Masalah buah pinggang kronik adalah satu keadaan yang tidak dapat disembuhkan sepenuhnya, tetapi perubahan gaya hidup yang sihat dapat membantu mengurangkan risiko dan melambatkan perkembangan penyakit ini. Apakah pantang larang makanan untuk pesakit buah pinggang?
Isi Kandungan
Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang
1.Kacang Macadamia
Kebanyakan kekacang tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang kerana kandungan tinggi fosforus. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil kacang macadamia. Ia mengandungi potassium dan fosforus yang lebih rendah berbanding badam atau kacang tanah tetapi tetap menyediakan mineral penting seperti kalsium, lemak sihat, zat besi, dan magnesium.
2.Buah-Buahan Beri
Bluberi kaya dengan antioksida seperti anthocyanin, yang terkenal kerana melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kencing manis dan penyakit lain. Dengan kandungan sodium, fosforus dan potassium yang rendah ia adalah pilihan yang baik bagi pesakit buah pinggang. Selain itu, kranberi juga merupakan jenis beri yang baik untuk buah pinggang. Kandungan antioksida yang terdapat dalam beri biru dan kranberi dipercayai dapat membantu mencegah jangkitan buah pinggang serta saluran kencing (UTI).
3.Cendawan Shitake
Cendawan shiitake tidak hanya tinggi dengan kandungan protein tumbuhan dan serat tetapi juga membekalkan mineral penting seperti selenium, manganese dan vitamin B. Ia juga mengandungi kadar potassium, sodium dan fosforus yang lebih rendah daripada kebanyakan jenis cendawan lain.
4.Kubis dan Kubis Bunga
Kubis boleh mengawal paras gula dalam darah, mengurangkan risiko kerosakan buah pinggang dan hati serta membantu mencegah obesiti.
Kubis bunga pula kaya dengan serat dan menyediakan pelbagai nutrisi penting seperti vitamin K dan folat.
5.Tauhu
Tauhu adalah alternatif protein yang baik untuk pesakit buah pinggang kerana mengandungi fosforus, potassium dan protein yang lebih rendah berbanding ayam atau daging.
Tips Pemakanan Untuk Pesakit Buah Pinggang
Berikut adalah pantang larang makanan untuk pesakit buah pinggang.
1. Minuman Soda Berwarna Gelap
Selain kalori dan gula yang terdapat dalam minuman soda ia juga mengandungi bahan tambahan yang mengandungi fosforus, terutamanya minuman soda berwarna gelap. Ramai pengeluar makanan dan minuman menambah fosforus semasa pemprosesan untuk meningkatkan rasa, memanjangkan jangka hayat produk dan mengelakkan perubahan warna.
2.Avokado
Walaupun avokado biasanya adalah tambahan yang sihat dalam diet, ia dikategorikan sebagai makanan tinggi kalium yang perlu dielakkan bagi individu dengan penyakit buah pinggang.
3.Makanan Dalam Tin
Makanan dalam tin mengandungi jumlah sodium yang tinggi kerana garam ditambah sebagai bahan pengawet untuk memanjangkan jangka hayat produk.
4.Roti Gandum Penuh
Roti gandum penuh mungkin lebih berkhasiat disebabkan kandungan seratnya yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, bagi individu yang mengalami penyakit buah pinggang, roti putih biasanya disyorkan berbanding variasi roti gandum penuh. Ini disebabkan oleh kandungan fosforus dan kalium. Semakin banyak sekam dan bijirin dalam roti, semakin tinggi kandungan fosforus dan kaliumnya.
5.Beras perang
Seperti roti gandum penuh, beras perang adalah bijirin yang mempunyai kandungan kalium dan fosforus lebih tinggi berbanding beras putih.
6.Pisang
Pisang terkenal dengan kandungan kalium yang tinggi.
7.Produk Tenusu
Mengambil terlalu banyak produk tenusu bersama dengan makanan lain yang kaya fosforus boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang bagi individu yang mengalami penyakit buah pinggang. Apabila buah pinggang rosak, pengambilan fosforus yang berlebihan boleh menyebabkan tompokan fosforus dalam darah, menarik kalsium dari tulang anda. Ini boleh membuat tulang anda menjadi nipis dan lemah dari semasa ke semasa dan meningkatkan risiko patah tulang atau kecacatan.
8.Oren Dan Jus Oren
Walaupun ia dikenali kerana kandungan vitamin C ia juga merupakan sumber yang kaya dengan kalium yang sepatutnya dielak diambil berlebihan.
9.Daging Proses
Ini termasuk sosej, bacon dan pepperoni. Daging proses biasanya mengandungi jumlah garam yang banyak untuk meningkatkan rasa dan memelihara rasa.
10.Jeruk Zaitun dan Jeruk Timun
Jeruk timun dan jeruk zaitun melalui proses pengasinan yang menggunakan jumlah garam banyak.
11.Aprikot
Aprikot kaya dengan vitamin C, vitamin A, dan serat tetapi ia tinggi kalium yang tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang.
12.Kentang dan Ubi Keledek
Kentang dan ubi keledek adalah sayur-sayuran yang kaya dengan kalium.
13.Tomato
Tomato adalah buah yang kaya dengan kalium dan mungkin tidak sesuai dengan panduan diet buah pinggang.
14.Makanan Segera, Ready Made
Makanan yang diproses boleh menjadi komponen utama natrium dalam diet.
15.Bayam dan Daun Bit
Bayam, dan daun bit adalah sayur-sayuran hijau yang kaya dengan nutrien dan mineral, termasuk kalium.
16.Kurma, Kismis dan Prun
Kurma, kismis, dan prun adalah buah yang biasa didapati dalam keadaan kering. Apabila buah dikeringkan, nutriennya terkumpul termasuklah kalium. terkonsentrasi. Ini termasuk kalium.
17.Pretzel, Keropok dan Biskut Keping
Makanan ringan siap makan seperti pretzel, keropok kentang dan biskut keping cenderung kurang dalam nutrien dan tinggi kandungan garam.
eCentral, healthline
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masalah Buah Pinggang Bengkak Pada Bayi Dalam Kandungan, Adakah Ia Boleh Sembuh?
Baca juga: 10 Tanda Sakit Buah Pinggang Dan Cara Mencegahnya Dengan Berkesan
Baca juga: Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan “Ubat” Bahaya Ketika Hamil?