X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tip 3 Dalam 1 Dari Jepun: Atasi Lemak Perut, Sikap Malas Dan Tertekan

4 min bacaan
Tip 3 Dalam 1 Dari Jepun: Atasi Lemak Perut, Sikap Malas Dan Tertekan

Makin nak dekat dengan raya ini, anda makin tertekan dan berasa malas? Sudahlah berat badan makin naik! Jom cuba tip mudah 3 dalam 1 dari Jepun ini untuk atasi lemak di perut, perasaan malas dan tertekan.

Anda selalu berasa malas dan tertekan sekarang? Tambah-tambah lagi dengan kenaikan berat badan sejak duduk di rumah saja. Makin berlemak pula perut jadinya. Ha! Jangan bimbang. Kami di theAsianparent telah mengumpul tip 3 dalam 1 dari Jepun.

Yang seronoknya, tip mudah ini didatangi dengan konsep 3 dalam 1 iaitu cara ingin mengatasi lemak di bahagian perut, mengatasi perasaan malas dan tertekan. 

Jom kita atasi ketiga-tiga masalah ini dengan cara Jepun!

1# Tip untuk mengatasi lemak di bahagian perut dengan cepat

tip 3 dalam 1

Tip ini telah dicuba oleh pelakon Miki Ryosuke. Apabila dia mencuba kaedah dan tip ini, dia kehilangan 13kg selama beberapa minggu saja! Dan anda hanya perlu buat tip ini dalam masa 2 minit saja setiap hari.

Bagaimana nak buat?

Ia dipanggil diet pernafasan panjang (long-breath). Ia merupakan senaman pernafasan dengan bantuan kiraan. 

Kebanyakan doktor pakar di Eropah menyokong senaman pernafasan ini berjaya menurunkan berat badan dan mengatasi perut berlemak, kerana lemak terdiri daripada oksigen, karbon dan hidrogen. 

Apabila kita menarik nafas, oksigen yang ditarik memecah menjadi karbon dan air. Jadi, semakin banyak oksigen digunakan, semakin banyak lemak terbakar.

Cara-caranya:

  • Berdiri dengan satu kaki ke hadapan manakala satu lagi di belakang.
  • Tegangkan punggung dan pindahkan berat ke kaki anda.
  • Perlahan-lahan tarik nafas selama 3 saat, sambil angkat tangan anda.
  • Kemudian, lepas nafas selama 7 saat, sambil tegangkan otot badan.

Masih kurang jelas? Tengok video Bright Side di bawah:

2# Tip untuk menangani perasaan malas

Setiap hari, mesti ada saja “matlamat” yang kita nak capai, kan? Contohnya kena siap kemas rumah sebelum pukul 2 petang, atau kena siapkan kerja sebelum 4 petang.

Tapi… kadang-kadang sifat malas itu mula datang. Ah, akibatnya banyak alasan nak buat satu kerja mudah pun! Kenapa benda ini selalu jadi?

Ia sebab… kita selalu nak capai “matlamat” dengan cara paling cepat dan kita asyik tertumpu pada matlamat itu. Bila ia memakan masa pula, lagi malas nak buat!

Jadi, apa patut kita lakukan?

Tip 3 Dalam 1 Dari Jepun: Atasi Lemak Perut, Sikap Malas Dan Tertekan

Guna teknik Kaizen; dari Jepun ini. Kaizen adalah prinsip satu minit. 

Cara-caranya:

  • Tetapkan mana-mana matlamat yang anda mahu. Cuba lakukan teknik Kaizen selama satu minit. Kaizen menggalakkan anda untuk buat sebarang matlamat dalam masa satu minit, setiap hari.
  • Satu minit saja, betul! Contoh: matlamat anda nak habiskan bacaan buku. Cuba baca buku itu dalam masa satu minit setiap hari.

Jadi, bila anda semakin kerap membuatnya, ia akan jadi satu habit. Lama-lama anda boleh atasi sifat malas itu! Hehe.

3# Tip untuk bertenang selama 5 minit dan atasi perasaan tertekan

Hmm… setiap hari ada saja benda yang sengaja ingin menguji kesabaran kita kan? Sampai satu tahap, Ya Allah tertekan sungguh!

Rumah bersepah, makanan belum tersedia, anak-anak tak mahu dengar cakap.

Ada teknik mudah dari Jepun ini yang boleh buat anda tenang dan menghilangkan semua tekanan itu. Anda hanya perlu buat selama 5 minit saja. Dengan mengurut jari anda.

Sebenarnya, setiap jari melambangkan setiap perasaan ini:

tip 3 dalam 1

Kredit gambar: Freepik

Jika anda rasa gelisah dan risau, urut ibu jari anda.

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Jika anda ketakutan, cuba urut jari telunjuk. Jari tengah untuk mengawal amarah, manakala jari manis mengatasi kesedihan dan kemurungan. Jari kelingking adalah untuk meningkatkan tahap keyakinan dan optimistik anda.

Bagaimana nak urut?

Begini. Rujuk gambar di bawah, ya!

Tip 3 Dalam 1 Dari Jepun: Atasi Lemak Perut, Sikap Malas Dan Tertekan

Kredit gambar: Bright Side

  • Genggam dan urut jari anda dengan tangan yang bertentangan. Pegang erat setiap jari selama satu hingga dua minit.
  • Anda akan rasa nadi berdenyut. Jika anda ingin menenangkan fikiran, cuba picit bahagian tengah tapak tangan selama 1 minit.

Amalkan teknik ini setiap hari untuk lebih tenang dan seimbang!

Macam mana? Senang saja kan? Lepas ini bolehlah anda luangkan masa dalam seminit untuk cuba semua tip 3 dalam 1 ini.

Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tugas Isteri & Ibu Takkan Pernah Habis, Cuba 5 Cara Ini Untuk Tenangkan Diri Anda

Baca juga: Pentingnya Makanan Diet @ Eat Clean Yang Betul, Barulah Berat Badan Senang Turun!

Baca juga: 11 Cara Di Rumah Yang Boleh Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Yoga & meditasi
  • /
  • Tip 3 Dalam 1 Dari Jepun: Atasi Lemak Perut, Sikap Malas Dan Tertekan
Kongsikan:
  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • 10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

    10 Hotel Bukit Bintang Yang Terbaik, Selesa & Strategik Di Tengah Bandar Pilihan theAsianparent Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham