TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

21 Mar, 2017
Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Susah betul nak bawa anak menonton wayang, kan? Mereka tak mahu duduk diam dan cepat marah. Tapi, inovasi bijak lagi canggih dari Cinépolis ini akan mengubah segalanya!

Anak anda penuh bertenaga, tidak mahu duduk diam dan cepat marah ketika menonton wayang? Jangan risau. Sekarang, anda tak perlu susah hati untuk bawa si kecil ke panggung wayang lagi.

Syarikat pawagam Cinépolis yang berpangkalan di Mexico telah mencipta satu inovasi baru lagi bijak! — sebuah panggung wayang kanak-kanak dengan tempat duduk dan taman permainan. 

Betul! Tak percaya, anda boleh lihat gambar yang saya sertakan di bawah.

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Kredit gambar: Cinépolis

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Kredit gambar: Cinépolis

Seperti yang dilaporkan Variety, panggung wayang kanak-kanak ini diberi nama Cinépolis Junior. Pembinaannya adalah sebahagian usaha untuk memberi sebuah pengalaman baru di panggung wayang untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Antara alat permainan yang melengkapi taman permainan dalam inovasi canggih ini adalah slaid bersaiz 55 kaki, permainan berstruktur, bean bags, kerusi lounge yang tinggi dan banyak lagi.

Kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun amat dialu-alukan di sini. Pengarah Eksekutif Cinépolis di Amerika Syarikat memberitahu The LA Times yang “inovasi ini dicipta untuk memberi rasa alu-aluan pada kanak-kanak dan buat mereka selesa.”

“Ideanya adalah untuk memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka menonton filem, sambil membenarkan mereka (kanak-kanak) berseronok.” — Adrian.

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Kredit gambar: Cinépolis

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Kredit gambar: Cinépolis

Panggung wayang biasa akan cuba mengehadkan gangguan dan bunyi bising. Namun, panggung wayang ini disertakan dengan taman permainan? Tak mustahil ke?

Semestinya tak! Sebab itu panggung wayang ini dinamakan sebagai “panggung wayang kanak-kanak”. Ia dicipta khas untuk memberi pengalaman, membiasakan mereka dengan filem tanpa terlupa tentang elemen yang mereka suka.

Menurut pakar analisis filem box-office, Paul Dergarabedian — usahasama ini mungkin akan dianggap mustahil dan tidak “menghormati” filem. Tapi, ia adalah senario yang mungkin paling sesuai untuk kanak-kanak melalui pengalaman menonton.

“Kanak-kanak bukan kira filem itu bagus atau tidak. Mereka mudah bosan dan bertenaga. Kita harus tangkap perhatian mereka dengan cara tersendiri,” ulas beliau lagi.

Sebenarnya, pawagam kanak-kanak ini telah lama wujud di Mexico, Sepanyol, Costa Rica dan Guatemala. Akan tetapi, baru kini ia memasuki pasaran Amerika Syarikat.

Dua panggung wayang pertama yang akan memasuki pasaran Amerika adalah di Los Angeles dan San Diego. Kedua-dua panggung wayang tersebut membawa rekaan dalaman baru dan boleh menempatkan sehingga 133 tempat duduk.

Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!

Kredit gambar: Cinépolis

Filem mesra kanak-kanak akan ditayangkan sebanyak 5 hari seminggu. Ibu bapa boleh membeli makanan ringan kegemaran anak-anak mereka termasuklah bertih jagung berperisa Cheetos, Cili, Karamel dan Zebra.

Seronoknya kalau inovasi canggih seperti ini datang ke Malaysia! Bolehlah ibu bapa membawa anak mereka ke panggung wayang tanpa rasa risau. Lagipun, ada 17 filem animasi yang keluar akan tahun ini!

Filem animasi sesuai untuk kanak-kanak

Antara 17 filem animasi terbaru tahun 2017 adalah:

  1. The Lego Batman Movie (Feb)
  2. Rock Dog (Feb)
  3. Leap! (Mac)
  4. The Boss Baby (Mac)
  5. Smurfs: The Lost Village (April)
  6. Spark (April)
  7. The Nut Job 2 (Mei)
  8. Captain Underpants (Jun)
  9. Cars 3 (Jun)
  10. Despicable Me 3 (Jun)
  11. Blazing Samurai (Ogos)
  12. The Emoji Movie (Ogos)
  13. The Lego Ninjago Movie (Sept)
  14. My Little Pony (Okt)
  15. The Star (Nov)
  16. Coco (Nov)
  17. Ferdinand (Dec)

Apa, masih tidak pernah membawa anak anda ke wayang kerana risau dengan reaksi mereka? Jangan risau. The Asianparent ada menyediakan 7 tip untuk bawa anak tengok wayang buat pertama kali. Baca dulu, okay?

Marilah berhibur sambil merapatkan hubungan dengan permata hati anda!

Sumber rujukan: Cinépolis, Variety, Los Angeles Times, Comscore, dan Hollywood Reporter

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Panggung Wayang Kanak-Kanak Dengan Taman Permainan?!
Kongsikan:
  • 15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

    15 Taman Permainan Kanak-Kanak Di Kuala Lumpur & Selangor Yang Percuma, Best Bawa Keluarga

  • Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham