Suami Jangan Biar Isteri Pantang Sendiri, 30 Hari Pertama Selepas Bersalin Amat Mencabar

Pantang sendiri boleh menyebabkan isteri tertekan dan alami halusinasi. Suami kena mainkan peranan dan membantu uruskan bayi baru lahir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas melahirkan anak, tubuh isteri mengalami banyak perubahan. Waktu inilah emosi mereka menjadi tidak menentu. Sebagai suami, jangan ambil mudah hingga anda membiarkan isteri pantang sendiri di rumah. 

Apa yang boleh anda baca daripada artikel ini?

  • Isteri pantang sendiri cenderung mengalami postpartum blues
  • Suami main peranan penting, jangan beri isteri berpantang sendiri di rumah
  • Kesan emosi terhadap isteri yang pantang sendiri selepas bersalin
  • Postpartum psychosis boleh membahayakan ibu serta bayi

Waktu berpantang, isteri bukanlah malas atau mengada-ngada inginkan perhatian tetapi mereka masih lagi merasakan kesakitan bersalin serta perlu menguruskan bayi baru lahir dengan begitu teliti. Semua ini boleh menyebabkan tekanan perasaan pada isteri.

Dan waktu inilah, suami kena jaga dan layan isteri. Ingat, mereka sudah bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat untuk anda.

Isteri pantang sendiri cenderung mengalami postpartum blues

Sewaktu berpantang, emosi isteri akan bercelaru disebabkan oleh tahap hormon yang berubah mendadak selepas bersalin ditambah dengan rasa sakit, tidak cukup rehat dan badan masih lemah. Semua perasaan ada waktu ini.

Dan ini semua akan menjadikan isteri mudah stress dan tertekan. Stress yang melampau boleh membawa kepada postpartum blues.

Postpartum blues ini biasanya berlaku pada 80% ibu dan biasanya ia akan hilang menjelang dua minggu selepas bersalin.

Dua minggu pertama selepas bersalin amat penting untuk suami sentiasa menjaga kesihatan fizikal serta emosi isteri. 

Jangan biarkan mereka sendirian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami main peranan penting, jangan beri isteri berpantang sendiri di rumah

Dalam dua minggu pertama selepas isteri bersalin, suami kena sentiasa ada di sisi isteri, berikan mereka sokongan moral.

Jangan buat tidak tahu sahaja dengan keadaan isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada suami yang jenis memahami, akan membantu tukar lampin, dodoikan dan tenangkan bayi atau menguruskan segala urusan rumah serta menjaga bayi.

Kalau dapat suami macam itu, memang beruntung tetapi ada juga suami yang jenis terus keluar dan tidur di bilik lain, tinggalkan isteri terkontang-kanting hanya sebab tidak tahan dengan bunyi bayi menangis.

Lebih parah kalau siap merengus tanda tidak puas hati dengan situasi itu. Kalau dapat suami macam ini memang isteri boleh terus meroyan tidak tentu pasal.

Para suami kena ingat, tanggungjawab menjaga anak bukan hanya terletak pada bahu isteri. Itu tanggungjawab bersama. Kalau tidak mahu ada tanggungjawab itu, jangan buat anak.

Kesan emosi terhadap isteri yang pantang sendiri selepas bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi isteri yang dapat suami jenis tidak ambil peduli, mereka boleh melalui fasa postpartum depression.

Para suami kena ingat, isteri yang melalui fasa ini bukan sahaja bahaya pada diri mereka sendiri tetapi juga bahaya pada anak.

Dalam fasa postpartum depression (PPD) , ibu boleh hilang pertimbangan. Dan, antara tanda PPD yang lain adalah:

  • Tidak peduli pada anak
  • Menangis sepanjang hari
  • Rasa nak bunuh diri (suicide) atau bunuh bayi (infanticide)

Postpartum psychosis boleh buat ibu dengar bisikan bunuh bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika PPD ini dibiarkan berterusan, ia boleh membawa kepada postpartum psychosis. Saat ini, isteri akan mula berhalusinasi sendiri serta bercakap sendirian.

Waktu ini, isteri sudah tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan. Tanpa sedar, mereka mungkin sudah cekik anak atau lemaskan mereka.

Di dalam kepala isteri akan mendengar seperti bisikan menyuruh mereka membunuh anak sendiri. Dalam fasa ini, si ibu sudah tidak punya rasa bersalah kerana mereka seolah tidak punya perasaan.

Jadi lepas ini, suami tolong ambil perhatian pada isteri yang sedang berpantang. Hargailah jasa mereka kerana telah melahirkan zuriat untuk anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Waspada Gejala Meroyan Selepas Bersalin, Para Ibu Ambil Tahu 5 Tanda Bahaya Ini!

Baca juga: Tak Mustahil Boleh Murung, Meroyan Jika Berpantang Sendiri Ketika PKP, 5 Tips Elak Ibu Tertekan

Baca juga: Batu Meriyan Punca Wanita Sedang Berpantang Senang Meroyan? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea