Isteri, Jika Anda Mahu Makin Sihat Dengan 11 Kebaikan Kesihatan, Suruh Suami Buat Benda Ini!

Kesihatan wanita ada kaitannya dengan perbuatan di bawah ini, and hanya perlukan suami untuk bantu anda!

Suami anda suka merangsang dan hisap payudara anda sebagai sebahagian daripada foreplay sebelum berasmara?  Sebenarnya, ada banyak kebaikan hisap payudara yang boleh menyumbang kepada kesihatan wanita.

Selain membuatkan aksi di ranjang lebih ghairah, antara kebaikan hisap buah dada isteri ialah ia mampu membantu kesihatan dan kecantikan wanita. Tak percaya?

Jom kita lihat 11 kebaikan menghisap payudara yang kami senaraikan di bawah ini.

11 kebaikan hisap payudara isteri ketika berasmara

 #1 Meningkatkah ghairah 

Kredit: Whitsunday Professional Counselling Services

Seperti yang kita tahu, tubuh wanita memerlukan rangsangan terlebih dulu sebelum wanita itu mampu menikmati hubungan seksual. Payudara merupakan salah satu titik sensitif wanita. 

Oleh sebab itu, suami harus memberi rangsangan, ramasan dan hisapan pada buah dada sebelum kalian memulakan aksi di ranjang.

#2 Boleh mengesan perubahan pada payudara

Salah satu kebaikan hisap payudara sebelum berasmara ialah suami dapat mengesan perubahan pada buah dada isteri. 

Manalah tahu kalau-kalau ada masalah seperti ukuran yang berbeza atau terdapat benjolan di payudara, kan? 

Apabila suami rajin merangsang payudara isteri, terutamanya tetek besar, pasti beliau akan mampu mengesan tanda-tanda kanser payudara dari awal.

#3 Melancarkan aliran darah

Kredit: in2life.gr

Dengan melakukan hisapan dan ramasan di buah dada isteri, tanpa sedar, suami sebenarnya sedang melancarkan aliran darah ke bahagian tersebut kepada isteri.

Selain itu, hisap buah dada juga boleh melepaskan stress isteri. Jadi, anda tahu sudah apa yang anda patut suruh suami buat jika anda tertekan 😛

#4 Menganjalkan kulit muka isteri

Kebaikan yang paling best sekali ialah ia mampu menganjalkan kulit muka isteri! Tapi bagaimana?

Ha… sebenarnya, ketika suami melakukan hisapan, 30 otot muka isteri akan bergerak. Gerakan itu umpama senaman yoga wajah. Ia mampu membuatkan kulit wanita lebih anjal dan bebas kedutan.

Tak payah pakai produk kecantikan mahal-mahal, kan?

#5 Meningkatkan kontraksi ketika ingin bersalin

Kebaikan menghisap payudara ketika isteri ingin bersalin pula ialah ia akan membantu kontraksi isteri. Bahkan, menghisap payudara juga boleh mencegah pendarahan ketika bersalin!

Ini kerana payudara boleh memaksimumkan kontraksi di pembuluh darah yang ada di sekitar rahim.

#6 Melatih degupan jantung

Ketika payudara anda dihisap suami, jantung anda akan berdegup dengan lebih kencang dari biasa.

Ini akan membuatkan ritma degupan jantung anda menjadi lebih sihat.

#7 Mengurangkan sakit ketika haid

Kredit: COSMOPOLITAN South Africa

Saat isteri mengalami PMS atau sakit ketika haid, hisapan di payudara boleh membantu mengalihkan perhatian isteri dari rasa sakitnya.

Selain itu, hisap buah dada isteri ketika haid juga boleh membantu aliran haid untuk keluar dengan lebih lancar.

#8 Menurunkan berat badan

Tahukah anda kebaikan menghisap buah dada yang satu ini? Sebenarnya, ketika bayi melakukan hisapan ketika menyusu, ibu boleh membakar lemak dan kalori!

Hasilnya, ibu boleh kehilangan beberapa kilogram ketika menyusu. Hisapan selama 3 minit mampu membakar 12 kalori dalam badan ibu!

#9 Meningkatkan sistem imun badan isteri

Hisapan di buah dada juga boleh membuatkan ibu lebih awet muda dan sistem imun badan menjadi lebih kuat kerana terjadinya cross-imunoterapi ketika buah dada ibu dihisap.

10. Menghilangkan stres

Rangsangan dan hisapan di kawasan buah dada dapat membuatkan tubuh isteri mengeluarkan reaksi kimia gembira, Reaksi ini mampu menghapuskan hormon penyebab stress.

Hasilnya, isteri anda akan lebih bahagia dan gembira! 

#11 Menyihatkan paru-paru

Sensasi yang wanita rasa ketika  adegan ini mampu membuatkan deruan nafas menjadi lebih cepat.

Menarik dan melepaskan nafas dengan cepat mampu membuatkan pengaliran oksigen di paru-paru menjadi lebih lancar. Ia akhirnya akan membuatkan organ pernafasan menjadi lebih sihat.

Jadi perbuatan ini bukanlah semata untuk keseronakan, banyak ya manfaatnya untuk kesihatan wanita, jangan malu-malu!

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Foto: iStock

Baca juga: 3 Cara Untuk Merangsang Payudara Isteri, Boleh Cuba Kalau Nak Tahu

Penulis

Ayu Idris