X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Siapa Tahu Yang Sebenarnya Walker Baby Itu Merbahaya! Silap Haribulan Boleh Bawa Kecacatan Kekal Dan Maut Pada Anak

3 min bacaan
Siapa Tahu Yang Sebenarnya Walker Baby Itu Merbahaya! Silap Haribulan Boleh Bawa Kecacatan Kekal Dan Maut Pada Anak

Sememangnya walker baby membantu bayi untuk belajar berjalan, namun jangan terus menerus menggunakan kereta sorong bayi kerana ada bahayanya.

Boleh kata ramai ibu bapa yang tak tahu bahayanya baby walker. Sememangnya walker baby itu ada gunanya untuk mengajar anak belajar berjalan, tetapi ia juga boleh jadi satu alatan yang sangat bahaya untuk anak.

Menerusi sebuah perkongsian Doktor Redza Zainol, Pakar Perubatan Pediatrik di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini dia baru mendapat satu kes seorang bayi yang menggunakan baby walker. Menurutnya, dia tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  A post shared by Redza Zainol (@drredzazainol)

Kes itu dikatakan yang mana bayi tersebut menaiki walker baby dan entah bagaimana ia terbalik dan bayi tersebut dilaporkan telah terjatuh di tangga. Biarpun tangga tersebut tidaklah tinggi, tetapi keputusan CT scan mengesahkan sudah ada pendarahan di dalam otaknya serta tempurung kepalanya mengalami keretakan.

Perkara ini sehingga membuatkan Dr Redza sendiri terkelu, jadi dia dan doktor-doktor lain di hospital itu hanya mampu untuk merujuk bayi tersebut ke hospital yang lebih besar untuk dia mendapat rawatan yang lebih baik.

Nyata yang kedua-dua ibu bapa bayi tersebut tergamam dan menyesal juga tiada gunanya. Dr Redza juga menyatakan, “Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker.”

Tambah Dr Redza lagi, di Kanada, penggunaan baby walker telah pun diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan yang kereta berjalan bayi ini tidak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak.

walker baby

Tetapi apa yang mereka cadangkan adalah untuk ibu ayah menggunakan ‘play yards atau playpens.’ Ini di mana ibu ayah boleh mencipta satu ruang selamat untuk meletakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak, dan berdiri.

Katanya lagi, bila buat sebegini, bayi tidak akan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa ibu ayah sedar. Sambil si comel bermain dengan permainan yang kita letakkan di ruang selamatnya, ibu ayah juga boleh melakukan tugasan rumah dengan selamat. Malah adik beradik yang lain telah besar juga boleh bermain bersama di ruang itu.

Biarpun tidak menggunakan baby walker, ibu ayah turut disarankan untuk memantau anak kecil supaya sentiasa dalam keadaan selamat. 

Instagram Dr Redza Zainol

Stories Rakan Kongsi
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elak Guna Baby Walker Untuk Bayi Cepat Berjalan, Ia Beri Kesan Pada Tulang Belakang

Baca juga: Bahaya Guna Baby Walker, Bayi MAUT Dilanggar Lori, Ini Amaran Penting Buat Ibu Bapa!

Baca juga: Cegah Kecelakaan Di Rumah Dengan Barangan Keselamatan Untuk Lindungi Anak Termasuklah Baby Gate!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Siapa Tahu Yang Sebenarnya Walker Baby Itu Merbahaya! Silap Haribulan Boleh Bawa Kecacatan Kekal Dan Maut Pada Anak
Kongsikan:
  • Anak Tantrum Bukan Salah Parents, Doktor Kongsi Cara Atasi Tantrum Dengan Berkesan

    Anak Tantrum Bukan Salah Parents, Doktor Kongsi Cara Atasi Tantrum Dengan Berkesan

  • Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

    Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

  • Cara Mengajar Bayi Berenang Seawal Usia 2 Bulan, Baik Untuk Perkembangan Mereka

    Cara Mengajar Bayi Berenang Seawal Usia 2 Bulan, Baik Untuk Perkembangan Mereka

  • Anak Tantrum Bukan Salah Parents, Doktor Kongsi Cara Atasi Tantrum Dengan Berkesan

    Anak Tantrum Bukan Salah Parents, Doktor Kongsi Cara Atasi Tantrum Dengan Berkesan

  • Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

    Nak Anak Kecil Rasa Tenang Dan Seronok Ketika Naik Penerbangan? Ini Caranya Yang Ibu Ayah Boleh Buat

  • Cara Mengajar Bayi Berenang Seawal Usia 2 Bulan, Baik Untuk Perkembangan Mereka

    Cara Mengajar Bayi Berenang Seawal Usia 2 Bulan, Baik Untuk Perkembangan Mereka

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.