Perasaan cemburu hadir secara semula jadi dalam sesebuah hubungan sama ada cemburu kerana pihak ketiga, cemburu kerana pasangan lebih berjaya, atau hanya cemburu buta. Bahkan ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki cemburu sangat dengan pasangan mereka?
Sedangkan dalam hubungan perlu ada kepercayaan terhadap satu sama lain serta sokongan tanpa berbelah bahagi. Biasanya kita akan rasa cemburu kerana kita rasakan bahawa hubungan kita dengan pasangan tergugut. Kita takut cinta kita akan ditukar ganti.
Sesetengah orang akan rasa cemburu sekali-sekali, namun cemburu ini juga boleh menyebabkan hubungan terputus. Ada satu kajian yang dilakukan oleh Hasse Walum daripada Karolinska Institute di Sweden tentang perasaan cemburu di antara jantina berbeza.
Kajian ini terbahagi kepada dua senario iaitu cemburu seksual dan cemburu emosi. Mereka mendapati ramai wanita cemburu dalam kedua-dua senario, dan lelaki dan wanita mendapat skor sama dalam cemburu seksual berbanding cemburu emosi.
Namun jumlah lelaki lebih kuat cemburu dalam senario seksual berbanding cemburu emosi lebih tinggi berbanding wanita! Ini kerana wanita dan lelaki dikatakan melihat cemburu dengan cara yang berbeza.
Kenapa Lelaki Cemburu? Kenapa Wanita Cemburu?
Cemburu hadir disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:
1# Kurang keyakinan
Sebenarnya ia bermula daripada diri sendiri. Jika anda seorang yang kurang yakin dengan diri sendiri, secara tidak langsung anda akan kuat rasa cemburu dengan semua orang di sekeliling anda. Mulalah anda bandingkan diri anda dengan dia.
“Mengapa rupanya lebih baik? Mengapa dia lebih pandai? Kenapa dia dapat kerja itu sedangkan aku pun temubual kerja sama? Kenapa anak kami sayang dia lebih, sedangkan aku sediakan segala-galanya?”
Hentikan! Pada pandangan orang lain, ia seakan-akan anda hanya bermain watak sebagai mangsa.
Sedangkan mungkin pasangan anda juga berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya. Ini mungkin kedengaran terlalu kasar, namun anda perlu betulkan kembali mentaliti ini.
Anda harus belajar hakikat bahawa tidak semua anda boleh dapat.
2# Terlalu berfikir
Apabila anda terlalu berfikir tentang sesuatu, otak anda secara tidak langsung akan mencipta imaginasi yang tidak wujud.
Sebagai contoh, suami anda pulang kerja lambat sedikit seperti biasa. Anda mula bayangkan bahawa dia sebenarnya berjumpa dengan teman wanita.
Atau jika isteri anda menjawab pesan ringkas terlalu lambat, anda fikir dia sudah tidak lagi sayang anda. Ya, ini juga boleh menyebabkan kenapa lelaki cemburu! Sebenarnya, anda mungkin pernah dilukai dahulu.
Jadi sebelum anda berfikir bukan-bukan, cuba tenangkan diri dan banyakkan bersabar.
3# Pengalaman Lalu
Ya, ini benar! Pengalaman lalu mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan kuat. Namun sekiranya sebelum ini kita pernah berada dalam hubungan yang mana pasangan curang, kita akan rasa sukar untuk percaya pada suami/isteri sekarang.
Ini akan menyebabkan cemburu buta tanpa sebab.
3 Tip Berguna Untuk Kendali Pasangan Kuat Cemburu
#1 Tetapkan batasan dan fikir tentang diri anda
Cuma anda sendiri yang tahu jika anda benar-benar tidak bersalah.
Adakah perbuatan anda melampaui batas dan selalu mencetuskan rasa cemburu pasangan anda? Adakah perbuatan anda akibat kurang rasa percaya sehingga memberi kesan kepada perkahwinan anda?
Ini bukan soal anda perlu mengaku bersalah. Sebaliknya, ini cuma supaya anda boleh lihat jika perbuatan anda telah menyumbang kepada ketegangan dan konflik yang ada dalam perkahwinan anda.
Adakah anda suka bermain-main cinta dengan orang lain? Mungkin anda menganggap ini sebagai perkara kecil dan tidak bermotif, tapi pasangan anda mungkin tidak bersependapat!
Luangkan sedikit masa untuk benar-benar menilai tabiat sendiri. Cuba lihat dari perspektif pasangan dan lihat jika ia boleh menimbulkan rasa cemburu.
#2 Tetapkan batasan kerana sayang dan ingin cipta positif
Tapi apabila pasangan menyemak telefon, ini adalah perbuatan yang mencerobohi hak peribadi! Tetapi jangan lupa anda juga telah menyumbang kepada rasa tidak percaya ini.
Tenangkan diri dulu. Apabila minda dan perasaaan anda sudah tenang, bawalah berbincang dengan pasangan. Contohnya, anda boleh mengatakan:
“Saya rasa perbuatan awak mencerobohi hak peribadi saya apabila awak menyemak telefon saya tanpa izin. Saya marah dan tidak suka dituduh melakukan perbuatan yang salah. Saya akui saya selalu cari kawan saya apabila saya sepatutnya bergantung kepada awak.
Mari kita bincang cara terbaik untuk membina semula amanah itu. Saya akan menjawab sebarang soalan yang awak ingin tanya, tapi saya tidak memberi izin untuk menyemak telefon saya lagi!”
Anda boleh menetapkan batasan yang munasabah dengan positif dan kasih sayang. Bincang dengan tenang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
#3 Sedar anda tidak boleh “mengubah” perangai pasangan anda
Rasa cemburu pasangan bukan sesuatu yang anda boleh “betulkan” atau “selesaikan” untuknya. Anda boleh bersikap jujur dan terbuka tentang perasaan anda terutamanya apabila dituduh bersalah tanpa sebab.
Anda boleh berbincang dan menyokong usahanya untuk mengatasi rasa cemburu dengan syarat-syarat tertentu. Dia tidak boleh menyalahkan anda seorang dan anda juga tidak boleh selalu mengalah kerana tidak mahu berkelahi.
Biar pasangan tahu yang anda sedang cuba memulihkan amanah yang hilang dan anda ingin berkerjasama untuk membinanya semula.
Tetapi ini bukan kerja sebelah pihak sahaja dan dia juga perlu mengatasi rasa cemburunya dengan harapan satu hari nanti perkahwinan ini boleh kembali gembira dan kukuh untuk masa yang lama.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Cemburu Tanda Sayang? Jangan Cepat Percaya, Kerana Ini Sebenarnya Bahaya Cemburu
Baca juga: Isteri Bakar Diri Akibat Tertekan Suami Cemburu Buta! Atasi Cemburu Suami Dengan Cara Yang Betul
Baca juga: Rasa Cemburu & Sakit Hati Terhadap Masa Lalu Pasangan, Adakah Anda Salah Berfikiran Demikian?