TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Suami Bina Patung Mendiang Isteri Untuk Sama-Sama 'Hadir' Housewarming Rumah Impian

13 Aug, 2020
Suami Bina Patung Mendiang Isteri Untuk Sama-Sama 'Hadir' Housewarming Rumah Impian

Seorang ahli perniagaan sanggup berbelanja untuk membina patung silikon mendiang isterinya yang sudah meninggal dunia pada 2017 untuk masuk rumah baharu.

Dalam dunia yang kita rasakan kejam kini, ternyata masih wujud lagi cinta sejati. Buktinya, baru-baru ini seorang ahli perniagaan sanggup berbelanja untuk membina patung silikon mendiang isterinya yang sudah meninggal dunia pada 2017. Memang kasihnya dan sayang isteri hingga ke akhir hayat. 

Beliau berbuat demikian bagi membolehkan ‘isterinya’ itu hadir housewarming rumah baharu mereka iaitu rumah impian isterinya.

Tindakan lelaki ini sangat menyentuh perasaan hingga mendapat lika dan ribuan perkongsian di laman Twitter kerana cintanya yang mendalam terhadap isteri hingga sanggup berbuat demikian.

Patung silikon isteri teman masuk rumah baharu

patung silikon

Kredit foto: hindustantimes

Katanya, rumah baharu itu adalah impian isterinya, tetapi dia terlebih dahulu meninggal dunia sebelum sempat melihat rumah itu siap dibina. 

Mungkin pada orang lain ia adalah sekadar patung, tetapi pada lelaki itu ia adalah ‘isterinya’ dan mahu bersama-sama berkongsi kegembiraan berpindah ke rumah baharu. Patung itu memang nampak real, seolah-oleh manusia sebenar!

“Saya sangat gembira kerana dapat bersama kembali dengan ‘isteri’ di rumah baharu ini kerana ini adalah rumah impiannya,” katanya menurut laporan hindustantimes.

Isteri lelaki berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan pada Julai 2017.  Patung berkenaan dibuat daripada silikon dan ia dibina di rumah lelaki berkenana oleh seorang pereka dari Bengaluru.

Difahamkan, pereka berkenaan mengambil masa setahun untuk menyiapkan patung isterinya itu. Pada mulanya dia bercadang mahu membuat patung lilin, tetapi atas nasihat pereka berkenaan ia dibuat dengan silikon bagi memastikan ia tahan lama dengan keadaan cuaca panas di sana. 

Bagaimana cara dia layan isteri, begitulah akhlaknya

patung silikon

Kredit foto: Baituljannah

Dalam alam rumah tangga, banyak dugaan harus ditempuhi. Bukan mudah hidup dalam berumah tangga, tetapi jika tolak ansur dan kasih sayang menjadi kuncinya, pasti pasangan dapat melayari bahtera dengan sebaiknya.

Sebagai suami memang wajib anda menghargai isteri. Selain itu, adab antara pasangan haruslah dijaga untuk memastikan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew menghuraikan lelaki yang memiliki sifat terpuji adalah golongan yang bersifat baik terhadap isteri.

Menurutnya, keluarga adalah kemuncak pengukuhan agama dalam diri seseoran. Sehubungan itu, katanya amat penting bagi lelaki sebagai ketua keluarga, berbuat baik terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapa, apatah lagi dalam situasi mencabar sekarang.

“Kemuncak akhlak adalah berbuat baik kepada isteri. Hendak tahu seseorang itu baik atau tidak, lihat bagaimana dia bercakap dan melayan isterinya… Itulah Islam yang sebenarnya,” katanya.

#1. Bercakap elok dengan isteri

“Bagaimana kita bercakap dengan isteri, itulah Islam. Bagaimana kita bercakap dengan emak, ayah dan anak-anak itulah juga Islam.

“Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, saat kita peluk keluarga kita, rahmat mencurah-curah terhadap kamu.

“Apabila sedang bersedih atau ada masalah, kita peluk isteri, anak atau emak dan ayah, rahmat mencurah-curah kepada kamu.”

#2. Kebahagiaan datang dari keluarga bahagia

patung silikon

Kebahagiaan datang daripada keluarga yang bahagia. Katanya, ramai orang hidupnya kelam-kabut. Dia tidak ingat sebelum dia keluar rumah, dia memaki isterinya.

“Isterinya lemah tidak boleh menjawab. Disebabkan itu, doa yang dilihat oleh Allah adalah doa orang lemah.

“Isteri kuat mana pun kalau suaminya marah, dia akan menjadi lemah. Jadi, orang seperti ini tampak seperti tiada kuasa. Namun, orang seperti ini, kalau mendoakan untuk keluarga, ia akan jadi berkat.

“Orang yang sayang, hormat dan jaga kepercayaan serta menguruskan isterinya dengan baik, nanti Allah akan memberi rezeki mencurah-curah.

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Take our quiz and test your knowledge of what to look out for in your child’s poop!
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!
“Eidress Jarang Sangat Sakit Dan Cerdas!” Ini Rupanya Tips Anzalna Amalkan Bagi Memastikan Anaknya Membesar Dengan Baik!

“Disebabkan itu, kalau suami dan isteri mahukan sesuatu yang sama, mereka akan cepat dapat kerana satu hati yang meminta,” katanya.

#3. Jangan malu tunjukkan kasih pada isteri

 Nabi Muhammad SAW pernah bersabda siapa yang memberi contoh yang baik, akan beroleh pahala.

“Tak salah kalau suami yang memasak dan sapu rumah. Tidak jadi hina pun kalau suami pergi membuang sampah, memuji isteri kita dan sebagainya.

“Kadang-kadang orang anggap itu baik tapi itulah agama dalam diri kita.

“Hidup kita untuk reda Allah, alang-alang kahwin biarlah kita sampai bawa isteri kita ke syurga.”

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Berita Harian, hindustantimes

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-mengabaikan-perasaan-istri

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Suami Bina Patung Mendiang Isteri Untuk Sama-Sama 'Hadir' Housewarming Rumah Impian
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham