Ada 6 Pantang Ibu Bersalin Wajib Ikut Menurut Pakar, Kalau Tak Buat Memang Boleh Mudarat

Banyak cara pantang ibu bersalin. Tapi ini cara yang sepatutnya dibuat oleh ibu lepas bersalin di luar sana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pantang ibu bersalin ada pelbagai jenis mengikut kepada budaya dan kepercayaan sesebuah keluarga. Ada yang memang ikut kaedah berpantang secara tradisional, moden malah ada juga yang langsung tidak berpantang.

Jadi kaedah pantang yang mana yang sepatutnya ibu bersalin ikut? tidak hairan jika ada yang keliru kerana terlalu banyak budaya dan cara berpantang.

Tetapi apa yang paling penting adalah sepanjang berpantang ini kesihatan ibu lepas bersalin haruslah sentiasa terjaga bagi mengelak sebarang perkara tidak diigini berlaku. 

Pantang ibu bersalin yang sepatutnya diikut menurut pakar

Pelbagai pandangan dan pendapat mengenai pantang ibu bersalin yang biasa kita baca dan dengar. Ada yang memang buat ibu lepas bersalin buntu kerana terlalu ketat kaedah berpantangnya.

Jadi kali ini kami kongsikan, apa pantang yang sepatutnya ibu lepas bersalin buat bagi mengekalkan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Menurut pakar obstetrik dan ginekologi Dr Imelda Balchin, ini adalah 6 pantang yang sepatutnya ibu lepas bersalin buat bagi mengekalkan kesihatan yang baik terutama untuk ibu dan bayi. 

Hanya ada 6 pantang yang ibu lepas bersalin wajib buat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pantang semasa darah nifas dari bersolat dan hubungan kelamin mengikut feqah Islam hanya sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari)
  2. Pantang merokok dan asap rokok (termasuk nikotin vape)
  3. Pantang minum alkohol
  4. Pantang makan ikan yang ada pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan laut dalam besar-besar (ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tenggiri besar)
  5. Pantang makan Junk food.
  6. Pantang Stres: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat

Pastikan anda minum air secukupnya

Ada yang kata masa berpantang tidak boleh minum air banyak. Sebenarnya ketika berpantanglah badan ibu memerlukan air secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.

Dehidrasi bahaya untuk ibu hamil ia kerana ketika lepas bersalin ini air diperlukan oleh badan termasuklah untuk menyusu dan sebagainya. Disebabkan itu ibu baru lepas bersalin wajib pastikan diri mereka minum air secukupnya.

Menurut Dr Imelda, minumlah air secukupnya. Boleh saja minum susu, ,boleh makan roti atau sarapan bijirin. Pendapat yang mengatakan minum air banyak akan menyebabkan faraj becak hanya mitos semata-mata. 

Makan makanan berkhasiat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulkan menu berpantang yang mudah disediakan. Boleh juga cuba memasak menu dalam pantang lebih awal sebelum ibu melahirkan bayi untuk memahirkan diri.

Pastikan makanan yang disediakan adalah seimbang dan bernutrisi tinggi serta galakkan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh berpantang.

#1. Sumber protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan pengambilan sumber protein daripada ayam dan daging (elakkan bahagian berlemak), ikan segar. Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa. Jika salah pengambilannya kebarangkalian akan mengalami reaksi alahan dan boleh menyebabkan bentan di pintu rahim.

#2. Sumber sayuran

Boleh amalkan makanan untuk menambah susu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar seperti cekur manis, sawi, lobak putih, lobak merah, peria, pegaga dan brokoli. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh.

#3. Sumber buah-buahan

Makan buahan dengan warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries – mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi atau oren – mengandungi vitamin C yang tinggi. Buahan lain yang boleh diambil seperti kurma, epal merah, kismis, dan prune.

Selain makanan herba, sayuran dan buah-buahan untuk mengembalikan tenaga tubuh, anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga.

#4. Sumber ulam-ulaman

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara sumber ulaman yang boleh diambil termasuklah halia, serai, lengkuas, pegaga, mengkudu, ulam raja dan pelbagai lagi. 

FB Dr Imelda Balchin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Bosan Makan Bubur? Cuba 10 Resepi Ini, Confirm Buka Selera Si Manja

Baca juga: Apa Yang Berlaku Jika Anda Alami Koyakan Tahap 4 Masa Bersalin?

Baca juga: 5 Cara Amat Berkesan Tenangkan Anak Yang Sedang Meltdown

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar