Kajian Dedahkan Ini Yang Terjadi Pada Otak Ibu Ketika Mereka Mendengar Bayi Menangis

Otak manusia terutamanya para ibu dikatakan akan bekerja lebih sensitif dan pantas bertindak sebaik sahaja mendengar tangisan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Otak manusia terutamanya para ibu dikatakan menjadi lebih sensitif apabila bayi sedang menangis. Berbanding lelaki, wanita akan lebih cepat bertindak untuk menenangkan si manja berbanding membiarkannya menangis lama.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini:

  • Otak manusia lebih cepat ‘bekerja’ jika mendengar bayi menangis.
  • Bahagian otak manusia/para ibu yang bekerja ketika bayi menangis.
  • Hormon oksitosin menjadi peranan untuk tindak balas ibu terhadap tangisan bayi.

Kita semua tahu bahawa bayi menangis sebagai cara berkomunikasi. Sama ada dia lapar, dahaga, basah, takut, dan pelbagai situasi lain yang membuatkan si manja tidak selesa.

Otak manusia akan bekerja lebih cepat dan sensitif jika bayi menangis

Para ibu kebiasaannya lebih cepat memberikan tindak balas apabila bayi menangis, berbanding bapa. Hal ini dipengaruhi oleh aktiviti otaknya secara berbeza berbanding di waktu-waktu yang lain.

Bagi orang luar yang melihatnya, tindak balas pantas para ibu untuk menenangkan bayi menangis dianggap naluri keibuan.

Kajian dalam Journal of Neuroendocrinology menyatakan terdapat bahagian otak ibu yang bekerja lebih aktif apabila mendengar tangisan bayinya.

Bahagian otak manusia atau para ibu yang bekerja ketika bayi menangis

Kawasan otak ini ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • motor tambahan
  • frontal inferior
  • temporal superior
  • otak tengah
  • striatum

Ahli Sains Saraf di Universiti New York, Robert Froemke menjelaskan kawasan otak yang diaktifkan dikenali sebagai kawasan ‘kesediaan’ atau ‘merancang.

Ini kerana semua bahagian otak bertindak memproses rangsangan pendengaran, kelajuan pergerakan motor, memahami, bercakap serta rawatan.

Aktiviti di bahagian otak ini menentukan bagaimana ibu bertindak balas apabila bayi menangis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Respon yang dimaksudkan adalah mengangkat, memegang, menenang, dan kemudian bercakap dengan bayi tersebut.

Manakala menurut Ketua Bahagian Kanak-kanak dan Keluarga, Marc Bornstein menjelaskan kaum ibu hanya mengambil masa kira-kira lima saat untuk bertindak apabila mendengar tangisan bayi.

Satu lagi kajian turut dijalankan menggunakan pengimbas MRI ke atas 43 orang ibu baharu di Amerika Syarikat dan 44 orang para ibu di China yang lebih berpengalaman menjaga bayi.

Hasilnya: ibu mempunyai tindak balas yang sama apabila mereka mendengar bayi menangis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hormon oksitosin berperanan menentukan tindak balas ibu terhadap tangisan bayi

Selain dopamin, hormon oksitosin juga memainkan peranan utama dalam mengawal tindak balas ibu terhadap tangisan bayi.

Hormon ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan ikatan antara ibu dan bayi. Ia membantu membentuk otak ibu untuk bertindak balas terhadap keperluan bayi.

Beberapa kajian menunjukkan ibu yang bersalin secara normal dan menyusukan bayi mempunyai tindak balas otak lebih kuat apabila bayi menangis berbanding ibu yang bersalin secara caesar dan memberikan susu formula.

Salah satu sebab yang kukuh adalah kerana hormon oksitosin dalam kedua-dua proses. Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Menangis Hanya Ingin Susu Badan, Ibu Burnout Tak Larat Nak Hadap & Cuba Bertenang

Baca juga:  Bayi Menangis Malam Tanda Ada Gangguan Dalam Rumah? Ibu Ini Cara Mengatasinya!

Baca juga: Kisah Seram Bayi Menangis, Meraung Selepas Ibu Curah Air Panas Ke Atas Pokok Di RnR

Penulis

Murns A.