Pantang Makan Laksa Selepas Bersalin, Benarkah Ibu Berisiko Sakit Badan & Demam Urat?

Pantang makan laksa lepas bersalin biasa kita dengar boleh menyebabkan badan berangin dan sakit tubuh. Namun sejauh manakah kebenarannya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang berasal daripada utara tanah air, bahawa ibu lepas bersalin perlu pantang makan laksa setahun. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Pantang makan laksa setahun lepas bersalin, kenapa ya?
  • Fakta mengenai laksa yang anda perlu tahu

Sejauh manakah benarnya pernyataan ini dan mengapa ibu lepas bersalin perlu pantang makan laksa. Bukan sehari dua, setahun lamanya.

Pantang makan laksa setahun lepas bersalin, kenapa ya?

Bagi yang tidak gemar laksa, tiada masalah. Namun, jika menggemarinya pasti agak mencabar menahan rasa teringin mahu menjamah makanan itu.

Tapi takut pula dibebel. Jadi adakah benar ibu lepas bersalin perlu pantang makan laksa setahun lamanya? Ikuti perkongsian yang dikongsi daripada seorang ahli kimia, Che Puteh Osman. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang tidak dinafikan ada yang baik-baik saja makan laksa ketika dalam pantang, namun ada juga yang mengakui rasa tidak selesa malah demam-demam dan badan seram sejuk bila makan laksa semasa berpantang.

Fakta mengenai laksa yang anda perlu tahu

Perlu difahami, laksa ada sejenis mi dan beberapa fakta mengenainya perlu difahami.

#1. Laksa

Ia adalah sejenis mi yang biasanya dibuat dari tepung beras putih yang mengandungi kanji. Jadi terdapat dua jenis kanji iaitu amylose dan amylopectin. Amylose adalah sejenis kanji (starch) yang tidak mudah dihadam. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seseorang boleh mengalami masalah ketidakhadaman dan kembung disebabkan oleh kanji amylose. Jadi untuk elakkan kembung, lebih elok kunyah sebaiknya sebelum ditelan.

Namun tidak dinafikan memang ada yang mengalami masalah tidak boleh bertoleransi dengan beras putih, jadi memang dia tidak boleh makan. Jadi petua tidak boleh makan laksa ketika pantang tidak terpakai untuk semua orang kerana ia bergantung kepada tubuh masing-masing.

#2. Ikan

Ikan yang selalu digunakan untuk buat kuah laksa adalah ikan sardin, Kadang kala ada ikan yang tercemar dengan histamine. Bolej jadi juga pengeluaran histamine berlebihan oleh badan sebagai tindakbalas kepada makanan tertentu. Antara reaksi alahan adalah selesema, hidung tersumbat, gegata,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda memang adalah alahan, ia akan berlaku bukan hanya ketika pantang.

#3. Bunga kantan, daun kesum

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua-dua bunga kantan dan daun kesum mengandungi phytonutrient yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Kedua-dua bahan ini mengandungi oligosakarida kompleks seperti kebanyakan sayur-sayuran.

Tidak semua orang akan menghadapi masalah penghadaman oligosakarida yang sama. Jika anda boleh makan sebelum bersalin, maka anda boleh makan selepas bersalin. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buah Untuk Ibu Berpantang, Ini Senarai Jenis Buah Yang Boleh & TIDAK BOLEH Anda Ambil

Baca juga:  Makanan Dalam Pantang 44 Hari Yang Sedap, Buat Ibu Berselera Makan & Lebih Kenyang

Baca juga: Menu Pantang Sendiri Berasaskan Ayam & Ikan, Tinggi Protein Bantu Pulihkan Luka Bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar