Penyakit kencing manis ketika hamil atau gestational diabetes mellitus (GDM) merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh wanita hamil dan mereka yang mengalaminya perlu memastikan darah sentiasa dalam paras gula normal untuk melindungi kesihatan diri dan bayi.
Penyakit ini akan memberikan implikasi kesihatan yang serius untuk ibu dan anak dalam kandungan sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Suami tak tahu isteri ada diabetes
Berkongsi sebuah hantaran di Instagram, Pakar Paediatrik, Dr Redza Zainol berkongsi kisah mengenai kelahiran bayi dengan komplikasi Sacra Agenesis iaitu lahir tanpa tulang sakrum disebabkan oleh paras gula yang tak terkawal oleh ibu yang menghidap diabetes.
Lebih mengejutkan si suami tidak pernah tahu isterinya sudah bertahun mempunyai penyakit kencing manis.
Katanya menerangkan kepada si suami, tulang sakrum tersebut sepatutnya bersambung dengan tulang pinggul dan tulang belakang tapi tak wujud. Bayangkan tulang ini yang membantu kita berjalan dan duduk jadi beliau tidak dapat membayangkan nasib bayi tersebut nanti.
Bayi tersebut perlu dirujuk segera ke bahagian pembedahan.
4 perkara ibu perlu buat untuk kawal paras gula semasa hamil
Ujarnya, dia mengingatkan supaya wanita yang sedang hamil atau mereka yang mempunyai isteri hamil ketika bulan puasa ini agar cuba untuk mengawal gaya hidup supaya paras gula terkawal.
Antara tips yang dikongsikan Dr. Redza;
1. Ikut nasihat doktor yang merawat
Jika diarah makan ubat seperti Metformin atau lain-lain, perlu patuh. Suami bagi sokongan sekali
2. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohidrat dan manisan
Nasi, mee, roti, kuih-kuih, nasi lemak, roti canai, ais krim contoh makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula. Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur-sayur dan buah-buahan.
3. Makanan yang perlu dikurangkan
Jauhkan minuman soda, jus dalam tin, kotak atau botol kerana kandungan gula terlalu tinggi.
4. Makanan yang disyorkan
- Makanan yang mengandungi fiber. Sayur tempatan seperti sawi, kangkung, pucuk-pucuk ubi, keledek dan pucuk paku, nenas, dan oats.
- Makanan-makanan mengandungi magnesium, bayam, almond, yogurt, protein, ikan-ikan berminyak seperti salmon, mackerel, tuna dan daging lembu tanpa lemak.
- Makanan yang rendah gula seperti kacang, biji labu, biji bunga matahari buah beri dan avokado.
Katanya perkara ini perlu dikongsikan kepada ibu hamil bagi memastikan anak yang dilahirkan nanti sihat.
Dr.Redza Zainol
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!
Baca juga: Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah, Petua Tanpa Ubat Untuk Ibu Ada GDM (Diabetes)
Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka