TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak

7 Oct, 2020
Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak

Kes pembunuhan kejam dilaporkan berlaku hampir setiap hari. Kali ini, ia melibatkan tiga sekeluarga dengan keadaan rumah mereka penuh lumuran darah

Dunia semakin maju, namun masyarakat dikatakan semakin mundur. Sedar mahupun tidak, hampir setiap hari kes jenayah di dalam dan luar negara mencatatkan angka peningkatan termasuklah pembunuhan kejam melibatkan sebuah keluarga.

Sungguh menyedihkan apabila mengetahui berlakunya kematian tragis keluarga ini. Difahamkan ketiga-tiga mayat dijumpai di salah sebuah kediaman dengan keadaan berlumuran darah.

Pembunuhan kejam isteri dan anak

kes pembunuhan kejam

credit to sources

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun merupakan antara tiga yang ditemui mati bersama ibu dan ayahnya selepas kejadian bunuh membunuh di London barat.

Scotland Yard hari ini mengatakan mereka terpaksa memecah masuk ke flat tingkat empat berkenaan yang terletak di Clayponds Lane di Brentford sekitar jam 1 pagi. Ketika melangkah masuk kediaman mereka, pegawai polis mendapati seorang lelaki bernama Kuha Raj, 42 mengalami luka tikaman pisau.

Manakala mayat isterinya, Poorna Kaameshwari dan anak lelaki mereka, Kailash Kuha Raj turut bersama dalam rumah tersebut. Sejurus laporan dibuat, pasukan paramedik tiba dan merawat Kuha, namun dia disahkan mati di tempat kejadian.

Menurut Ketua Inspektor Detektif Simon Harding dari pasukan pakar jenayah mengatakan, ”Walaupun kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, kami mendapati Poorna dan Kailash telah lama meninggal dunia.”

Anjing peliharaan juga dibunuh

”Ini adalah siasatan pembunuhan kejam dan pasukan saya akan bekerja dengan baik bagi mengetahui rentetan peristiwa yang menyebabkan mereka mati dibunuh dan kematian Kuha Raj.”

”Melalui pemerhatian awal, kami mendapati bahawa Poorna dan Kailash sudah lama tidak dilihat atau terdengar suara mereka mungkin sejak 21 September yang lepas.” jelasnya.

Pada ketika ini, detektif tidak mengesyaki suspek pembunuhan berkenaan adalah orang lain. Hal ini kerana Direktorat Piawaian Profesional telah menghantar rujukan kepada pejabat kerana mempercayai Kuha telah bertindak mencederakan dirinya sendiri sebaik sahaja pihak polis memecah masuk kediaman berkenaan.

jenayah pembunuhan kejam

Tidak cukup dengan itu anjing miliki keluarga ini, Cockapoo yang sering dilihat berjalan bersama mereka juga dipercayai telah dibunuh.

Sebelum ini, jiran terdekat yang prihatin telah meminta bantuan pihak polis untuk memeriksa tuan rumah berkenaan. Namun setelah beberapa kali mengetuk kediaman berkenaan pada Isnin lalu, tiada siapa yang memberikan respon.

Jiran-jiran mengatakan bahawa mereka cukup terkejut apabila terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh dari rumah tingkat 4 berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu. ”Semasa perintah berkurung, saya selalu mendengar mereka berbalas mulut.”

”Pernah sekali isterinya menjerit pada suami menyuruh mengambil ubat, kemudian beberapa minit kemudian, lelaki berkenaan membuangnya dari tingkat dan saya dapat melihat ia jatuh ke bawah dan atas tanah.” kongsi jiran yang tinggal di tingkat 5.” jelasnya

Suami isteri sering bergaduh

Manakala seorang lagi jiran menambah, mereka adalah salah satu daripada beberapa pasangan yang memiliki anak kecil di blok berkenaan. Selalu sangat mendengar bunyi jeritan antara satu sama lain, kadang-kadang berlaku dalam jangka masa lama.

isteri dan anak dibunuh kejam

credit to sources

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga di Kuala Lumpur pada 2015 yang lalu. Kematian tragis ini sungguh menyedihkan buat seluruh komuniti kediaman mereka.

”Saya sering melihat mereka berjalan bersama-sama dengan anjing peliharaan. Kami juga menyukainya, mereka bertiga adalah keluarga yang baik dan semua terjadi ini sungguh tidak masuk akal,”

”Pihak berkuasa juga ada memberitahu saya bahawa terdapat darah di seluruh flat berkenaan dan anjing juga telah dibunuh.” kata Jamila.

Ketua Detektif Inspektor Simon Harding turut berkata, walaupun ia masih dalam siasatan awal, berdasarkan fizikal dan beberapa bukti lain menunjukkan mayat Poorna dan Kailash sudah telah lama mati.

Stories Rakan Kongsi
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Food Delivery from Sunway Pyramid: Just ‘Order & Collect’ Your Family Meals from Multiple Retailers in ONE DELIVERY!
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Doctor And Mum Pleads With Parents To Learn More About These Vaccines
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Life skills for children: Teach your kids these important life skills
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

”Kes disiasat sebagai jenayah pembunuhan. Pasukan saya akan bekerja lebih teliti untuk mengumpul segala bukti dan rentetan peristiwa pembunuhan berkenaan sehingga kematian 3 beranak sekaligus ini.” ujarnya.

Kesimpulannya, walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan berumah tangga adalah lebih baik mencari jalan penyelesaian. Elakkan dari bertikam lidah kerana ia hanya membawa kepada kemusnahan sekelip mata.

Sumber: Dailymail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compengurusan-emosi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Rumah Dipenuhi Lumuran Darah, Lelaki Nekad Tikam Diri Selepas Bunuh Isteri & Anak
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham