Pengambilan pekerja asing sering menjadi pilihan pihak majikan mahupun mereka yang memiliki syarikat sendiri kerana ia dikatakan menjimatkan kos untuk membayar gaji.
Bagi setiap pasangan yang telah berkahwin, kehadiran cahaya mata memberikan kebahagiaan rumah tangga dan anugerah terindah ini akan dijaga dengan sebaik mungkin.
Justeru tidak hairanlah setiap ibu ayah akan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat keperluan mereka secukupnya.
Pengambilan pekerja asing
Kes penculikan di Malaysia terutama sekali dalam kalangan bayi dan kanak-kanak sering terjadi di Malaysia.
Hal yang paling dibimbangi ini seakan-akan berlaku setiap hari sehingga kanak-kanak tidak mampu menerokai dunia dengan bebas dan banyak menghabiskan masa berada di dalam rumah.
Terbaharu, pasangan warga Indonesia telah ditangkap oleh pihak polis Indonesia kerana dipercayai menculik anak majikannya dari Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, ibu ayah kandung mangsa penculikan berkenaan telah tampil membuat laporan pada bulan Disember 2019 dan pihaknya segera memaklumkan Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk tindakan lanjut.
Kes jenayah yang diterima telah berada dalam perhatian pihak polis Indonesia dan kini penculik tersebut berjaya ditangkap.
Saat ini, mangsa telah diletakkan di Balai Perlindungan Anak sementara menantikan ibu ayah mangsa tiba untuk membawanya kembali ke Malaysia.
Difahamkan, pasangan penculik tersebut tidak mengaku menculik anak majikan dan mengatakan bahawa mereka membawa kanak-kanak tersebut pulang ke Indonesia untuk mendapat ‘berkat’ agar dikurniakan anak.
Hasil siasatan mendapati pasangan tersebut belum memiliki cahaya mata walaupun sudah 7 tahun mengikat tali perkahwinan.
Ia menjadi alasan mereka untuk nekad mengambil anak majikan mereka. Tidak hanya itu, pasangan tersebut turut bertindak menyekat nombor telefon majikannya.
Tips pemantauan pekerja asing
Kes kehilangan kanak-kanak semakin berleluasa membuatkan ibu ayah merasakan mereka tidak selamat meskipun berada di dalam rumah.
Pengambilan pekerja asing bukanlah kesemuanya adalah mereka yang benar-benar baik. Bahkan sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mencuri, mendera dan menculik.
Jadi, anda jangan meletakkan sepenuhnya kepercayaan penjagaan anak-anak terhadap mereka. Amalkan langkah-langkah keselamatan pada setiap masa. Antaranya:
#1. Simpan pasport dan buku bank pembantu di tempat yang selamat yang tidak diketahui oleh mereka. Sekiranya anda mengabaikan langkah utama ini, mereka berpeluang besar untuk melarikan diri.
#2. Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, Sentiasa mengawasinya kerana mereka berhadapan masalah lain dengan majikan dan mungkin tidak akan kembali lagi.
#3. Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur atau penjagaan barangan elektrik.
#4. Pekerja anda adalah manusia yang unik dengan kebolehan masing-masing. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk mereka, sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manfaat yang diperolehi.
#5. Elakkan menganggap mereka sebagai orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa dihadapan mereka kerana ia akan menimbulkan kebencian terhadap majikan.
#6. Jangan pandang ringan hak pembantu kerana ia adalah perkara yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar penuh atau dipotong tanpa hak atau merampas barang peribadi. Hal ini dikhuatiri pembantu akan berdendam dan nekad bertindak di luar kawalan.
#7. Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu kerana sesetengah rumah rakyat di Indonesia tiada elektrik.
#8. Jangan mendera secara fizikal, emosi atau mencabul. Ia boleh memudaratkan anda sekiranya laporan dibuat kepada kedutaan atau polis. Penggunaan bahasa kesat dan ugutan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.
#9. Barang berharga seperti barang kemas perlu disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang ke kampung halaman, anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang simpanan sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu.
Kesimpulannya, anda perlu melayan pekerja asing yang telah diambil dengan baik bagi menghalang sebarang masalah.
Anda perlu memupuk keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat agar dapat menjalinkan hubungan yang baik agar anak-anak dan harta benda di dalam rumah sentiasa selamat.
Elakkan pergaduhan yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih atau tidak dihargai oleh majikan.
Sumber: The Vocket, Nuffnang
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compembantu-rumah-didera-majikan