Apa Patut Anda Buat Jika Orang Tak Dikenali Memarahi Anak Anda?

lead image

Adakah anda akan marah jika ada orang lain mendisiplinkan anak anda? Mungkin anda tak perlu bertindak melulu. Kendali ia begini. Situasi yang tegang itu boleh berubah menjadi pengajaran.

Rasa marah apabila anak “ditegur”

Pernahkah anda mengalami perasaan marah apabila orang yang tak dikenali menegur anak anda? 

Bukan hanya marah, rasa tersinggung dan malu pun ada.

“Berani sungguh mereka! Mereka ingat saya tidak pandai ajar anak ke?”

Sudah pasti persoalan ini akan bermain di fikiran. Walaupun reaksi pertama ini adalah sikap mempertahankan diri, namun, akhirnya anda akan tertanya-tanya tentang keupayaan anda sebagai ibu bapa.

Betul ke tindakan anda itu?

Apa Patut Anda Buat Jika Orang Tak Dikenali Memarahi Anak Anda?

Siapa yang memarahi anak anda?

Sebelum anda berasa tersinggung, fikir dulu…

Adakah ini soal maruah atau memang benar anak saya yang melampau tadi? 

Patutkah anda mengikut pendapat orang ini? Seorang yang tak dikenali? Kita tidak tahu siapa orang itu atau apa kemahirannya sebagai ibu bapa.

Jadi bersedialah untuk menangani situasi ini dengan jawapan seperti, “maaf, dia mengganggu kamu, dia masih budak-budak.

Atau cara paling mudah, “terima kasih. Saya akan uruskan anak saya sekarang” kerana saya menghargai pendapat orang-orang yang penting dalam hidup saya.

Anda tidak perlu marah melulu

Apa Patut Anda Buat Jika Orang Tak Dikenali Memarahi Anak Anda?

Sumber: Mother Nature Network

Dr Deborah Roth Ledley, pengarang buku “Menjadi Ibu Yang Tenang: Bagaimana Untuk Menguruskan Tekanan dan Menikmati Tahun Pertama Sebagai Seorang Ibu” telah memberi nasihat ini:

Ambil berat tentang pendapat orang yang penting saja, dan belajar untuk tidak mengendahkan pendapat orang lain yang hanya melalui hidup anda sekejap saja. 

Fikir mengapa orang itu marah tadi? Adakah ia wajar?

Adakah ia soal keselamatan? Jika benar anak anda sendiri yang salah, ucapkan terima kasih kepada tunjuk ajar mereka dan jangan simpan ia dalam hati.

Jika orang yang marah anak anda tadi, jenis yang berlebih-lebihan dalam berkata, fikirkan mengapa perbuatan dia mengecewakan anda.

Adakah anak anda rasa keliru kerana orang lain telah menegurnya?

Anda berasa malu? Anda tersinggung kerana mereka ingat anda tidak pandai mengajar anak?

Apa Patut Anda Buat Jika Orang Tak Dikenali Memarahi Anak Anda?

Sumber: Babycenter

Anda boleh menggunakan situasi ini dan belajar darinya kata Esther Anderson, pengasas Story of This Life.

Bincang dengan anak tentang situasi yang baru dialami. Bincang tentang perasaan-perasaan yang timbul.

Contohnya, anda boleh mengatakan, “apa yang dicakap makcik tadi itu ada betul – anda tidak sepatutnya berbuat demikian.”

Atau kalau anda tidak bersetuju dengan apa yang terjadi, anda boleh cakap “ibu tahu makcik itu cakap macam tu tadi, tapi kami kan ibu bapa kamu. Jadi ikut nasihat kami.

Kita tak perlu nak marah dan bertengkar dengan orang lain depan anak.

Dengan melakukan perkara itu, kita tidak hanya menunjukkan adab, kita juga sedang mengajar rasa hormat dan kesabaran kepada anak-anak kita.

Sumber: Chicago Tribune

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Cara bijak untuk mendisiplinkan anak anda pada setiap usia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!