Seorang ibu nyaris dirogol depan anak sendiri dalam hotel di Langkawi

lead image

Seorang wanita nyaris dirogol di depan anak sendiri di sebuah hotel Langkawi apabila lelaki pekerja hotel menceroboh masuk bilik kerana "mahukannya".

Lagi kes wanita nyaris dirogol

Lagi kes menakutkan tentang wanita nyaris dirogol. Kali ini, ia berlaku di Langkawi.

Seorang ibu yang berusia 34 tahun nyaris dirogol ketika beliau sedang bercuti dengan anak-anaknya di Langkawi tempoh hari. Lelaki yang ingin merogol wanita terbabit dipercayai adalah pekerja resort (tempat penginapan mereka) di tepi pantai tersebut!

Kejadian itu berlaku kira-kira pada pukul 7.20 pagi pada 28 November lepas. Ketika itu, si ibu telah menempah bilik hotel selama 3 hari untuk bercuti dengan anak-anaknya. 

Pagi itu, si ibu – Yan Celia sedang bersiap-siap untuk turun jogging sementara anaknya yang berusia 8 dan 5 tahun sedang tidur. Tiba-tiba, beliau ternampak kelibat seorang lelaki tak berpakaian berdiri di ruang tamu bilik hotel. 

nyaris dirogol

Seorang ibu nyaris dirogol di depan anaknya sendiri di Langkawi

Lelaki itu berdiri di sebalik panel kaca yang menjadi penghadang antara ruang tamu dan katil. Celia pantas menjerit menyoal “siapa kamu?” namun tiada jawapan.

Tiba-tiba, seorang lelaki Melayu tidak berpakaian dengan seluar hitam, berketinggian lebih kurang 165cm dengan kulit sedikit gelap dan berbadan sasa terus melompat ke atas Celia dan menolak beliau ke katil. 

Celia pantas menjerit dan cuba melawan lelaki tersebut, tapi gagal. Lelaki itu menutup mulutnya dan meminta Celia berhenti menjerit. Celia yang ketakutan menurut kata lelaki itu. 

nyaris dirogol

Kredit: Dr. Rich Swier

Beliau sempat menyoal apa yang lelaki itu mahu, adakah dia mahu duit. Tapi lelaki itu memberi jawapan yang menakutkan – “saya mahu kamu!

Wanita nyaris dirogol depan anak sendiri

Selepas mendengar kata-kata itu, Celia yang panik kembali menjerit dan bergelut untuk melepaskan diri. Ketika pergelutan itu, beliau sempat menumbuk lelaki terbabit hingga hidungnya berdarah. 

Lelaki yang seakan naik berang itu kemudiannya cuba menarik Celia ke bilik air dan ingin menutup pintu, tapi Celia sempat mencapai kayu selfie beliau sebelum melarikan diri ke ruang tamu. 

Ketika itu lelaki yang ingin merogol Celia telah lari menyelamatkan diri. Apa yang tinggal sekarang hanyalah sebuah kereta buggy yang diletakkan di depan bilik hotel beliau dan cadar yang penuh darah. 

nyaris dirogol

Anak Celia yang terkejut mendengar jeritan Celia tadi sudah terbangun dari tidur dan ketakutan. Celia terus menghubungi pihak hotel dan melaporkan kejadian yang menakutkan ini.

Menurut pihak hotel, mereka ada menghantar seorang lelaki seakan lelaki yang digambarkan oleh Celia ke sana untuk menjemputnya dengan kereta buggy. Celia yang masih ketakutan terus mengambil cadar dengan darah itu untuk dibawa ke balai polis.

Laporan tentang kes ini dibuat di balai polis Kuala Teriang pada pukul 10 pagi. Celia juga dihantar ke hospital untuk melakukan beberapa pemeriksaan. Nasib baiklah wanita itu tidak tercedera.

Pekerja hotel ingin rogol pelanggan wanita

Selepas pemeriksaan dan siasatan lanjut dilakukan oleh pihak polis, mereka telah menahan seorang suspek iaitu pemandu kereta buggy yang bekerja untuk hotel terbabit. 

Lelaki yang baru berusia 17 tahun itu mengaku dia mahu merompak Celia dan bukan ingin merogolnya. Dia memasuki bilik Celia untuk mencuri, namun terkejut kerana Celia sudah bangun tidur. 

nyaris dirogol

Kredit: india.com

Dia juga dikatakan sengaja menanggalkan bajunya kerana dia tidak mahu Celia cam dia adalah pekerja hotel. Walaubagaimanapun, pihak polis tidak akan mendakwa lelaki itu atas kesalahan gangguan seksual kerana tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwanya.

Akan tetapi, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 354 untuk kesalahan serangan atau paksaan dengan niat untuk mencederakan dan Seksyen 448 kerana menceroboh. 

Celia terus meninggalkan Langkawi selepas kejadian tersebut. Kasihan beliau, pasti trauma yang dibawa balik dari Langkawi itu tidak akan dilupakan. 

Untuk para wanita di luar sana, sentiasa berhati-hati walau di mana pun anda berada. Penjenayah rogol ada di mana-mana saja. Mereka menunggu masa untuk kita lalai sebelum menyerang kita.

Semoga kejadian ini dapat kita elak. 

 

 

Sumber rujukan: The Independent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Penderitaan Wanita Dirogol Pada Hari Perkahwinannya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner