Pecah Air Ketuban Boleh Terjadi Bila-bila Masa Sahaja. Ibu Siap Sedia Ya!

Penting untuk ibu hamil tahu tentang pecah air ketuban ini supaya anda sentiasa bersedia apabila perkara ini berlaku nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Air ketuban itu sememangnya adalah air kencing tetapi ia bukanlah air kencing ibu hamil, sebalikny ia adalah air kencing bayi di dalam kandungan. Sepanjang tempoh kehamilan, kuantiti air ketuban ini akan meningkat sehinggalah waktu pecah air ketuban.

Bagaimana air kencing bayi ini boleh berlaku? Seperti dimaklumkan di atas yang air ketuban adalah air kencing bayi, yang mana air tersebut diminum atau ditelan oleh bayi dan kemudian air tersebut akan masuk ke dalam pengaliran darah dan dibawa ke buah pinggang ibu. Selepas itu ia akan mengalir masuk ke pundi kencing ibu sebelum keluar sebagai air kencing.

Menurut perkongsian Dr. Muhammad Izzat, pakar kesihatan dan kehamilan wanita, menerusi akaun Twitternya, air ketuban boleh pecah bila-bila masa sahaja. Tulisnya, “Baby dalam rahim dikelilingi oleh air ketuban dalam sejenis kantung. Air ini berfungsi menyerap hentakan dan memastikan bayi anda sentiasa dilindungi dan dalam masa yang sama membolehkan bayi bergerak bebas – berenang ke sana ke mari.”

Tambahnya lagi, “Bila ada lubang pada kantung ini – air ketuban boleh bocor. Kalau ada lubang kecil sekitar sepanjang kantung itu, air akan turun sedikit demi sedikit. Cecair ini akan meleleh ke bawah, ibu-ibu akan rasa macam ‘Eh, kenapa basah je seluar dalam ni? Eh, aku terkencing ke?'”

Dr. Izzat juga menyatakan yang mana air ini adalah jernih dan tiada bau. Jadi ibu boleh membezakan dengan air kencing. Menurutnya, apabila lubang terjadi di bahagian depan kepala bayi, air ketuban boleh turun laju seolah hujan lebat.

Katanya lagi, ada kala ada bunyi ‘pop’ yang diikuti dengan limpahan air, kemudiannya mengalir deras sehingga membasahi seluar yang dipakai. 

Dr. Izzat juga membuat pesanan kepada ibu-ibu hamil di luar sana yang mana apabila pecah air ketuban, ibu kena pastikan jam berapa ia berlaku, maklumkannya kepada doktor. Perhatikan warna air yang mana, kalau warna untuk air ketuban yang normal adalah warna jernih dan kadang kala dicampuri dengan darah sedikit yang memberikan rona pink.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Juga perhatikan jika warna air ketuban warna hijau atau coklat, ini menunjukkan yang bayi sudah berak di dalam rahim ibu. Guna pad. Perhatikan tahap kebocoran dan warna air ketuban pada pad tersebut dan terus temui doktor anda,” jelas Dr. Izzat.

Tambah Dr. Izzat lagi, sesetengah bayi memilih untuk keluar sejurus elepas air ketuban pecah. Sesetengahnya tidak. Jadi apabila sudah melebihi 24 jam bayi masih tidak keluar, doktor akan menasihatkan untuk induce demi mengurangkan risiko jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan ada kala doktor akan memecahkan air ketuban (memecah membran secara manual) sebagai satu proses induction atau pun untuk mempercepatkan proses bersalin.

Twitter Dr. Muhammad Izzat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara Menambah Air Ketuban Yang Berkesan Ketika Hamil

Baca juga: Air Ketuban Pecah, Perlukah Terus Ke Hospital?

Baca juga: Kenali Tanda Air Ketuban Kurang, Jaga-Jaga Ia Boleh Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad