabungkan Niat Puasa Syaban dan Qadha Ramadan?

Niat Puasa Syaban dan Qadha Ramadhan

Niat puasa Syaaban dan qadha Ramadan merujuk kepada lafaz atau keazaman dalam hati seseorang untuk berpuasa sama ada kerana ingin menunaikan puasa sunat di bulan Syaaban atau menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal.

Apa Itu Puasa Syaaban?

Puasa Syaaban adalah puasa sunat yang dilakukan dalam bulan Syaaban sebagai persiapan rohani sebelum memasuki Ramadan. Rasulullah SAW sendiri banyak berpuasa dalam bulan ini kerana ia adalah bulan yang penuh keberkatan.

Hadis daripada Aisyah RA menyebut:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sebulan penuh selain bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat Baginda lebih banyak berpuasa daripada bulan Syaaban.” (HR Bukhari & Muslim)

Niat Puasa Syaaban

Lafaz niat puasa Syaaban adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَعْبَانَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma Sya‘bana sunnatan lillâhi taala.
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa sunat bulan Syaaban kerana Allah Taala.”

Apa Itu Puasa Qadha Ramadan?

Puasa qadha adalah puasa yang dilakukan bagi menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal atas sebab tertentu seperti sakit, musafir atau uzur syarie.

Menurut firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 184:

“Dan wajib bagi orang yang sakit atau dalam musafir (tidak berpuasa), maka hendaklah dia menggantikan puasa pada hari-hari yang lain.”

Niat Puasa Qadha Ramadan

Lafaz niat puasa ganti Ramadan adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ghadin ‘an qadha’i Ramadhana lillâhi taala.
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menggantikan puasa Ramadan kerana Allah Taala.”

Bolehkah Gabungkan Niat Puasa Syaban dan Qadha Ramadan?

Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan niat puasa qadha (ganti) dengan puasa sunat, seperti puasa Syaaban dalam satu puasa.

Namun, adalah lebih baik (afdal) jika puasa qadha dan puasa sunat dilakukan secara berasingan untuk membezakan antara ibadah wajib dan sunat.

Ada pandangan yang membenarkan dan ada yang tidak membenarkan gabungan niat ini.

  • Mazhab Syafie: Tidak membenarkan gabungan niat kerana puasa qadha adalah wajib, manakala puasa Syaaban adalah sunat. Oleh itu, setiap ibadah perlu dilakukan secara berasingan.
  • Mazhab Hanafi & Maliki: Ada yang berpendapat boleh menggabungkan niat, namun pahala puasa sunat tidak akan sempurna seperti jika dilakukan secara berasingan.

Bagi yang ingin mendapat ganjaran penuh, lebih baik melaksanakan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian berpuasa sunat secara berasingan.

Puasa Syaaban adalah amalan sunat yang sangat digalakkan, manakala puasa qadha adalah kewajipan bagi mereka yang belum menggantikan puasa Ramadan yang tertinggal.

Untuk memastikan ibadah kita diterima, penting untuk membaca niat dengan betul dan memahami hukum-hukum berkaitan. Jika masih mempunyai hutang puasa, sebaiknya dahulukan qadha sebelum mengejar pahala puasa sunat.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Niat Puasa Sebulan Ramadhan Dan Lafaz Niat Harian Berserta Rumi & Maksudnya-JAKIM

Baca juga: Kelebihan Bulan Syaaban Amalan Diangkat Ke Langit, Kita Dianjurkan Untuk Puasa Nifsu Syaaban

Baca juga: Ganti Puasa, Bukan Hanya Untuk Wanita, Lelaki Pun Kena Ganti Kalau Tinggalkan!

Stories Rakan Kongsi
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Study Says C-sections With A Little Labour Are Better For Your Baby's Long-term Health
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Senarai Semak Wajib Tanya Apabila Ke Pakar Pediatrik, #4 Tu Penting!
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Spiritualiti
  • /
  • Niat Puasa Syaaban dan Qadha Ramadhan, Panduan Lengkap Beserta Lafaz Doa
Kongsikan:
  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

  • Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

    Surah Maryam Untuk Mudah Bersalin Yang Baik Diamalkan Selalu Sebagai Persediaan Para Ibu

  • Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

    Hukum Wanita Masuk Masjid Ketika Haid, Adakah Ia Dibolehkan? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

  • Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

    Niat Puasa Enam Syawal : Tarikh, Niat Gabung Puasa Ganti Dan Kelebihan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham