X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Susu Ibu Dikatakan Tak Halal Untuk Disimpan? Ini Tip Pam Susu Badan Semasa Travel

4 min bacaan
Susu Ibu Dikatakan Tak Halal Untuk Disimpan? Ini Tip Pam Susu Badan Semasa Travel

Seorang ibu yang menyusu telah ditindas apabila susunya dikatakan tak halal untuk disimpan di hotel! Ada cara mudah untuk pam susu badan ketika anda keluar travel? Ini persediaan yang wajib anda buat!

Seorang ibu ditindas kerana susu badan dikatakan tak halal!

Seorang ibu telah mengadu di Facebook tentang pengalamannya dengan sebuah hotel di Melaka yang enggan membekukan susu badannya atas alasan susu badan ibu tersebut ‘tidak halal’. 

Chua – wanita malang terbabit, telah menjelaskan pada kakitangan lelaki di kaunter hotel itu yang menolak permintaannya walaupun dia sudahpun menjelaskan susu itu adalah susu ibu.

Semuanya bermula begini… ibu terbabit meminta freezer dari pihak hotel bagi membekukan susu badan yang telah dipam olehnya.

Namun, pihak hotel tiada freezer di bilik biasa, dan enggan membenarkan Chua menyimpan susu tersebut dalam peti ais biasa kerana khuatir ia tak halal!

Susu ibu bukan soal halal atau tidak

“Saya beritahu mereka yang susu ibu atau susu badan berasal dari tubuh manusia dan bukan dari haiwan tak halal. Ia tiada kaitan dan hubungan langsung dengan halal atau tidak,” jelas Chua pada China Press.

Susu Ibu Dikatakan Tak Halal Untuk Disimpan? Ini Tip Pam Susu Badan Semasa Travel

Susu ibu dalam peti sejuk. Gambar illustrasi sahaja. Sumber: Breastfeeding Support

Tapi salah seorang dari kakitangan itu masih menegaskan yang barang-barang yang tak halal tidak boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk dalam bilik hotel. 

Dia mengatakan bahawa susu ibu itu boleh disimpan di bilik VIP, tapi bilik itu sedang digunakan pada waktu itu.

Pihak hotel meminta maaf atas kecelaruan soal susu ibu

Menurut China Press lagi, pengurus hotel telah menghubungi Chua selepas dia memaklumkan kejadian itu ke forum kumpulan ibu-ibu menyusu dalam talian.

Pengurus hotel tersebut telah berjanji untuk menegur anggota staf yang berkaitan. Tetapi Chua mengatakan adalah lebih baik untuk mendidik daripada mendisiplinkan mereka.

Hotel itu telah menampung permintaannya pada hari berikutnya, ketika bilik VIP yang diminta telah dikosongkan.

Tip pam susu badan semasa travel atau dalam perjalanan

Anda mungkin akan mengalami masalah seperti ini jika anda melancong atau keluar travel dengan tugas perlu mengepam susu badan untuk si manja.

Walaupun kebanyakan hotel akan menampung permintaan si ibu, ini tak bermaksud setiap hotel ada ruang untuk menyimpan susu.

Susu Ibu Dikatakan Tak Halal Untuk Disimpan? Ini Tip Pam Susu Badan Semasa Travel

Masih ada hotel-hotel yang tidak dapat menyimpan susu ibu

Jadi lebih baik untuk anda membuat panggilan kepada hotel tersebut terlebih dahulu.

Kadang-kadang bilik hotel akan menyediakan peti sejuk kecil, tapi ia hanya mampu menyejuk dan menyimpan susu ibu dalam masa yang singkat sahaja.

Jadi, apa yang perlu anda buat? Ikut 3 tip penting ini:

1. Rancang perjalanan anda

Tulis jadual perjalanan anda dari masa ke semasa: pukul berapa anda akan keluar rumah, masa perjalanan, mod pengangkutan, dan tempat penginapan.

Ini akan memberi idea bagaimana anda boleh menyimpan EBM anda.

2. Persediaan yang teliti

Apa yang anda perlukan? 

Ini bergantung kepada bilangan hari, mod pengangkutan, tempat penginapan dan ruang penyimpanan yang ada sepanjang percutian anda.

Anda boleh memutuskan sama ada untuk ‘pam dan buang‘ atau masih boleh bekukan susu badan untuk di bawa balik. 

Anda juga perlu membuat anggaran kasar jumlah EBM untuk dibawa balik bagi perancangan selanjutnya.

Hubungi hotel, syarikat penerbangan atau kawasan mesyuarat untuk mengetahui di mana anda boleh mengepam susu badan. 

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

3. Peralatan untuk memudahkan kerja

Susu Ibu Dikatakan Tak Halal Untuk Disimpan? Ini Tip Pam Susu Badan Semasa Travel

Adakah beg penyimpanan lebih baik dari menggunakan bekas untuk menyimpan susu ibu?

  • Pam payudara – Kalau boleh bawa kedua-dua pam tangan dan elektrik sekali. Pam tangan baik untuk tempat-tempat yang tidak mempunyai saluran elektrik atau apabila anda perlu mengepam di mana sahaja. Walaupun pam elektrik sangat berguna, ia mungkin lebih berat dan susah untuk dibawa bersama.
  • Beg simpan susu ibu, bekas – jika bawa bekas botol pastikan anda sterilnya terlebih dahulu
  • Beg sejuk dan/atau kotak sejuk yang berkualiti – bawa kotak sejuk kecil untuk kegunaan harian dan kotak sejuk yang lebih besar (bergantung kepada kuantiti EBM yang akan anda bawa balik) untuk penyimpanan di bilik pembekukan hotel.
  • Pek ais yang banyak
  • Tuala tebal atau surat khabar
  • Lain-lain – gelang getah, pen penanda untuk labelkan tarikh dan masa.

Sama-sama kita memudahkan kerja ibu menyusu badan dan si manja yang akan meragam jika tak dapat susu badan, ya?

Sumber: Malaysian Kini dan Rilek1 Corner

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Hati-hati Ibu, Jika Salah Bersihkan Pam Payudara, Boleh Jadi Punca Penyakit Cronobacter!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Susu Ibu Dikatakan Tak Halal Untuk Disimpan? Ini Tip Pam Susu Badan Semasa Travel
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • 20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

    20 Makanan Bayi 11 Bulan Agar Cepat Gemuk, Pilihan Tinggi Kalori, Vitamin & Lebih Berkhasiat!

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham