X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

KANTOI Tandas Awam Terdedah, Lelaki Gila Seks Tengah Mengintai Orang!

18 Dec, 2019
KANTOI Tandas Awam Terdedah, Lelaki Gila Seks Tengah Mengintai Orang!

Tandas awam sering kali menjadi sasaran bagi mereka yang bernafsu binatang. Baru-baru ini seorang wanita telah berjaya merakam video wajahnya dengan jelas!

Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang dalam perjalanan jauh akan berhenti seketika samada untuk berehat mahupun menggunakan tandas awam. 

Namun, tandas awam wanita sering kali menjadi target bagi golongan yang gila seks untuk mengambil kesempatan sehingga terjadinya jenayah rogol.

Inilah yang terjadi di Thailand, apabila seorang wanita menggunakan tandas di sebuah stesen minyak dan sempat merakam video lelaki yang dipercayai cuba untuk mengintai.

Dalam rakaman tersebut, dia dengan selambanya memasuki tandas wanita, membongkokkan dirinya dan mengintai dari bawah pintu bilik air yang digunakan oleh mangsa.

Kantoi Orang Gila Seks Mengendap Di Tandas Awam

Mangsa tersebut telah berkongsi detik cemasnya ini dalam laman Facebook dan bagaimana dia berjaya menangkap video lelaki gila seks tersebut.

Usaha lelaki tersebut terbantut apabila dia menyedari wanita dalam tandas berkenaan sedang merakam perbuatan terkutuknya itu.

Keadaan pintu tandas yang mempunyai ruang di bawah yang cukup luas telah menyebabkan lelaki berkenaan berani untuk bertindak demikian.

Dia turut memberi amaran kepada wanita lain agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam kerana bahaya ada di mana-mana.

tandas awam

Kongsinya lagi, setelah memasuki tandas di stesen minyak tersebut, dia menyedari bahawa terdapat ruang yang begitu besar antara pintu dan lantai tandas.

Lalu tanpa berlengah, dia terus menggapai telefon pintarnya dan mahu menggunakan kamera untuk cuba apa yang boleh dilihat dari ruang besar tersebut.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia memulakan rakaman video, tiba-tiba seorang lelaki telah masuk ke dalam tandas awam dan membongkokkan badan untuk mengintainya dari luar tandas tanpa rasa malu.

Video itu sekaligus berjaya menangkap wajah lelaki sesat itu dengan begitu jelas dan dia segera bangun untuk melarikan diri kerana menyedari dirinya kantoi dalam perbuatan tidak bermoralnya itu.

Akibat terlalu takut, wanita itu terus menelefon seorang kawan lelaki untuk menghantarnya pulang kerana merasakan lelaki gila seks tersebut masih menunggunya di luar tandas.

Dia begitu trauma akan perkara yang tidak diingini telah terjadi kepadanya.

tandas awam

Sumber: Radiokerry

“Ketika itu saya begitu gementar dan suasana stesen minyak sangat sunyi. Saya tidak berani untuk keluar dari tandas kerana dia mungkin masih menunggu  akibat saya telah mengambil video mukanya,’’

Perbuatan terkutuk ini dianggap gila kerana tiada tujuan langsung untuk mereka mengintai seseorang yang tengah menggunakan tandas kecuali kerana dorongan nafsu.

tandas awam

Sumber: Styl.id

“Penjahat sering mengambil peluang melakukan perkara tidak senonoh kepada golongan wanita pada zaman sekarang. Keadaan ini cukup bahaya.”

Kongsinya lagi, dia segera membuat laporan polis di balai berdekatan dan pihak berkuasa kini aktif menjejaki lelaki dalam video tersebut.

Kami menasihatkan mereka yang mahu menggunakan tandas awam supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Golongan wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih lokasi tandas awam yang mereka ingin gunakan.

Elakkan pergi berseorangan ke tandas awam apabila mendapati tiada pergerakan orang lain dan keadaan tandas berkenaan mencurigakan.

Anda perlu sentiasa membawa peneman lelaki ketika ingin melepaskan hajat kerana penjenayah tidak akan berani untuk mendekati mereka yang memiliki ‘bodygurad’.

Selain itu, anda perlu untuk mengambil berat mengenai tandas yang dikhususkan mengikut jenis jantina, jangan terus melulu menggunakan tandas yang disediakan hanya kerana anda tidak boleh menahan hajat.

Menggunakan tandas TANPA membuat pemeriksaan secara kasar ini sekaligus akan membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Stories Rakan Kongsi
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
These 3 Things Could be Killing Your Child’s Gut Health
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children

Jika perlu, sentiasa bawa pepper spray dalam bag anda. Ia adalah  alat penyembur yang mampu memedihkan mata penjenayah yang cuba melakukan jenayah.

Setiap orang seharusnya memiliki spray ini untuk tujuan mempertahankan diri.

Kita tidak mampu untuk melawan penjenayah, cukuplah sekadar memedihkan mata mereka dan membuat serangan balas ke tempat yang dianggap sensitif.

Kisah ini sungguh menyeramkan! Nasibnya baik kerana dia sempat mengambil telefon bimbitnya untuk merakam pengintai itu.  Girls, sentiasa berhati-hati dengan persekitaran anda!

Sumber: World of Buzz

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

KANTOI Tandas Awam Terdedah, Lelaki Gila Seks Tengah Mengintai Orang!

Baca juga:

Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • KANTOI Tandas Awam Terdedah, Lelaki Gila Seks Tengah Mengintai Orang!
Kongsikan:
  • Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

    Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

  • Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

    Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

    Gadis 15 Tahun Kata Senggugut, Tapi Sebenarnya Terberanak Dalam Tandas Shopping Mall

  • Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

    Lelaki Gila Seks Beronani Belakang Wanita Di Kedai Buku Mont Kiara!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.