TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket

4 Mar, 2017
Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket

"Jika anda melihat kanak-kanak yang mengemis, maklumkan kami. Anda mungkin menyelamatkan mangsa pemerdagangan orang."

Polis telah menggesa orang ramai supaya tidak memberi wang kepada pengemis kanak-kanak, kerana mereka mungkin mangsa sindiket.

Baru-baru ini, 5 orang lelaki dan 6 wanita yang berusia diantara 27 hingga 62 tahun, bersama dua remaja lelaki berusia 13 dan 17 tahun, dan 5 kanak-kanak, berjaya diselamatkan di sebuah ladang kelapa sawit di Belukar Semang, Kampung Tasek di Grik, Perak.

Pihak polis turut menahan seorang pasangan suami isteri berusia 43 dan 24 tahun. Mereka ditahan reman sehingga hari ini(3 Mac) untuk tujuan membantu siasatan.

Pengeksploitasi kanak-kanak

Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket

sumber: NST

“Orang ramai perlu tampil ke hadapan dan memberi maklumat kepada pihak polis, supaya kita dapat bertindak dengan segera. Di negara ini, kanak-kanak tidak dibenarkan untuk bekerja.

“Jika mereka berbuat demikian, mesti ada sesuatu yang tidak kena,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Gan Tian Kee, “Jika anda melihat kanak-kanak yang mengemis, maklumkan kami. Anda mungkin menyelamatkan mangsa pemerdagangan orang.”

“Cara yang betul untuk (membantu kanak-kanak adalah dengan mengambil) gambar mereka dan menghantarnya kepada pihak berkuasa. Jika anda memberi mereka wang, anda tidak membantu mereka sama sekali. Anda hanya membuat kehidupan mereka sengsara.”

Gan telah menjelaskan, jika orang ramai memberi wang kepada pengemis kanak-kanak, operasi sindiket ini akan menjadi lebih menguntungkan. Maka, ini akan mendorong sindiket untuk mengambil atau menculik lebih kanak-kanak, bagi tujuan mengumpul wang yang lebih banyak untuk diri mereka sendiri.

Ingat langkah-langkah ini jika anda ingin tolong

Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket

sumber: Adlil Rajiah

  1. Jangan beri wang kepada pengemis kanak-kanak.
  2. Cuba tangkap gambar mereka. Kalau dapat, tangkapkan gambar close-up yang jelas supaya senang untuk pihak berkuasa mengenali mereka nanti.
  3. Laporkan kepada pihak berkuasa, polis atau organisasi bukan kerajaan yang mengendali kes pemerdagangan orang, seperti Tenaganita. Talian 24-jam mereka adalah:

     +6012 335 0512
    +6012 339 5350 atau

  4. Hubungi Talian Nur 15999

Kita perlu bekerjaama untuk membanteras sindiket yang mengeksploitasi kanak-kanak dengan memaksa mereka untuk mengemis. Kita perlu berusaha untuk memberi pertolongan kepada mereka yang tidak dapat membantu diri mereka sendiri.

Sumber: NST

Stories Rakan Kongsi
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Happiness And Success: Finding The Right Balance Between Hard Work And Enjoying Life
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Pengemis Kanak-kanak Mungkin Mangsa Sindiket
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham