Mudah Sahaja Buat Oblong Burger ala Burger Prosperity Di Rumah! Anak-Anak Suka, Kos Pun Lebih Murah

Dah masuk musim cuti sekolah, kebanyakan ibu mula buntu nak sediakan makanan apa untuk anak-anak. Nanti boleh cuba resepi oblong burger pula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang sudah masuk musim demam burger Prosperity yang dikeluarkan secara bermusim oleh restoran makanan segera popular, McDonalds namun nak makan selalu kosnya agak tinggi lebih-lebih lagi kalau bilangan ahli keluarga ramai. Apa kata anda cuba sendiri buat oblong burger yang rasanya seakan burger Prosperity!

Mudah sahaja nak membuatnya, oblong burger ini juga boleh dimasak di rumah dengan kuantiti yang banyak! Jimat lah sikit kan untuk dimakan beramai-ramai bersama seisi keluarga, rasanya pun enak.

Berkongsi di Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN), Nor Khomariah Norrohman berjaya mencipta resepi oblong burger seakan burger Prosperity disebabkan anak-anaknya kerap meminta makanan di musim cuti sekolah ini.

Hari tu masak menu ala² KFc hari nie masak menu ala² MCd pula.. cuti sekolah dah bermula jenuh hari-hari jadi makcik kantin, budak-budak sekejap-sekejap lapar..Resepi sos lada hitam ikut selera tekak saya kalau nak follow silakan..

Bahan-bahan :

  • Patty Oblong Burger Ramly
  • Roti oblong
  • 1 biji bawang hollend (cincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 ketul kiub lembu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  • Perasa (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit kicap manis nak bagi warna sos gelap

Cara penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang holland sehingga layu, kemudian masukkan tepung gandum kacau rata jangan sampai berketul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Masukkan air, kemudian kacau sebati, masukkan kiub lembu, sos tiram, sos lada hitam dan lada hitam yang ditumbuk kasar. Masukkan kicap nak bagi warna gelap.

3. Perlahankan api dan biarkan sos mendidih, kepekatan sos terpulang lah selera masing-masing, kalau nampak pekat sangat boleh tambah sedikit air, kalau nampak cair boleh tambah tepung gandum, terpulang selera masing-masing. 

4. Bila dah masak bolehlah rasa terlebih dahulu apa yang kurang, boleh tambah perasa jika perlu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Untuk roti pula, belah roti oblong kemudian sapu butter dan bakar sekejap dan ketepikan.

6. Masak patty oblong daging sehingga masak kemudian celup dalam sos lada hitam dan letak atas roti tadi, boleh tambah bawang holland jika suka.

Mudah kan nak buat sendiri di rumah? Nak buat dalam kuantiti banyak pun tidak ada masalah kerana kosnya tidaklah setinggi makan di restoran. Rasanya pun lebih enak kerana air tangan kita sendiri. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Roti Muffin Homemade, Dah Boleh Sarapan Ala McD Di Rumah!

Baca juga : Resepi Jelly Ball Viral Yang Mudah, Boleh Buat Sendiri Anak-Anak Pasti Suka!

Baca juga : Jangan Buang Lebihan Nasi, Boleh Buat Kuih! Resepi Apam Nasi Mudah Ini Boleh Dicuba

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi