Penduduk Pakai Kostum Pocong, Sebab Nak Suruh Orang Duduk Rumah Sepanjang PKP Ini!

Penduduk Pakai Kostum Pocong, Sebab Nak Suruh Orang Duduk Rumah Sepanjang PKP Ini!

Dalam membanteras wabak Covid-19, ia bukanlah sesuatu yang begitu mustahil sekiranya setiap rakyat menekankan nilai kerjasama untuk mematuhi arahan kerajaan

Bagi mencegah wabak Covid-19, nilai kerjasama antara seluruh rakyat amat diperlukan agar rantaian penularannya dapat dihapuskan.

Tidak hanya berlaku di Malaysia, risiko Coronavirus kini telah menyerang hampir negara seluruh dunia.

Menerapkan nilai kerjasama

kepentingan nilai kerjasama

Baru-baru ini, sebuah kampung di Kabupaten Purworejo Jawa Tengah telah menjadikan tradisi berpakaian hantu bagi mengawal kejiranan mereka ketika tempoh pengasingan diri.

Kampung Tuk Songo baru-baru ini telah mendapat perhatian pengguna media sosial kerana telah mengambil pendekatan cukup unik untuk memberi pengajaran kepada penduduk yang ingkar dengan arahan kerajaan.

Nilai kerjasama yang diterapkan dalam kalangan jiran tetangga dan berpakaian seolah-olah seperti pocong adalah untuk menyekat kebebasan masyarakat keluar masuk dari kawasan berkenaan.

Kelihatan dua orang lelaki membungkus diri mereka dengan kain berwarna putih ditugaskan untuk mengawal di pintu masuk utama kampung berkenaan.

Kaitan zombi Indonesia

Bagi anda yang mungkin tidak berpengalaman tentang latar belakang mitos Indonesia, pocong pada dasarnya adalah zombi Indonesia.

Ia dibungkus dari kepala ke kaki dengan kain putih seperti adat dalam upacara perkuburan Islam dan hanya bahagian wajah sahaja dibuka. Oleh kerana  pergerakan agak terbatas, mereka akan melompat dari satu tempat ke satu tempat.

Menurut Jurucakap kampung, Angko Setiyarso Widodo, penduduk telah membuat keputusan untuk mengasingkan diri sendiri dalam bentuk gotong-royong.

''Ketika ini Indonesia memerlukan seluruh masyarakat bekerjasama dalam memerangi Coronavirus, penduduk kampung tidak dibenarkan masuk atau keluar sesuka hati mereka sehinggalah keadaan kembali normal,'' 

"Bersama penduduk lain, kami akan memeriksa siapa sahaja yang melalui pintu gerbang termasuklah menyembur pembasmi kuman. Pocong hanya bertugas pada waktu malam, sementara penduduk lain menjaga pintu pada siang hari," jelas Angko.

nilai kerjasama semasa covid-19 credit to sources

Dengan pengasingan yang berterusan, semua akses lain ke kampung ditutup dan penduduk hanya boleh masuk melalui pintu utama yang dijaga oleh pocong sahaja.

Tambah Angko, penggunaan hantu pocong ini juga mempunyai maksud yang tersirat bagi menyedarkan masyarakat akan bahaya wabak Covid-19.

"Pocong akan mengingatkan anda tentang kematian, jadi sesiapa yang degil dan tidak mahu memberikan kerjasama mengatasi Coronavirus akan berisiko untuk meninggal dunia, " kata Angko.

Penduduk Tuk Songo turut berharap agar wabak penyakit misteri ini segera berakhir supaya keadaan kembali seperti sedia kala.

Peranan masyarakat semasa Covid-19

''Keputusan kerajaan isytihar Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April merupakan langkah tepat untuk mencegah penularan baharu wabak COVID-19 di negara ini,'' kata seorang pakar sains politik.

Prof Datuk Dr Nasarudin Mohammed menegaskan tiba masanya masyarakat melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mematuhi semua arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh sekatan berkuat kuasa.

Jelasnya, rakyat perlu faham larangan bersifat sementara adalah untuk mengawal orang awam daripada bergerak bebas sehingga memungkinkan berlaku jangkitan wabak lebih teruk.

“Pertama sekali, ibu ayah jangan berasa panik sebaliknya perlu tenang dan ikut semua arahan yang akan dimaklumkan. Ini bukan Perintah Berkurung, anda hanya dibataskan pergerakan keluar masuk,''

''Cuma perlu duduk dalam rumah saja dan keluar ketika perlu. Ia sebuah mesej jelas, kurangkan pergerakan seminimum mungkin untuk mencegah rantaian penularan Covid-19,'' jelasnya.

rakyat bekerjasama berhadapan covid-19 credit to sources

Tambahnya, anda tiada pilihan lain selain meningkatkan disiplin untuk bekerjasama membanteras virus jahat ini.

''Lihat ujian ini sebagai peluang untuk anda semua bersatu padu. Elakkan menjadi penyebar berita palsu dan amalkan kebersihan diri setiap masa. Seruan ini perlu disampaikan seluruh ahli keluarga dan anak-anak kecil kerana jangkitannya tanpa mengira usia,''

''Anda perlu sentiasa mengingatkan antara satu sama lain. Tahun ini sahaja pelbagai ujian telah melanda dan boleh mengharunginya bersama dengan syarat, semua kekal tenang dan lakukan perkara yang betul.'' tegasnya

Sekiranya penularan wabak ini dapat dikawal, risiko anda dan anak-anak dijangkiti menjadi lebih rendah dan rekod pesakit Covid-19 juga akan berkurang. 

Untuk membantu barisan hadapan, anda perlu menjalankan tanggungjawab dengan duduk di rumah. Ubah sikap mengeratkan silaturrahim buat waktu ini kerana wabak Covid-19 memerlukan anda mengamalkan gaya hidup baharu seperti menjaga jarak sosial, amalan kebersihan diri dan menghindarkan diri berada di kawasan sesak.

Sumber: Coconut.co , Siakap Keli

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Penduduk Pakai Kostum Pocong, Sebab Nak Suruh Orang Duduk Rumah Sepanjang PKP Ini!

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner