Cara Pembahagian Daging Korban Lengkap, Hayati Ibadah Ini Dengan Langkah Yang Betul

Memahami pembahagian daging korban dengan betul penting supaya ibadah ini mendapat diredhai dan diberkati oleh Allah SWT.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana pembahagian daging korban dilaksanakan? Itu pasti salah satu soalan yang ditanya oleh orang yang mahu menunaikan ibadah korban. Kali ini kami kongsikan apa yang perlu anda lakukan untuk menunaikan ibadah korban ini.

Maksud Korban

Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan setiap tahun. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu yang dikategorikan sebagai ternakan (al an’am) dengan niat mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Bila Penyembelihan Haiwan Korban

Ibadah korban juga mempunyai tarikh tertentu untuk dijalankan iaitu pada bulan Zulhijjah atau pada Hari Raya Aidil Adha yang turut dikenali sebagai Hari Raya Korban dan hari-hari tasyriq selepasnya.

Rasulullah S.A.W  bersabda:

 إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.

Riwayat Muslim (1977)

Hukum Ibadah Korban

1. Korban Sunat

Korban ini adalah sunat muakkad yang dituntut dan digalakkan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah dari ayat 27 yang bermaksud:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa”

Manakala dalam surah al-Hajj dari ayat 37 pula bermaksud:

“Daging unta dan darahnya itu tidak akan sesekali dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”

2. Korban Wajib

Korban yang kedua adalah korban orang yang bernazar atau korban wajib. Seperti namanya, ia wajib dan bukan sunat muakkad. Apabila seseorang bernazar untuk melakukan ibadah korban, maka jika tercapai nazarnya mereka perlu melaksanakan ibadah ini.

Haiwan Yang Boleh Dikorbankan – An’am

Dalam Islam, terdapat beberapa jenis haiwan yang boleh dikorbankan sebagai ibadah Qurban. Haiwan-haiwan ini termasuk dalam golongan An’am (binatang ternakan) lembu, kambing, biri-biri, unta dan kerbau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ciri-ciri Haiwan Korban Yang Sempurna

Umur

  • Kibas: 1 tahun atau telah gugur gigi hadapannya setelah ia berumur 6 bulan.
  • Biri-biri, domba dan kambing: melebihi 1 tahun apabila gugur gigi susuan atau hadapannya
  • Lembu dan kerbau: melebihi 2 tahun
  • Unta: melebihi lima tahun

Keadaan Fizikal

Haiwan haruslah bebas daripada kecacatan yang jelas, seperti buta pada sebelah atau kedua-dua mata, sakit yang nyata atau kelihatan jelas sakit, tempang yang nyata yang menghalangnya berjalan dengan betul atau terlalu kurus sehingga tidak mempunyai lemak yang mencukupi.

Niat Korban

Niat ibadah korban dapat dibahagikan kepada dua cara iaitu pemilik atau peserta korban berniat sendiri atau niat oleh wakil.

1. Pemilik atau peserta korban berniat sendiri

Peserta korban boleh berniat dalam beberapa situasi berikut:

  • Ketika memisahkan haiwan dari haiwan miliknya di kandang atau semasa akad jual beli, dia berniat “Haiwan yang aku asingkan ini adalah untuk korban.” atau “Haiwan yang aku beli ini adalah untuk korban.”
  •  Semasa dia menyembelih haiwan korban itu sendiri.
  •  Ketika haiwan korban sedang disembelih oleh wakil.
  •  Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang akan dikorbankan.

2. Niat Oleh Wakil

Ia boleh berlaku dalam dua situasi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Peserta meminta tukang sembelih berniat bagi pihaknya semasa penyembelihan.
  •  Peserta meminta seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.

NOTA: Seseorang yang menjadi wakil sembelihan tidak wajib menyebut nama pemilik korban.

Lafaz Niat

Tiada bacaan khusus untuk niat korban.

Anda boleh lafazkan niat seperti berikut: “Sahaja aku melakukan korban kerana Allah SWT”

Disyaratkan niat melafazkan niat ketika menyembelih tetapi jika ia mewakili kepada orang lain, maka ia (individu yang berhajat) perlu berniat kepada orang yang diwakili itu ketika penyerahan binatang korban. 

Cara Pembahagian Daging Korban

Dalam Islam, daging korban sebaiknya dibahagikan kepada tiga bahagian utama:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga

Sebahagian daripada daging korban disimpan untuk dimakan oleh orang yang berkorban dan keluarganya. Ini adalah sebagai tanda kesyukuran dan untuk mengambil berkat daripada ibadah tersebut.

2. Untuk Diberikan kepada Saudara-Mara Dan Jiran

Sebahagian lagi diberikan kepada saudara-mara, jiran, dan rakan-rakan. Ini bertujuan untuk mempereratkan silaturahim dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan serta kejiranan.

3. Untuk Fakir Miskin dan Golongan Memerlukan

Sebahagian terbesar dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan. Ini adalah untuk memastikan golongan yang kurang berkemampuan turut merasai nikmat dan kegembiraan Hari Raya Aidiladha.

Pengiraan dan Pembahagian

Secara umumnya, pembahagian daging korban boleh dilakukan dengan cara berikut:

  • 1/3 untuk diri sendiri dan keluarga.
  • 1/3 untuk saudara-mara, jiran, dan rakan-rakan.
  • 1/3 untuk fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

Cara Mengagihkan Daging Korban

1. Pemotongan dan Pembungkusan

Daging korban dipotong kepada saiz yang sesuai dan dibungkus dengan rapi. Ini memudahkan pembahagian dan memastikan kebersihan serta kualiti daging terpelihara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Pengedaran

Daging yang telah dibungkus boleh diedarkan secara langsung kepada penerima yang telah dikenal pasti atau melalui pusat pengagihan seperti masjid atau surau.

3. Niat dan Keikhlasan

Semasa melakukan pembahagian, niatkan dengan ikhlas untuk beribadah dan membantu sesama umat Islam. Keikhlasan dalam memberi akan mendatangkan pahala dan rahmat daripada Allah SWT.

Hikmah Pembahagian Daging Korban

1. Menyuburkan Sifat Pemurah

Pembahagian daging korban mengajar umat Islam untuk bersifat pemurah dan berkongsi rezeki dengan orang lain, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan.

2. Mengeratkan Silaturahim

Melalui pemberian daging korban kepada saudara-mara dan jiran, hubungan silaturahim dan persaudaraan akan lebih erat dan harmoni.

3. Membantu Golongan Memerlukan

Daging korban yang disedekahkan kepada fakir miskin dan golongan memerlukan dapat meringankan beban mereka dan membolehkan mereka turut merasai kegembiraan Hari Raya Aidiladha.

4. Memupuk Rasa Syukur

Dengan melakukan ibadah korban dan membahagikan dagingnya, individu akan lebih menghargai nikmat yang diberikan oleh Allah SWT dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.

Dengan mematuhi panduan pembahagian daging korban, umat Islam bukan sahaja dapat menunaikan ibadah dengan sempurna tetapi juga dapat menyebarkan kebaikan dan rahmat kepada masyarakat sekeliling.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Untuk Orang Berangkat Haji Sesuai Sunnah: Bacaan Doa agar Jemaah Mudah Menunaikan Haji

Baca juga: Niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh) 13, 14 & 15 Bulan Islam, Umpama Puasa Sepanjang Tahun

Baca juga: Doa Tahnik Bayi Yang Mudah & Ringkas Berserta Cara Tahnik Ikut Ustaz Don

Penulis

Anis