X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pecah Dara Boleh Mengandung? Adakah Masih Boleh Hamil Walaupun Selaput Dara Tidak Pecah?

4 min bacaan
Pecah Dara Boleh Mengandung? Adakah Masih Boleh Hamil Walaupun Selaput Dara Tidak Pecah?

Pecah dara boleh mengandung namun harus diketahui walaupun selaput daranya tidak pecah wanita masih boleh hamil.

Benarkah hanya dengan pecah dara boleh mengandung? Persoalannya, bolehkah seseorang perempuan itu hamil walaupun selaput daranya tidak pecah? Menurut pakar sakit puan, Dr Zubaidi Ahmad wanita masih boleh hamil walaupun selaput dara tidak pecah.

▲▼Isi Kandungan

  • Selaput Dara Dan Kehamilan
  • Definisi Pecah Dara
  • Anatomi Selaput Dara
  • Proses Kehamilan

Selaput Dara Dan Kehamilan

Menurut Dr Zubaidi wanita masih mungkin untuk hamil walaupun selaput dara tidak pecah kerana kehamilan terjadi apabila sperma bertemu dengan ovum (sel telur wanita). Jadi tidak semestinya pecah dara boleh mengandung jika tidak pecah pun masih ada potensi hamil.

Selaput dara yang tidak pecah tidak semestinya menjadi penghalang kepada sperma untuk mencapai ovum kerana ada wanita yang mempunyai selaput dara yang elastik, yang mana ia tidak pecah semasa hubungan seksual dan masih memungkinkan kehamilan.

Menurutnya, jika ada kebimbangan tentang kehamilan, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan menggunakan test pack UPT, yang paling tepat dilakukan pada dua minggu setelah haid terlewat.

Definisi Pecah Dara

Pecah dara merujuk kepada keadaan di mana hymen atau selaput dara iaitu membran nipis yang terletak di pintu masuk faraj, pecah atau meregang. Fenomena ini sering dikaitkan dengan pengalaman pertama hubungan seksual penetratif tetapi hymen juga boleh meregang atau pecah disebabkan oleh aktiviti lain seperti penggunaan tampon atau senaman fizikal.

Anatomi Selaput Dara

Ia boleh mempunyai pelbagai bentuk dan ketebalan yang berbeza antara individu. Ada yang mempunyai selaput dara yang hampir tiada, sementara yang lain mungkin mempunyai hymen atau selaput dara yang lebih tebal.

Jika anda melalukan aktiviti seksual iaitu penetrasi zakar ke dalam faraj hymen boleh meregang atau pecah tanpa mengakibatkan kesakitan dan ini bukanlah tanda mutlak mengenai pengalaman seksual seseorang.

Ramai yang salah anggap ketiadaan hymen sebagai tanda seseorang wanita itu sudah tidak suci. Salah faham ini boleh menyebabkan kekeliruan tentang aspek biologi aktiviti seksual dan kesihatan reproduktif.

pecah dara boleh mengandung

Proses Kehamilan

Kehamilan berlaku apabila sperma berjaya disenyawakan dengan ovum.  Sperma yang dipancut ke dalam faraj semasa hubungan seksual boleh bergerak melalui serviks dan rahim untuk bertemu dengan ovum di tiub fallopio. Telur yang telah disenyawakan kemudian melekat pada dinding rahim dan proses kehamilan bermula. 

Seks penetratif melibatkan tusukan zakar ke dalam faraj, yang boleh menyebabkan ejakulasi dan pancutan air mani mengandungi sperma. Jika sperma masuk ke dalam saluran faraj dan tiub fallopio, ia boleh menghasilan persenyawaan. 

Kali pertama melakukan aktiviti seksual penetratif atau kehilangan dara boleh menyebabkan kehamilan. Namun harus diketaui pecah dara atau regangan hymen tidak mempengaruhi keupayaan sperma untuk sampai ke telur. 

Kehamilan bergantung pada kehadiran sperma dalam saluran faraj, bukan pada keadaan hymen. Sama ada ia pecah atau sebaliknya pontensi kehamilan boleh berlaku. 

Faktor utama yang mempengaruhi kehamilan adalah kehadiran sperma di dalam saluran faraj dan keupayaannya untuk bersenyawa dengan telur. Kesihatan sistem pembiakan wanita dan lelaki juga mempengaruhi kemungkinan kehamilan. Ini termasuk kesihatan ovari, tiub fallopio, dan sperma.

Secara keseluruhan, pecah dara tidak mempengaruhi kemungkinan kehamilan. Proses kehamilan bergantung pada kehadiran sperma di dalam saluran faraj dan bukan pada keadaan hymen.

Memahami proses biologi pembiakan dan menangani mitos budaya adalah penting untuk memahami kesuburan dan kesihatan seksual. 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), Mayo Clinic, Planned Parenthood

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Semua Selaput Dara Akan Pecah Ketika Malam Pertama, BERHENTI Taksub Dengannya, Lelaki!

Baca juga: Mengenai Pecah Dara & Selaput Dara Wanita – Lelaki, Anda WAJIB Baca Ini!

Baca juga: Vagina Keluar Darah Selepas Seks Semasa Hamil, Adakah Ibu Alami Keguguran?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Pecah Dara Boleh Mengandung? Adakah Masih Boleh Hamil Walaupun Selaput Dara Tidak Pecah?
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham