TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Gila! Lelaki Pedofilia Ambil Kesempatan RABA Kemaluan Budak Perempuan Di Surau

2 Jan, 2020
Gila! Lelaki Pedofilia Ambil Kesempatan RABA Kemaluan Budak Perempuan Di Surau

Pelbagai cara diusahakan bagi individu gila seks memuaskan nafsu mereka. Kini, anak kecil dijadikan sasaran dan berpotensi menjadi mangsa gangguan seksual!

Jijik! Itulah perkataan yang paling sesuai untuk mengambarkan seorang lelaki gila seks bertindak melakukan gangguan seksual dengan menyasarkan kanak-kanak perempuan.

Penjenayah atau lelaki gila seks ada di mana-mana. Baru-baru ini gempar kisah mengenai suspek pedofilia ini telah berani bertindak mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah surau.

Kejadian gangguan seksual ini dikatakan telah berlaku di Sungai Petani, Kedah apabila lelaki gila seks berkenaan memperdaya kanak-kanak tersebut untuk datang melihat sesuatu di dalam tandas.

Nasibnya kurang baik apabila sekitar surau tersebut dilengkapi dengan rakaman cctv dan perbuatan terkutuk tersebut kantoi.

Menerusi dua rakaman berkenaan, jelas terlihat lelaki gila seks cuba mendapatkan perhatian dua orang kanak-kanak perempuan dan memanggil mereka untuk masuk ke dalam tandas.

Nyaris jadi mangsa gangguan seksual dalam tandas

gangguan seksual pada kanak-kanak

Sumber: Facebook

Setelah mereka mendekati, suspek dengan sengaja menarik dan memeluk belakang salah seorang dari mangsa.

Tidak cukup dengan itu, dia juga sempat mencabul mangsa dengan meraba-raba kemaluan kanak-kanak tersebut.

Setelah beberapa minit bergelut dengan suspek, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri dan dia terus memberitahu ayahnya berkaitan kes gangguan seksual tersebut.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.

Menurut Ketua Polis Kuala Muda, penularan video berkenaan di media sosial telah menyebabkan suspek menyerah diri di balai polis Bedong kira-kira pukul 3 petang semalam (23 Disember 2019).

Lelaki berkenaan berusia 31 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.

“Sebelum ini polis telah melakukan serbuan di rumah suspek di Bedong. Tetapi dia tidak berada di sana kerana menyembunyikan diri. Beberapa hari kemudian, suspek telah menyerah diri dan mengakui melakukan perbuatan terkutuk itu,’’ kata Shamsudin Mamat.

Suspek akan ditahan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi ini (24 Disember 2019) kerana kes pencabulan terhadap kanak-kanak.

Kenali mereka yang tergolong pedofilia

nafsu terhadap kanak-kanak

Foto: mynewshub

Sebelum ibu ayah mengenali siapa mereka yang boleh dianggap sebagai pedofilia, adalah lebih baik anda mengetahui terlebih dahulu apakah pedofilia ini.

Ia terjadi kerana gangguan mental seseorang yang mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Lebih membimbangkan, mereka yang mengalami masalah ini akan sentiasa berimaginasi dan memiliki ghairah yang berterusan apabila mereka melihat kanak-kanak.

Tidak hanya berlaku kepada lelaki sahaja, ada juga golongan wanita memiliki masalah seksual untuk memuaskan nafsu terhadap anak kecil. Namun bilangannya tidak seramai lelaki.

Bukan itu sahaja, lelaki gila seks terhadap kanak-kanak ini juga gemar menonton video pornografi dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak sehingga mereka mampu menubuhkan group Whatsapp khas bagi berkongsi bahan.

Perkongsian video kanak-kanak sedang menggunakan tandas, menukar pakaian dan gambar-gambar selfie sering menjadi santapan mereka dan dikongsi sehingga ke seluruh negara.

Pakaian & seluar anak jadi tarikan

bahaya pedofilia

Foto: goforeit

Stories Rakan Kongsi
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Nutrien-nutrien Penting Untuk Anak Menjadi Tinggi: 5 Nutrien Yang Anda Perlu Tahu!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!
Bentuk Badan Berubah Selepas Bersalin? Ini Tips Berkesan Untuk Siluet Badan Lebih Menawan!

Nampak seperti hal remeh, namun pernahkah anda terfikir bahawa pakaian anak kecil anda juga berperanan menarik nafsu si pedofilia?

Kebanyakan mereka sangat meminati kanak-kanak yang memakai seluar ketat seperti legging. Hal ini dipanggil sebagai fetish. Ia adalah bentuk nafsu dengan sesuatu yang tidak normal seperti barangan, pakaian atau bahagian tubuh badan.

Jangan anda tidak tahu bahawa ada juga antara mereka yang menghidap Pedofilia secara senyap. Mereka menggunakan media sosial dan ia tidak melibatkan sentuhan secara realiti.

Mereka menyasarkan ibu yang kerap melakukan posting gambar ataupun video bersama anak kecil dan akan membuat permintaan untuk menjadi rakan anda.

Walaupun anda tidak mengenalinya, mereka akan meletakkan komen dan meletakkan tag nama mereka sendiri  untuk membolehkan mereka melihat kembali bagi tujuan memuaskan nafsu.

Meskipun penyakit mental terhadap seksual ini dikatakan tidak ada ubatnya, akan tetapi ada beberapa terapi mampu mengurangkan keinginan penghidap penyakit ini untuk bertindak terhadap kanak-kanak.

Langkah keselamatan dari terkena mangsa Pedofilia

#1. Jaga pemakaian dan aurat anak biarpun mereka bersama dengan ahli keluarga.

#2. Jangan terus menerima permintaan rakan di media sosial. Pastikan anda meneliti terlebih dahulu profil pengguna tersebut.

#3.  Elak terlalu ramah sehingga berkongsi hal peribadi anak-anak

#4. Berhati-hati memuat naik gambar atau video anak kecil anda

#5. Ingat, bayi juga tidak terkecuali. Elakkan berkongsi gambar bayi anda memakai lampin sahaja, ini membuatkan mereka akan berimaginasi tentang kulit bayi yang lembut dan berpotensi dijual di web pornografi.

#6. Jangan membalas mesej dari orang yang tidak dikenali. Gambar profil di media sosial tidak menentukan pengguna sebenar sama ada lelaki mahupun wanita.

#7. Ambil tahu jika anak tiba-tiba menunjukkan perubahan. Ibu ayah, pastikan anda meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak bagi membolehkan mereka berkongsi masalah jika mengalami sentuhan di bahagian sensitif.

Ibu ayah, hati-hati berkongsikan gambar dan video di media sosial kerana anda sendiri tidak menyedari siapa penghidap Pedofilia di sekeliling anda. Jangan bekalkan ‘bahan’ pemuas nafsu mereka.

Anda perlu sentiasa peka akan gejala Pedofilia ini. Jangan biarkan anak-anak merayau seorang diri mahupun di sekitar rumah kerana golongan gila seks ini akan selalu mencari peluang untuk melepaskan keinginan seksual mereka.

Sumber: World of Buzz, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Gila! Lelaki Pedofilia Ambil Kesempatan RABA Kemaluan Budak Perempuan Di Surau

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compedofilia-di-malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Gila! Lelaki Pedofilia Ambil Kesempatan RABA Kemaluan Budak Perempuan Di Surau
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham