TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Gula dalam Hidup, Bukan dalam Hidangan! Perkongsian Seorang Chef Pastri Menangani Diabetes

3 min bacaan
Gula dalam Hidup, Bukan dalam Hidangan! Perkongsian Seorang Chef Pastri Menangani Diabetes

Sebagai seorang Chef Pastri yang sering dikelilingi oleh godaan makanan dengan kandungan gula yang tinggi adalah satu cabaran yang amat sukar, bukan sahaja kepada Ainaa tetapi sesiapa sahaja di luar sana.

Bagi Ainaa Munirah Pang, seorang Chef berusia 39 tahun yang menerima diagnosis diabetes jenis 2 pada usia 27 tahun, terbukti lebih sukar. Usaha Ainaa bagi mengurangkan tahap pengambilan glukosa sering terjejas disebabkan keperluan pekerjaan yang memerlukannya merasa makanan yang mengandungi tahap glukosa yang tinggi selain waktu kerja yang panjang. Apabila Ainaa menyedari bahawa dia mempunyai paras glukosa yang tinggi, dia sedar sokongan luar diperlukan.

Pengalaman Ainaa ini bukanlah sesuatu yang asing. Penyakit diabetes semakin meningkat di kalangan golongan muda rakyat Malaysia dengan kajian menunjukkan 15.6% orang dewasa terkesan manakala 40% daripada mereka tidak menyedari tahap kesihatan mereka[i]. Justeru, peningkatan kadar diabetes di Malaysia menunjukkan keperluan bagi pencegahannya.

Titik Perubahan Hidup Ainaa

Ainaa telah mencuba pelbagai cara untuk mengawal tahap glukosanya tetapi gagal, menyebabkan dia berasa kecewa dan putus asa. Bagaimanapun, selepas terlibat dalam satu kemalangan 4 tahun yang lalu sehingga menyebabkan Ainaa mengalami komplikasi seperti jangkitan otak, penglihatan ganda dan tulang rusuk patah telah mengubah persepsi Ainaa dalam pengurusan kesihatannya. Kemalangan ini telah menyebabkan Ainaa melalui trauma dan menilai semula tahap kesihatannya.

Penyakit diabetes juga merupakan penyakit keturunan yang disebabkan oleh faktor genetik. Ini berikutan ibu dan adik perempuannya juga menghidap penyakit tersebut. Justeru, Ainaa sedar untuk mengekalkan kesihatan yang baik memerlukan perubahan gaya hidup yang ketara iaitu melalui pengawalan tabiat pemakanan dan pengambilan makanan yang seimbang.

Kuasa Diet Seimbang

“Pengurusan diabetes bukan untuk mengekang kehidupan seseorang tetapi kita perlu membuat pemilihan makanan yang bijak dan sesuai dengan gaya hidup anda,” kata Dr. Winnie Chee, Profesor Pemakanan dan Dietetik di Universiti IMU. “Diet yang seimbang amat penting kerana ia melibatkan pemilihan makanan yang betul dalam kadar yang sesuai. Pemilihan pemakanan seperti makanan protein tanpa lemak, sayur-sayuran pelbagai jenis dan bijirin serta pengambilan karbohidrat yang terkawal adalah penting.  Anda juga boleh merujuk kepada panduan Pinggan Sihat Malaysia bagi mendapatkan keseimbangan nutrien yang tepat.

Hindari makanan dan minuman tinggi gula seperti minuman bersoda atau snek yang mengandungi gula tambahan, lemak tidak sihat dan berusaha mengurangkan penggunaan minyak dan garam dalam hidangan. Ini bukan sahaja dapat membantu mengawal tahap glukosa tetapi juga menyumbang kepada penjagaan kesihatan secara menyeluruh,” tambah Dr. Winnie.

Program Berstruktur Menyumbang kepada Kejayaan

Perubahan hidup Ainaa bermula selepas dia menyertai Program Perubahan Gaya Hidup Glucerna® (Glucerna® Lifestyle Change Programme or GLCP) Abbott. Program selama empat minggu ini berjaya membantu Ainaa mengawal paras glukosa, menurunkan berat badan serta mengembalikan semula keyakinan diri. Menerusi pemantauan glukosa berkala, panduan pemakanan yang seimbang dan sokongan komuniti, Ainaa mula menyaksikan peningkatan kepada kesihatan fizikal dan emosinya.

Selepas setahun menyertai GLCP, Ainaa berjaya menurunkan tahap glukosa purata kepada 8 mmol/L dan juga menurunkan berat badannya. Berkat komitmen Ainaa untuk mengekalkan gaya hidup sihat secara konsisten, dia kini berjaya mencapai tahap glukosa sasarannya.

Dengan semangat baru dalam hidup, Ainaa mula menyertai larian maraton bagi meningkatkan stamina serta membuktikan kemampuan dirinya. Ainaa juga telah menjadikan minatnya dalam pembuatan pastri sebagai cara untuk membantu orang lain. Kini, dia berjaya mencipta resipi tanpa gula dan mesra diabetes sekaligus memberi manfaat kepada rakan-rakannya dan para penghidap diabetes.

Pengalaman Ainaa dalam mencegah diabetes berjaya membuktikan bagaimana pengurusan pemakanan yang berdisplin boleh membawa kepada peningkatan kesihatan yang ketara. Pemakanan dan intervensi gaya hidup sihat memainkan peranan utama dalam membantu individu mencapai kawalan glisemik yang lebih baik.

Stories Rakan Kongsi
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them
Childhood Vaccinations Saw A Significant Drop in 2020(1), Now Doctors Are Pleading With Families To Return To Them

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Gula dalam Hidup, Bukan dalam Hidangan! Perkongsian Seorang Chef Pastri Menangani Diabetes
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham