X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Diuji 6 Kali Kehilangan, Ibu Hebat Ini Kongsi Pengalaman GDM On Insulin, Bersalin Awal Baby Seberat 3.6Kg!

4 min bacaan
Diuji 6 Kali Kehilangan, Ibu Hebat Ini Kongsi Pengalaman GDM On Insulin, Bersalin Awal Baby Seberat 3.6Kg!

Pengalaman gdm semasa mengandung, ibu ini kongsi kisah sepanjang kehamilan sehinggalah detik melahirkan anak selepas enam kali keguguran

Pengalaman kehamilan setiap wanita sememangnya berbeza. Ada yang melalui perjalanan tanpa sebarang masalah, ada juga perlu berdepan pelbagai ujian. Seorang ibu berkongsi pengalaman gdm semasa mengandung sehingga dia terpaksa on insulin dan dipantau oleh pakar.

Bersalin ketika kandungan memasuki usia 35 minggu, ia semestinya sesuatu pengalaman yang cukup mendebarkan buat Ain Malik. Dia sempat berkongsi kisah yang dilaluinya dalam menimang cahaya mata pertama.

Pengalaman GDM semasa mengandung, kena on insulin dan ulang alik klinik

gdm on insulin

Pengalaman GDM semasa mengandung. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Penantian selama 11 tahun lahirlah seorang anak lelaki amanah daripada Allah SWT.

Selama 11 taun inilah satu-satunya anak yang selamat dilahirkan. Saya diuji dengan empat kali keguguran, satu kali bayi hilang dalam kandungan.

Manakala pada tahun 2021, bayi keenam meninggal dalam perut pada usia 28 minggu. Tak sangka Allah gantikan dengan kandungan baru selepas dua bulan anak ke-6 meninggal.

Sepanjang mengandung kali ini, saya diuji dengan GDM yang tinggi dan kena insulin. Selalu keluar masuk wad. Buat pemeriksaan dua minggu sekali dari awal mengandung. Sepanjang perjalanan ini juga, saya dijaga oleh seorang pakar.

Setiap kali temu janji klinik, memang doktor akan buat imbasan untuk tengok perkembangan bayi. Doktor sangat teliti dan menjaga kandungan saya.

Siap pesan kalau awal-awal rasa tidak sedap hati, segera ke hospital. Hari-hari pun tidak apa pergi kalau rasa kandungan lain macam. Tapi bila masuk je usia kandungan 34 minggu, doktor dah set tarikh untuk pembedahan caesarean.

Doktor plan bersalin czer ketika usia kandungan 36 minggu

bersalin hospital uitm puncak alam

Dua hari sebelum czer, akan cucuk ubat untuk matangkan paru-paru bayi sebanyak 4 kali. Masuk 35 minggu, bayi kurang gerak dan setiap malam pergi hospital.

Kandungan 35 minggu 5 hari, dah kena masuk wad sebab doktor rancang nak czer genap 36 minggu, iaitu pada 8/7/2022. 

Hari pertama kena cucuk ubat matang paru-paru jam 10 pagi. Sakit sangat! Bacaan gula pula mencanak naik, BSP 12+. Memang kesan dari cucuk ubat tu. 

Jam 10 malam, dos kedua dan tertidur. Jam 4.30 pagi, mul rasa sakit pinggang. Bangun pergi ke tandas dan baring semula. Rasa sengal-sengal dekat pinggang lagi.

Pukul 5.30 pagi, jururawat datang periksa darah dan buat CTG. Tengok-tengok dah ada kontraksi. Kelam kabut jururawat dan doktor yang kerja malam, mereka telefeon pakar yang jaga saya. 

Jam 6 pagi, jururawat datang suruh tukar baju dan terus habiskan dos ubat matangkan paru-paru yang dua kali sekalikan. Lama sakit cucuk, pedihnya Ya rabbi. Solat subuh cepat-cepat atas katil.

Jam 7 pagi doktor periksa jalan dah 3 sentimer, terus cepat-cepat tolak ke bilik pembedahan. Alhamdulillah jam 8.24 pagi, bayi selamat dilahirkan.

gdm ketika mengandung

Terima kasih doktor dan jururawat O&G Hospital UITM Puncak Alam.

Perkongsian ini telah mendapat lebih 3,000 tanda suka dalam kalangan ibu-ibu yang lain. Tidak kurang dengan itu, ada yang tumpang gembira sekali melihat bayi begitu 'semangat'.

Baby sayang, awak makan nasi ke dalam perut? Debabnya pipi, geramlah!

Susah payah mak jaga dia dalam perut. Sekali keluar Allah anugerah baby comel sangat..pipi bambam nau...hilang rasa sakit sebelum ni..Amin..semua selamat...tahniah puan

Ya Allah 3.68kg pipi dah macam tu. Cutenya alahai, anak saya 3.88kg dan emergency czer juga. Tapi pipi tidak labuh macam tu. Tahniah ya puan ???

Baru 36weeks berat dah cecah 3.6kg, kalau keluar cukup bulan ni. Silap-silap boleh cecah 4kg? apapun thniah sis dan baby. Korang berjaya berjuang sampai si baby dalam pelukan

Bukan itu sahaja, ada yang bertanyakan bayaran dan kos bersalin di Hospital UITM Puncak Alam. 

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Menurut salah seorang ahli kumpulan Facebook berkenaan, Nur Hafizah, kos bersalin normal dalam RM2,000. Jika caesar, 3500. Tapi itu belum termasuk kos lain seperti kena masuk wad lama atau ibu/ bayi ada masalah lain.

Semoga bermanfaat!

Ain Malik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Cara Dapatkan Bacaan BSP Yang Cantik & Normal, Ibu Hamil Yang Ada GDM Wajib Tahu!

Baca juga: Anda Disahkan Ada Diabetes (GDM) Ketika Hamil, Benarkah Ini Mengancam Nyawa Bayi Dalam Kandungan?

Baca juga: Makanan Untuk Menurunkan Gula Darah, Petua Tanpa Ubat Untuk Ibu Ada GDM (Diabetes)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Diuji 6 Kali Kehilangan, Ibu Hebat Ini Kongsi Pengalaman GDM On Insulin, Bersalin Awal Baby Seberat 3.6Kg!
Kongsikan:
  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

  • Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

    Nama Bayi Lelaki Islam Moden & Ringkas Trending Untuk Tahun 2023!

  • 13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

    13 Confinement Center Kuala Lumpur & Selangor Yang Terbaik, Beri Layanan Lima Bintang

  • Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

    Plasenta Akreta Adalah Keadaan Yang Membahayakan Wanita Hamil & Janin. Bakal Ibu Perlu Waspada!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.