Lihat Bagaimana 4 Jenis Parasit Boleh Bersarang Dalam Tubuh Anak Anda!

Ini 4 parasit di tubuh manusia yang selalu masuk ke dalam badan kanak-kanak hingga menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya dan harus dirawat segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Demam dan selsema adalah penyakit biasa yang selalu menyerang kanak-kanak. Namun ada satu lagi yang mengerikan iaitu jangkitan parasit di tubuh manusia.

Jangkitan parasit di tubuh manusia akan lebih terbuka untuk menyerang kanak-kanak, sama seperti kes di bawah ini. 

Ibu mula risau apabila bisul anak keluar ulat! 

Dalam Facebook miliknya, Aribalusi Adelemi, seorang ibu yang berasal dari Afrika berkata, anaknya mempunyai empat bisul kecil di kepala, dada, kaki dan jari.

Pada mulanya, dia fikir bisul tersebut hanyalah jangkitan kecil yang akan sembuh sendiri dan doktor hanya bagi krim antibiotik.

Namun, anaknya kerap menangis kerana sakit bisul tersebut terutama pada waktu malam.

Selepas tiga hari, salah satu bisul meletup dan bernanah. Ketika dia tekan bisul itu, tiba-tiba keluar seekor ulat hidup.

Kemudian dia sapu krim antibiotik pada bisul itu dan tidur malam anaknya tidak terganggu lagi.

Parasit di tubuh manusia – Lalat tumbu

Menurut doktor, ini adalah satu keadaan apabila lalat melepaskan telur pada pakaian lembab atau kering yang ditinggalkan di luar rumah.

Telur tersebut juga boleh berpaut pada pakaian yang terjatuh ke rumput.

Sebaik saja seseorang individu memakainya, ia boleh membawa jangkitan parasit di tubuh manusia yang akhinya menetas di bawah lampisan kulit dan melepaskan ulat.

Pada waktu malam, ulat tersebut bergerak dan menyebabkan kesakitan. Inilah punca anak tak selesa tidur.

4 jenis parasit di tubuh manusia

Berikut merupakan jenis-jenis parasit di tubuh manusia yang biasa terjadi di Asia:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Parasit di tubuh manusia #1. Cryptosporidiosis

  • Cryptosporidiosis adalah parasit yang sering menyerang kanak-kanak. Biasa simptom yang dialami adalah cirit-birit.
  • Jangkitan ini muncul apabila ada hubungan fizikal dengan orang atau haiwan kesayangan yang dijangkiti, minum air yang tercemar atau makanan yang tidak bersih.
  • Apa yang anda boleh buat adalah jangan biarkan anak masuk ke dalam kawasan air yang mempunyai risiko tinggi tercemar

Parasit di tubuh manusia #2. Scabies

Kredit: Healthline

  • Scabies adalah keadaan kulit gatal yang digabungkan dengan ruam. Tompok merah pada kulit adalah disebabkan hama yang dipanggil Sarcoptes scabieivar hominis.
  • Kajian mendapati keadaan ini berkemungkinan mewujudkan jangkitan kudis pada kulit
  • Scabies boleh tumbuh disebabkan bercampur tuala yang sama dengan ahli keluarga dan tidak kerap mandi.

Parasit di tubuh manusia #3. Giardiasis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Health Jade

  • Giardiasis sama seperti Cryptosporidiosis yang menyebabkan cirit birit.
  • Selain itu, akibat parasit ini juga, kanak-kanak akan mengalami kelewatan perkembangan berbanding kanak-kanak lain.  
  • Mikroorganisma ini ditemui dalam air seperti tasik, sungai dan kolam.
  • Pastikan anda jumpa doktor tanpa berlengah. 
  • Ketika membersihkan najis anak, pastikan anda pakai sarung tangan dan mencuci tangan terlebih dahulu agar tidak sebarkan penyakit ini.

Parasit di tubuh manusia #4. Cacing pita

  • Individu yang dijangkiti cacing pita biasanya termakan makanan yang mengandungi larva yang selalunya ditemui pada bijirin, tepung atau buah kering.
  • Mereka yang berjangkit parasit cacing pita ini akan mengalami sakit perut, gatal di bahagian bawah, hilang berat badan atau keletihan.  
  • Gejala lain seperti anemia, kurang vitamin B 12, hilang keseimbangan dan kekeliruan.
  • Cacing pita ini berkembang dalam usus manusia melalui sentuhan dengan benda kotor dan ia boleh dilihat pada najis. 
  • Perkara pertama yang harus dilakukan adalah mendapatkan rawatan dari doktor. Malah ubat yang diberikan juga berdasarkan gejala yang dilalui. 
  • Ubat bantu bunuh cacing yang dipanggil agen antihelminthic untuk serangan usus.
  • Menambah vitamin B 12 pada bahagian badan tertentu.
  • Ubat antiepileptic untuk keadaan neurologi seperti kejang. Namun isu yang lebih serius seperti kegagalan organ harus dapatkan rawatan terus dari jabatan kecemasan.
  • Pembedahan mungkin diperlukan jika keadaan yang lebih serius.

Kami berharap artikel ini membantu dalam menangani sama ada anak anda mungkin mempunyai parasit atau tidak.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 

Jangkitan yis pada kanak-kanak, ini 4 perkara yang ibu bapa selalu tak sedar