Nisfu Syaaban Malam Mustajab Doa, Berdoalah Bersungguh-Sungguh Kepada Allah

Nisfu Syaaban adalah malam mustajab doa. Untuk tahun ini malam Nisfu Sya'ban akan jatuh pada malam 24 Februari 2024 (Sabtu).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malam nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf). Oleh itu, nisfu syaaban bermaksud separuh daripada bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.

Kelebihan malan nisfu syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat. Banyak kelebihan termasuklah jika anda mengadakan bacaan yasin malam nisfu syaaban.

Ini kerana malam ini adalah malam terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa

Nisfu Syabaan Malam Mustajab Doa

15 Syaaban  iaitu Nisfu Syaaban) pada 2024 jatuh pada 25 Februari (Ahad). Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan jatuh pada malam 24 Februari 2024 (Sabtu)  selepas masuk waktu Maghrib.

Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya. Justeru, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. 

Doa Malam Nisfu Syaaban

Antara do’a nisfu syaaban untuk rujukan mereka yang memerlukan. Berdoalah apa saja, mintalah apa saja pasti akan Allah kabulkan bila tiba masanya.  

1.Memohon Keampunan Kedua Ibu Bapa – Doa Malam Nisfu Syaaban

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)

2.Mohon Rahmat Daripada Allah – Doa Malam Nisfu Syaaban

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3.Doa Agar Ditetapkan Hati Dalam Ketaatan

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )

4.Doa Menjadi Hamba Yang Sentiasa Bersyukur

رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)

5.Doa Dijauhi Hasad Dengki

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Doa Bayi Baru Lahir Yang Ringkas Agar Terhindar Gangguan & Membesar Dengan Sihat

Baca juga: Kahwin Dah Lama Tapi Belum ‘Lekat’, Amalkan 7 Doa Dikurniakan Zuriat

Baca juga: Murah Rezeki Senang Hamil Kalau Anda Amalkan Doa Sebelum Jimak Ini, Cubalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar