TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Perkara Penting Yang Sering Terlepas Pandang Dalam Kesihatan Mental: Nutrisi Sebagai Kunci Untuk Minda Muda

4 min bacaan
Perkara Penting Yang Sering Terlepas Pandang Dalam Kesihatan Mental: Nutrisi Sebagai Kunci Untuk Minda Muda

Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, satu dari empat remaja di Malaysia mengalami kemurungan, manakala satu dari 10 telah membuat cubaan membunuh diri

Satu kajian dari UNICEF menggambarkan lagi satu keadaan yang merunsingkan di mana kanak-kanak semuda 10 tahun yang tinggal di kawasan Perumahan Projek Rakyat (PPR) melaporkan mengalami tekanan psikologi. Angka-angka ini sangat membimbangkan.

Penyebab asas krisis kesihatan mental ini adalah sangat pelbagai. Mengikut pakar psikiatri, Dr. Norzila Zakaria dari Hospital Universiti Sains Malaysia terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental, termasuk tekanan pendidikan, pengaruh sosial media, kekurangan masa bersama keluarga, serta ketegangan emosi yang dibawa oleh kemiskinan dan penceraian.

Adalah sangat mudah untuk menafikan kesukaran-kesukaran ini sebagai hasil sampingan daripada apa yang dipanggil ‘generasi strawberi’, tetapi permudahan ini bukan sahaja tidak adil, malah merupakan satu salah faham yang berbahaya.

Menyedari kerterdesakan situasi ini, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menanganinya. Inisiatif-inisiatif in termasuklah program literasi kesihatan mental untuk ibubapa serta tenaga pengajar, saringan kesihatan mental tahunan untuk pelajar, dan intervensi-intervensi seperti Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA). Akan, tetapi satu faktor yang kurang diberi perhatian adalah peranan pemakanan bernutrisi dan aktiviti fizikal dalam membentuk hasil kesihatan mental untuk kanak-kanak.

Pertindihan Malnutrisi Dan Kesihatan Mental

Terdapat bukti yang menghubungkan nutrisi kepada kesihatan mental. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang makan diet yang menyeluruh dan berkhasiat mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mengalami isu kesihatan mental berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya yang berdietkan makanan yang diproses dan padat tenaga.

Malnutrisi bukan sahaja menghindar pertumbuhan fizikal; ia juga membantut perkembangan kognitif dan merosakkan prestasi akademik yang memburukkan lagi tekanan yang sudah dihadapi oleh kanak- kanak di dalam bilik darjah.

Untuk keluarga-keluarga yang kurang kemampuan, cabaran untuk mengekalkan diet yang sihat adalah lebih ketara. Kenaikan kos sara hidup bermakna pilihan makanan sihat yang mampu milik sering kali sukar dicapai. Sebaliknya, kanak-kanak diberi makanan yang murah dan padat kalori, tanpa nutrien- nutrien yang penting – satu kitaran bahaya yang mengekalkan hasil kesihatan mental yang buruk dan kesukaran akademik.

Pemakanan, Kecergasan Dan Rangka Perubahan

Pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal yang kerap boleh menjadi pelindung yang kuat terhadap stres, kemurungan, dan anzieti.

Pemerkasaan kanak-kanak dan ibubapa dengan pengetahuan nutrisi yang praktikal seperti memahami piramid makanan, mengamalkan perancangan makanan seimbang, serta membuat pengubahsuaian resipi yang sihat- harus menjadi salah satu aspek penting dalam strategi kesihatan mental Malaysia.

Sama pentingnya untuk memastikan kanak-kanak, terutamanya mereka daripada komuniti yang berpendapatan rendah, mempunyai akses kepada aktiviti fizikal yang berstruktur.

Sukan boleh berfungsi sebagai satu saluran emosi, mengurangkan stres, dan memupuk hubungan rakan sebaya, di mana semua ini kritikal untuk kesejahteraan mental.

Satu Pendekatan Akar Umbi: Inisiatif Eat Right to Play Right

Satu program yang sedang mengorak langkah yang bermakna dalam arena ini adalah inisiatif World Vision Malaysia melalui program Eat Right to Play Right (ERTPR). Program yang dilaksanakan dalam kalangan komuniti B40, menggabungkan pendidikan nutrisi dengan sukan, yang memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan yang lebih sihat dan pada masa yang sama terlibat dalam latihan badminton.

ERTPR tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja, program ini melibatkan ibubapa terutamanya ibu-ibu melalui sesi dapur komuniti. Sesi ini dijalankan dua bulan sekali, memperkasakan para ibu dengan kemahiran untuk menyediakan makanan yang lebih sihat, sekali gus membentuk semula persekitaran pemakanan di rumah.

Impak program ini menjelaskan semuanya: dalam dua tahun pelaksanaan, peserta kanak-kanak telah menunjukkan peningkatan status nutrisi dan juga lebih yakin. Manakala peserta ibu melaporkan pengamalan cara memasak yang lebih sihat.

Membina Satu Asas Untuk Daya Tahan Mental

Inisiatif seperti ERTPR menggariskan kepentingan untuk menangani kesihatan mental secara holistik, dengan menangani kedua-dua kesejahteraan emosi dan fizikal. Bagi kanak-kanak dari komuniti kurang kemampuan, program seperti ini menawarkan bukan sahaja prospek untuk nutrisi yang baik tetapi peluang untuk berkembang secara emosi dan sosial.

Stories Rakan Kongsi
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Mums, could you be giving your child too much without knowing it?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
Chesty Cough 101: All You Need to Know About It
How Travelling Makes Kids More Resilient
How Travelling Makes Kids More Resilient

Jika kita serius dalam mempertingkatkan kesihatan mental kanak-kanak Malaysia, kita harus meluaskan sokongan kita kepada inisiatif-inisiatif akar umbi. Nutrisi dan aktiviti fizikal bukan hanya tambahan kepada penjagaan kesihatan mental – ia adalah teras asas. Dengan melabur dalam area ini, kita boleh memberi setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, peluang yang adil untuk masa depan yang lebih sihat dan lebih bahagia.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • Perkara Penting Yang Sering Terlepas Pandang Dalam Kesihatan Mental: Nutrisi Sebagai Kunci Untuk Minda Muda
Kongsikan:
  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

    BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

    BRICKFEST 2025 Kicks Off at LEGOLAND® Malaysia

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham