Kepentingan Pendidikan Seksual, Ini 7 Cara Mendidik Anak Tentang Seks Menurut Perspektif Islam

Pendidikan seks amat penting untuk anak yang sedang membesar bagi mengelakkan mereka terlibat dengan zina dan menjadi mangsa serangan seksual

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendidikan seks masih menjadi satu subjek tabu bagi ibu ayah di Malaysia, lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Hal ini tak sepatutnya berlaku.

Malah, seorang sarjana Islam terkenal, Imam Al-Ghazali juga telah menulis beberapa teks tentang seks dalam Islam. Beberapa bukunya menyebut tentang topik ini seperti, Perkahwinan dan Seksualiti dalam Islam.

Pendidikan seks menurut Islam

Jika seseorang seperti Al-Ghazali yang dipanggil sebagai “bukti agama Islam” boleh bercakap tentang subjek ini secara terang-terangan, mungkin inilah masanya untuk kita sebagai Muslim melihat subjek pendidikan seksual ini dengan lebih mendalam lagi.

Sampai bila kita perlu mengelak dari bercakap tentang seks dan hanya berharap anak kita tak akan bertanyakan soalan ini?

Jadi, persiapkan diri anda dari sekarang dengan beberapa panduan mengenai pendidikan seksual untuk anak menurut Islam ini.

Anda boleh mula menerapkan pendidikan seks dalam Islam bermula dari anak kecil lagi.

Ikuti tip dari Zulia Ilmawati, seorang pakar psikologi masalah anak dan remaja dalam penulisannya yang berjudul Pendidikan Seks Untuk Anak-Anak ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Tanamkan rasa malu dalam diri anak-anak

Anda perlu menanamkan rasa malu dalam diri anak sejak mereka kecil lagi. Jangan biasakan anak bertelanjang depan orang seperti selepas mandi, menukar baju dan sebagainya.

2. Mengasingkan tempat tidur mereka

Apabila umur anak masuk 7 ke 10 tahun, anak akan mengalami perkembangan yang cepat. Mereka akan mula meneroka dunia luar.

Mereka bukan saja berfikir tentang diri sendiri, malah mereka juga akan penuh dengan rasa ingin tahu tentang perkara yang berbeza dengan diri mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan seawal usia ini supaya mereka tahu tantang perbezaan dan perbatasan antara lelaki dan perempuan.

3. Menjaga kebersihan alat sulit

Ajar anak tentang menjaga kebersihan alat sulit mereka agar sentiasa bersih. Biasakan mereka untuk membuang air dengan betul.

Dengan cara ini, anda dapat mendidik anak untuk berdikari, menjaga kebersihan dan berdisiplin serta pandai menguasai diri sendiri semasa melakukan hadas.

4. Kenal dengan mahram mereka

Menurut Islam, perempuan tak boleh menikahi lelaki mahramnya. Jadi, kenalkan anak anda tentang mahram mereka supaya mereka boleh menjaga pergaulan seharian mereka dan mereka tahu dengan siapa mereka perlu menjaga batas pergaulan.

5. Menjaga pandangan mata

Sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk tertarik dengan jantina lawan mereka. Tapi, fitrah ini perlu dijaga untuk mengelakkan dari perkara buruk terjadi.

Malah, dalam Al-Quran, Allah menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan mereka dulu sebelum menyuruh wanita untuk menutup aurat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Mendidik anak untuk tidak berkhalwat

Khalwat adalah apabila lelaki dan wanita yang bukan mahram duduk berdua di satu tempat.

Jadi, didik anak anda dari kecil untuk tak melakukan khalwat bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku kerana sesungguhnya orang ketiga adalah syaitan.

7. Ihtilâm dan haid

Ihtilâm adalah tanda anak lelaki baligh dan haid adalah tanda baligh bagi anak perempuan.

Jadi, persiapkan anak anda dengan ilmu yang perlu mereka lakukan selepas akil baligh seperti mandi wajib dan menjaga kelakuan mereka.

Kepentingan ajaran sentuhan selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain komunikasi dua hala yang seimbang, ibu ayah disaran mendidik anak mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat sebagai petunjuk awal bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa serangan seksual.

Sentuhan adalah tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu seterusnya mencetuskan perasaan dalam diri sama ada baik ataupun sebaliknya. Sentuhan baik atau selamat adalah sentuhan yang membuatkan kita berasa gembira dan selesa.

Manakala sentuhan tidak baik atau tidak selamat pula menjadikan kita tidak selesa dan berperasaan negatif.

Bagi kanak-kanak seawal usia dua tahun, ibu ayah boleh bantu menamakan bahagian tertentu badan mereka.

Antara umur empat hingga lima tahun pula, mereka boleh menamakan bahagian badan, fungsinya dan mengetahui adanya bahagian tertentu adalah sulit dan rahsia.

Jadi, keluarga atau guru perlu mengambil tanggungjawab ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa badan mereka adalah hak dan dimiliki sendiri dengan:

  1. Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa boleh menyentuh badan tanpa kebenaran mereka sendiri malah berhak untuk menolak daripada disentuh.
  2. Kanak-kanak perlu dididik mengenai empat bahagian dianggap sulit dan peribadi, mulut, dada, kawasan di antara paha (kemaluan) serta punggung.

Satu kaedah mudah, mengajar kanak-kanak peraturan seluar dalam. Seorang kanak-kanak tidak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutupi pakaian dalam mereka dan mereka juga tidak boleh menyentuh orang lain di bahagian terbabit juga.

Selain itu, ibu bapa juga boleh bantu memberi kefahamankepada anak-anak menerusi perbincangan mengenai sentuhan baik dan tidak baik. Sekiranya anak ingin berbual mengenai sentuhan, sewajarnya ibu bapa atau ahli keluarga memberi perhatian sepenuhnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajarkan anak untuk beri reaksi 

Tidak dinafikan, ada segelintir kanak-kanak mempunyai masalah untuk menyatakan emosi sebaliknya ia dizahirkan melalui perbuatan seperti menangis, menjerit atau membaling barangan. Justeru, sebagai ibu bapa seharusnya mengajar dan memberitahu anak untuk meluahkan perasaan tidak selesa melalui perkataan.

Antara teknik yang mungkin boleh membantu adalah latihan bermain peranan. Sebagai contoh, berlatih apa yang harus mereka katakan seperti ‘Jangan! Saya tidak suka itu. Hentikan! dan memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika mereka pernah diminta untuk menunjukkan atau disentuh bahagian sulit mereka.

Ajar kanak-kanak untuk beri reaksi sekiranya bahagian sulit disentuh, antaranya:

– Menjerit ‘jangan’ atau berteriak sekuat hati untuk pertolongan.

– Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau ramai orang.

– Meminta kanak-kanak memberitahu orang dipercayai seperti ibu, bapa, ahli keluarga lain atau guru.

Kanak-kanak perlu beritahu ibu bapa atau individu dipercayai jika:

– Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi anda.

– Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anda.

– Apabila seseorang meminta anda menanggalkan pakaian anda.

– Apabila seseorang mengambil gambar anda tidak berpakaian.

– Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian kepada anda.

– Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit anda.

Semoga info ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penting Untuk Beri Penerapan Mengenai Gangguan Seksual Kepada Anak, Ini Sebabnya

Baca juga:  3 Sebab Kenapa Anda Perlu Berhenti Sebut “Bebird” & “Nenen” Pada Anak

Baca juga: Rakan Suka Bercakap Tentang Seks? Jangan Malu Untuk Menjadi Seorang Sex Positive!

Penulis

Nadia Ghafar