Wanita Mempunyai Pangkal Rahim Lemah, 8 Kali Keguguran & Kini Hamil, Ini Sebabnya

Sering mengalami keguguran? Ibu-ibu jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan, risau pangkal rahim pendek dan lemah punca keguguran.

Apabila bercakap mengenai keguguran, lebih mudah kita mengatakan “dah tak ada rezeki lagi, muda lagi boleh cuba lagi”, tapi sebenarnya yang memikul itu sengsara hatinya. Tahukah anda, antara penyebab kerap keguguran ini adalah kerana pangkal rahim yang pendek atau lemah.

Ada beberapa rawatan yang perlu diambil sekiranya seseorang wanita yang mempunyai pangkal rahim lemah ini hamil. Antaranya adalah perlu menjahit pangkal rahim.  

Mengikut perkongsian oleh seorang penasihat dan perunding kesuburan wanita En. Muhammad Izzat di Facebooknya, dia pernah mempunyai seorang pesakit yang sudah 8 kali keguguran dan akhirnya berjaya hamil dan melahirkan setelah dijahit pangkal rahimnya. 

Pangkal rahim pendek (Cervical Incompetence)

Keguguran bukan suatu perkara mudah bagi seorang wanita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bukan senang

Saya ada seorang pesakit dulu, 8 kali keguguran berturut-turut, entah macam mana boleh berjumpa saya.

Telah jumpa beberapa doktor sebelum ni, dari gaya pesakit cakap ( menurut apa yg diberitahu ) seolah-olah dia mengalami cervical incompetence – pangkal rahim pendek dan lemah, maka tak boleh nak tampung pregnancy. Kehamilan yang ke 8, beliau mengalami leaking ( pecah air ketuban ) bila kehamilan mencecah 26 minggu. Baby tersebut lahir sangat tak cukup bulan dengan saiz yg amat kecil dan akhirnya meninggal dunia disebabkan jangkitan kuman yang teruk.

Ibu sangat trauma dengan keadaan tu. Saya yang dengar pun memang rasa kesusahan ibu masa tu. Ibu seolah-olah hampir hilang harapan untuk mengandung lagi.

Walau bagaimanapun, ibu ni sangat kuat. Dia tak mengenal erti berputus asa. Dia mahukan satu lagi percubaan, jika lepas ni dia masih lagi gugur, maka itulah pertaruhan beliau yang terakhir. Kuat dan gagah betul ibu ni.

Beberapa penyiasatan darah telah diambil, termasukla thrombophilia screening – semuanya come back as Normal !

Sampel swab dari vagina pun turut saya hantar untuk tengok ada jangkitan kuman atau tak. Semuanya ok.

Ibu masa saya jumpa berbadan besar, maka 1st step adalah untuk kurangkan berat badan. Memang itu pun langkah awal.

Ibu makan secara sihat, dan lead a healthy lifestyle – sentiasa aktif. Ibu telah mencapai BMI yg saya mahukan sebelum mengandung.

Kali kedua beliau datang klinik, kali ni beliau mengandung. Saya telah refer beliau untuk buat cervical stitch – bubuh jahitan pada pangkal rahim. Cervical stitch/cerclage telah dibuat pada 14 minggu. Pregnancy berjaya dipanjangkan sehingga cukup bulan 37 minggu. Sepanjang kehamilan, ibu takda kencing manis dan darah tinggi.

Beliau akhirnya berjaya melahirkan seorang baby boy yang comel, berat 2.8kg

Semalam, dia datang jumpa saya lagi, mengandung lagi kali ini.

Cara elak keguguran dan menggalakkan rahim sihat

Menjaga diet

Di sini ada beberapa tips untuk menangani keguguran dan membuat rahim lebih kuat dan sihat. Yang pastinya, bakal ibu haruslah menjaga diet yang seimbang. Amalkan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur sayuran untuk mengelakkan keguguran.

Mengamalkan produk tenusu seperti susu, keju dan youghurt bukan sahaja baik untuk kesihatan ibu mengandung, malah baik untuk kesihatan bayi. Mengamalkan supplement seperti asid folik amat bagus.

Kekurangan vitamin B12 boleh menyumbang kepada kehilangan janin dalam kandungan, bahkan mengurangkan kekerapan keguguran.

Berat badan yang seimbang

Di sini ditegaskan, selain faktor pemakanan dan pengambilan supplemen, amalan gaya hidup bakal ibu dan juga berat badan mempengaruhi kesihatan janin. Sekiranya bakal ibu kekurangan berat badan atau mempunyai berat badan berlebihan, ibu mengandung dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk rujukan.

Berat badan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kesihatan janin terjejas kerana hormon yang tidak seimbang. Jika bakal ibu di sini peminat kopi, anda mestilah kurangkan pengambilan kopi atau elakkan pengambilan kopi kerana risiko untuk janin gugur adalah tinggi jika meminum kopi.

Faktor-faktor lain seperti pendedahan kepada racun perosak, logam berat dan juga bahan pelarut adalah penyebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran.

Sumber: Muhammad Izzat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Suka Makan Ikan Masin Ketika Hamil Ibu Berpotensi Darah Tinggi!