Payudara Besar Sebelah Masa Menyusu Badan? Ibu Boleh Atasinya Dengan 6 Cara Ini!

Bagi ibu yang menyusu anak pastinya ada keadaan di mana payudara besar sebelah. Apakah penyebabnya dan bolehkah ia berbalik kepada asal?

"Kenapa payudara saya besar sebelah pula ni masa anak menyusu badan? Aduh... kenapa ya?"

Jika ada di kalangan ibu yang risau tentang perkara yang sama, anda sebenarnya tak perlu terlalu risau! Jom ketahui beberapa perkara tentang payudara sebelah semasa menyusukan anak.

Sebelum itu, anda pasti faham yang semasa hamil dan menyusu anak, ukuran dan bentuk payudara wanita akan berubah.

Namun, ini tidak memberi sebarang kesan pada pengeluaran kuantiti susu, malah wanita yang memiliki payudara yang bersaiz kecil juga mampu memberikan susu ibu secara ekslusif.

Payudara Besar Sebelah Mempengaruhi Penampilan Individu

Keadaan payudara yang berbeza sememangnya tidak memberi kesan kepada penyusuan, tetapi ia boleh mempengaruhi penampilan dan keyakinan seseorang. Tetapi tahukah anda, saiz payudara memang tidak sama dari segi saiz sejak azali lagi?

Malahan, lebih dari 50% wanita seluruh dunia mempunyai situasi yang sama!

Perkara ini semakin ketara apabila seseorang wanita menyusukan anak, tambahan lagi si anak hanya mahu menyusu sebelah payudara sahaja.

Biasanya payudara akan kelihatan besar sebelah semasa beberapa minggu pertama menyusu badan kerana badan sedang menyesuaikan diri dengan pengeluaran susu.

Apakah Penyebab Payudara Besar Sebelah Semasa Penyusuan Badan?

Penyusuan sebaiknya dilakukan pada kedua-dua payudara agar penghasilan susu badan seimbang. Sekiranya proses penyusuan tidak dilakukan di salah satu payudara, ini boleh membawa risiko payudara bengkak akibat saluran susu tersumbat, ataupun mastitis.

Very Well Family menjelaskan payudara besar sebelah semasa menyusu boleh disebabkan bayi mungkin menyusui lebih banyak dan kerap dari payudara lain.

Semasa proses penyusuan , jaringan yang membekalkan susu (hormon prolaktin) akan bekerja lebih kuat dari biasa. Ini bermakna apabila ibu menyusukan anak (contohnya pada sebelah payudara kanan sahaja), sel-sel ini akan semakin membesar dan inilah yang menyebabkan payudara besar sebelah.

Pada payudara yang kurang menyusu pula, ia akan kelihatan lebih kecil atau tidak sama dengan yang kanan kerana kurangnya penghasilan susu di payudara tersebut.

Ini juga boleh menjadikan pengeluaran susu di payudara yang kecil tersebut mengalami susu semakin berkurang.

Cara Mengatasi Payudara Besar Sebelah Semasa Menyusu Badan

Jika anda sedang mengalami keadaan ini dan terganggu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan agar perbezaan saiz payudara dapat diatasi, antaranya:

  • Setiap kali menyusu, mulakan dengan payudara yang kecil sehinggalah payudara kosong. Setelah beberapa hari, payudara tersebut akan mula menghasilkan semula susu yang banyak dan akan menjadikan payudara seimbang.
  • Setelah selesai direct feeding, guna pam susu untuk merangsang payudara yang lebih kecil menghasilkan susu. Pam susu akan meningkatkan permintaan susu, sekaligus menjadikan payudara pada saiz yang sama.
  • Sekiranya bayi menolak untuk menyusu pada 1 payudara, cuba cari sebabnya dan ikhtiar untuk  memberinya ssusu dari payudara tersebut.
  • Jangan sepenuhnya mengabaikan payudara yang lebih besar atau ia pula akan menjadi kecil! Terus menyusu, cuma kali ini lebihkan di payudara yang kecil sehingga keduanya sama rata.
  • Semasa menyusu di payudara yang lebih kecil, payudara besar mungkin akan bengkak dengan susu. Keluarkan susu tersebut dengan pam atau marmet bagi mengelakkan bengkak yang lebih teruk.
  • Setelah saiz payudara kembali kepada asal, berbalik kepada payudara yang lain dan lakukan penyusuan berselang seli supaya saiz payudara kekal seimbang.

Bila Anda Perlu Risau Tentang Perbezaan Saiz Payudara?

Kredit: Livestrong.com

Bagi sebahagian besar ibu menyusu, payudara besar sebelah bukannya satu masalah kesihatan. Namun sekiranya saiz payudara berterusan kecil sebelah dari awal dan tidak mengalami pembesaran sepanjang kehamilan atau period, tidak salah bagi anda melakukan pemeriksaan doktor ya ibu.

Di samping itu, sekiranya salah satu payudara tiba-tiba saja mengalami bengkak, anda disarankan berjumpa doktor dengan segera  untuk mengetahui kenapa payudara besar sebelah.

Semoga bermanfaat!

Apakah tanda mengalami mastitis?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga

Penulis

Beto Rahman