Kelebihan Wanita Yang Memiliki Payudara Besar, Antaranya Lebih Bahagia & Sihat

undefined

Kelebihan payudara besar bukan sahaja menjadi simbol kewanitaan yang menarik, malah sering dikaitkan dengan keyakinan diri yang lebih tinggi.

Payudara besar biasanya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Jika seseorang wanita memiliki payudara yang bersaiz lebih besar, biasanya, anak perempuannya juga akan mewarisi kelebihan yang sama.

Wanita Dengan Payudara Besar

Ukuran payudara juga boleh menjadi lebih besar selepas anda bersalin. Tapi, tahukah anda yang memiliki payudara ini ada banyak kelebihannya dari segi kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan buat wanita?

Menurut kajian oleh Cosmetic Surgery Solicitors yang dilakukan dengan 871 wanita, mereka dapati bahawa 39 peratus wanita bersaiz cup C gembira dengan saiz mereka, sama juga dengan 37 peratus wanita bersaiz cup D atau DD.

Malah ada wanita yang mengatakan bahawa saiz payudara mereka juga membentuk personaliti mereka secara menyeluruh!

Memang jika anda ada payudara bersaiz lebih besar, anda pasti akan berhadapan dengan masalah susah nak cari saiz bra atau baju yang bersesuaian.

Malah, jika anda terjumpa saiz yang sesuai sekalipun, pastinya rekaan bukan secantik untuk mereka yang saiz lebih kecil!

7 Kelebihan Memiliki Payudara Besar

Namun begitu, tak sangka pula saiz payudara ada kelebihan sendiri! Antaranya ialah:

1. Pelampung Semula Jadi

Jaringan adipose yang ada di payudara berisi lemak yang boleh membuatkan wanita memiliki daya apungan yang lebih tinggi berbanding wanita dengan payudara kecil.

Sebab itu wanita ini susah nak tenggelam, bahkan anda boleh jadi perenang yang handal! Siapa sangka kan?

2. Sumber Untuk Rasa Hangat

Malah, jaringan adipose yang berisi lemak ini juga boleh membuatkan wanita dengan payudara yang besar berasa lebih hangat ketika cuaca sejuk. 

Hal ini sebab dengan buah dada yang besar, suhu tubuh akan cenderung menjadi lebih hangat. Maka anda takkan mudah kesejukan!

3. Anda Lebih Subur

Hormon yang menyebabkan payudara wanita menjadi besar juga akan membantu sistem reproduksi anda menjadi lebih sihat. 

Dalam beberapa kebudayaan dan kepercayaan, payudara yang bersaiz lebih besar itu dianggap sebagai tanda kesuburan seorang wanita!

4. Melindungi Wajah Jika Terjatuh

Saat anda jatuh terpelosok ke hadapan, saiz payudara ini dikatakan yang akan jadi penyelamat muka.

Ia akan mengurangkan kesan luka di bahagian wajah sebab payudara bertindak sebagai “bantal” mencium tanah terlebih dulu.

5. Umur Lebih Panjang

Wanita yang memiliki tubuh chubby cenderung berumur lebih panjang berbanding wanita kurus yang sering mengalami masalah kesihatan. Malah sebenarnya lebih bahagia dalam rumah tangga!

Ini kerana wanita dengan memiliki saiz payudara yang lebih besar biasanya akan memiliki tubuh berisi. Oleh sebab itu, amat digalakkan untuk anda menjalankan gaya hidup yang lebih sihat.

6. Kelebihan Ketika Menyusu Anak

payudara besar

Kredit: iStock

Apabila ibu memiliki buah dada yang besar, ibu tak perlu risau tentang penghasilan susu badan. Bila susu badan susah keluar, anda boleh mengurut payudara.

Kelenjar susu badan lebih senang ditemui, jadi ini akan lebih memudahkan proses mengurut dilakukan.

7. Memudahkan Suami Ketika Foreplay

Payudara ialah salah satu tempat sensitif dan titik rangsang bagi seorang wanita. Selain itu, jika suami bijak merangsang payudara isteri, isteri akan terima banyak kelebihan!

Payudara yang berukuran besar akan memudahkan suami meramas, menghisap malah menjadi “bantal” saat kalian beraksi di ranjang. Pastinya anda kena bersyukur dengan saiz payudara anda itu!

Kekurangan Memiliki Payudara Besar

Payudara adalah simbol kewanitaan yang unik untuk setiap wanita. Walaupun dianggap menarik, payudara besar juga boleh menjadi cabaran.

1. Sakit Belakang Dan Leher

Payudara besar dan berat boleh memberikan tekanan tambahan kepada tulang belakang dan leher. Akibatnya, ramai wanita mengalami ketidakselesaan, terutama jika tiada sokongan bra yang sesuai.

2. Kesukaran Memilih Pakaian

Wanita dengan payudara besar sering menghadapi masalah memilih bra yang sesuai, selesa, dan mampu memberi sokongan secukupnya. Selain itu, mencari pakaian yang tidak terlalu ketat atau menonjol juga menjadi cabaran.

3. Masalah Kulit

Lipatan kulit di bawah payudara besar berpotensi menjadi kawasan lembap yang mudah terkena ruam, kegatalan atau jangkitan kulat. Penjagaan kebersihan yang konsisten amat penting untuk mengelakkan masalah ini.

4. Postur Badan Membongkok

Berat payudara yang berlebihan boleh menyebabkan postur badan membongkok. Ini mungkin berlaku secara tidak sedar, terutama jika otot belakang kurang kuat untuk menyokong berat tambahan.

Cara Menjaga Payudara Dengan Baik

Untuk wanita dengan buah dada besar, terdapat beberapa langkah yang boleh membantu mengatasi cabaran yang dihadapi:

  • Gunakan Bra yang Sesuai: Pilih bra yang mempunyai sokongan penuh untuk memastikan keselesaan dan mengurangkan tekanan pada bahu serta belakang.
  • Kuatkan Otot Belakang: Lakukan senaman yang fokus pada otot belakang untuk memperbaiki postur dan mengurangkan kesakitan.
  • Penjagaan Kulit: Kekalkan kebersihan di kawasan bawah payudara untuk mengelakkan ruam atau jangkitan kulit.
  • Konsultasi dengan Pakar: Jika kesakitan belakang atau postur terganggu, dapatkan nasihat daripada pakar fisioterapi atau doktor.

Payudara besar adalah anugerah yang memerlukan penjagaan rapi untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Walaupun lelaki mungkin tertarik dengan saiz tertentu, keintiman yang bermakna lebih bergantung kepada hubungan emosi, komunikasi dan kefahaman pasangan.

Yang penting, rasa yakin dengan diri sendiri adalah kunci kepada kebahagiaan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara-cara ibu menyusu mengatasi payudara kendur

Baca juga: Ibu Menyusu Risau Payudara Kendur? Ini Cara Urut Buah Dada Wanita Kembali Tegang, Suami Pun Boleh Tolong

Baca juga: Kenali Bentuk & Jenis Puting Payudara Normal, Anda Punya Yang Mana Satu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!