Baru Tiga Hari Berpindah Taska Baru, Bapa Kecewa Bayi Didera Hingga Lengan Kiri Patah

Pengasuh taska direman di atas kesalahan mencederakan seorang bayi lelaki di taska. Dia telah mengaku bersalah dan ada rakaman cctv

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini seorang ayah telah berkongsi di laman Facebook miliknya, Ahmad Burhanuddin menceritakan kronologi kejadian yang menimpa bayinya itu. Pengasuh taska salah sebuah pusat asuhan telah didapati melakukan penderaan ke atas anaknya sehingga berlaku kecederaan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kronologi kejadian pengasuh taska lakukan penderaan.
  • CCTV mengesahkan kejadian berlakunya penderaan.
  • Masih menunggu permohonan maaf pihak taska.

Kronologi kejadian pengasuh taska lakukan penderaan

“Left humerus spiral fracture by human abuse (sudah menjadi kes polis)

Asalnya kami berpindah taska sebab taska sebelum ni jauh dari rumah sekarang, tak sangka letak 3 hari dah jadi mcm ni.

Khamis 2 Jun 2022, 4.20pm wife ambil Aman dari Taska. Dalam jam 5.00pm sedar ada bengkak pada lengan kiri. Ketika mandi, Aman yang kebiasaan akan happy hanya mengangkat tangan kanan.

Jam 7.00pm bengkak lebih ketara dan wife decide untuk bawa ke KMC untuk xray. Jam 10.00pm, pakar KMC mengesahkan terdapat child abuse dan kes terpaksa di forward ke HSB, maka bermulalah malam kami yang sangat panjang. 

Dari Balai Anak Bukit, ke Balai IPD Kota Setar dan seterusnya ke HSB. Jam 9.00 pagi 3 Jun 2022 baru selesai warded baby Aman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

CCTV mengesahkan kejadian berlakunya penderaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“IO mengesahkan rakaman cctv menunjukkan memang ada penderaan oleh  pengasuh taska dan menyebabkan patah pada lengan kiri Aman. Tangan direntap dan dipulas dengan kuat menyebabkan tangan Aman patah memanjang (lintbang). Pengasuh taska sudah berada di lokap dan telah mengaku kesalahan tersebut.”

Masih menunggu permohonan maaf pihak taska

Mengakhiri hantarannya itu, Ahmad Burhanuddin menulis,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Iktibar kepada ibu bapa, pengasuh taska, pengusaha taska. Ibu bapa, kalau nampak anak pelik balik dari taska seperti taknak bermain, tak angkat tangan, kaki sila bawa ke hospital. 

Kepada pengusaha taska, jangan biar satu pengasuh bersendirian dengan baby. Kepada pengasuh, kalau cepat emosi dengan baby atau budak, JANGAN jaga budak dan sila berhenti, tindakan anda boleh ke penjara kerana amarah seminit.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 13 Jenis Masalah Kulit Sering Dialami Bayi Baru Lahir & Yang Manakah Paling Bahaya?

Baca juga: Bayi Lahir Tanpa Kulit Kerana Ibu Makan “Ubat” Bahaya Ketika Hamil?

Baca juga: “Kenapa Warna Kulit Bayi Saya Macam Ini?”- Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Kulit Bayi

Penulis

Nur Syazwani