Pasangan popular Johan dan Ozlynn antara ibu bapa selebriti yang sangat dikagumi mengenai cara didikan anak mereka. Baru-baru ini, perkongsian Era FM mengenai Johan mendapat cahaya mata baharu, mendapat kejutan kerana ramai yang tidak tahu Ozlynn hamil, tahu-tahu sudah bersalin!
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada keluarga pelawak dan penyampai radio popular itu atas kelahiran ahli keluarga baharu mereka!
Bila Ozlynn hamil? Tahu-tahu dah bersalin!
Johan menerusi perkongsian di laman instagram jozlynnhanania, mengesahkan perkara itu.
“Syukur Alhamdulillah.. Ozlynn telah selamat melahirkan anak ke 6 kami..Terima kasih pada yg mendoakan.. xputus2 terima msg tahniah.. nnt kita belanja muka baby ok.. insyaAllah. know know bersalin!”
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini atas kelahiran anak keenam mereka, semoga bayi dan ibu sentiasa sihat! Pasangan ini sudah
Pasangan ini berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
Bila waktu terbaik umumkan anda hamil?
Ada yang mungkin tertanya-tanya bila sebenarnya waktu yang sesuai untuk umumkan kehamilan? Setiap pasangan pasti ada sebab kenapa mereka tidak dedahkan kepada umum mengenai kandungan.
Mungkin ada yang anggap tidak perlulah dihebahkan, bila sudah lahir dan bersalin baru hebahkan. Masing-masing ada pendapat masing-masing.
Jadi, tidak menjadi kesalahan pun sekiranya ada yang bertindak untuk tidak mengumumkan mengenai berita baik mereka mengandung. Ia bergantung kepada keselesaan masing-masing.
Tapi jika anda ingin umumkan, bilakah waktu yang sesuai?
Ada sesetengah orang tidak menggalakkan pengumuman berita kehamilan dilakukan, terutamanya pada awal kehamilan. Ramai pasangan yang menunggu hingga akhir trimester pertama iaitu sekitar minggu 13 atau 3 bulan untuk memberitahu rakan dan keluarga tentang kehamilan mereka.
Beberapa faktor mempengaruhi mengapa orang menunggu sehingga masa ini untuk berkongsi berita gembira ini kerana ada yang mungkin menganggap terlalu awal untuk diumumkan pada usia awal kandungan.
Kelebihan merahsiakan pada awal kehamilan
Ada beberapa alasan diberikan oleh ibu hamil kenapa mereka merahsiakan kehamilan pada peringkat awal. Bagi wanita yang mengalami kesukaran hamil, pernah gugur atau alami kelahiran mati, mereka lebih cenderung untuk merahsiakan kehamilan terutama pada peringkat awal atau trimester berkata.
Ini antara yang mereka kongsikan apa kelebihan dirahsiakan pada awal kehamilan:
- Risiko keguguran mungkin berlaku, jadi tidaklah nanti terlalu libatkan ramai orang yang bertanya sekiranya perut tidak membesar
- Kadang kala bagi menjaga hati ramai pihak terutama rakan-rakan yang mungkin sudah menunggu lebih lama untuk mengandung tetapi masih belum dikurniakan rezeki.
- Tidak perlu terima nasihat yang pelbagai terutama mengenai pantang larang ketika awal kehamilan dan sebagainya yang mana kadang kala tidak berasas pun
Kekurangan merahsiakan kehamilan
Sekiranya anda bekerja sendiri atau suri rumah, ia mungkin kurang memberikan sebarang kesan. Tetapi sekiranya anda bekerja dan mempunyai majikan, adalah amat penting untuk anda memberitahu mengenai kehamilan anda.
- Sekiranya anda mengalami morning sickness, orang di sekeliling anda akan faham kerana ia adalah perkara yang biasa menyerang ibu hamil terutama di awal kehamilan
- Anda juga mungkin terdedah kepada bahaya di tempat kerja sekiranya majikan tidak tahu. Mungkin kerja anda berat dan sebagainya jadi adalah lebih baik untuk majikan diberitahu
- Mungkin ada ahli keluarga yang bakal kecil hati kerana tahu daripada orang lain
- Anda mungkin terlepas tips-tips penting mengenai kehamilan yang mungkin boleh dikongsi daripada orang lain. Memang anda boleh membaca atau buat carian di internet, tetapi kadang kala pengalaman mereka yang pernah mengalaminya lebih valid
Cara terbaik umumkan kehamilan
Jadi apakah cara terbaik untuk anda umum kehamilan?
Zaman serba canggih ini selalunya tak lain dan tidak bukan adalah melalui media sosial. Biasanya ibu hamil akan kongsikan gambar ultrasound pertama bayi yang dikandung atau ada juga yang berkongsi kit ujian kehamilan yang positif.
Ada juga pasangan yang merakam detik indah terutama bagi pasangan yang sudah lama dengan membuat kejutan kepada suami mereka dalam pelbagai cara.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit foto: instagram era,je, instagram jozlynnhanania
Baca juga: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Sebenarnya Mungkin Sudah Hamil!
Baca juga: 9 Tanda Awal Kehamilan Selepas Berhubungan, No.3 Paling Ketara!
Baca juga: Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!