Anak Masuk Usia 5 Tahun Tapi Belum Pandai Urus Diri, Guru Tegur Ini Yang Patut Ibu Risau!

Pengurusan diri merupakan kemahiran asas meliputi makan, mandi dan buka pakaian yang amat penting bagi anak sebaik memasuki usia 5 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai antara ibu bapa lebih pentingkan kemahiran kompleks anak-anak walau anak baru berumur 3-5 tahun. Mereka lebih gemar pastikan anak-anak kecil ini mampu menulis, membaca mahupun mengira. Sedangkan pengurusan diri anak itu lebih utama.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pengurusan diri anak merupakan kemahiran asas utama

Pengurusan diri anak kecil sepatutnya tertumpu pada cara mereka menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang dewasa seperti makan sendiri, buka baju sendiri atau mandi sendirian di bawah pantauan.

Menurut Shazwana Hanafi melalui perkongsian di facebooknya, dia menekankan kemahiran kendiri lebih penting berbanding kemahiran kompleks buat anak kecil.

Pengurusan diri anak merupakan kemahiran asas utama

Issue anak nak masuk tadika 2023

“Teacher, risau saya, anak saya dah 5 tahun ni tahun depan, tapi membaca menulis mengira semua belum tahu, boleh ke saya nak masukkan anak saya ke tadika puan tahun depan?”

Soalan yang saya akan tanya balik:

#1. Anak puan dah boleh buka baju sendiri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Belum, biasa yang bukakan baju dia

#2. Anak puan dah boleh makan sendiri?

– Belum, biasa yang suapkan

#3. Anak puan dah boleh mandi sendiri?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Belum, biasa saya atau ayah dia yang mandikan

#4. Anak puan dah biasa guna gam?

– Belum, melekit teacher. Saya tak bagi dia main

#5. Anak puan dah pandai guna gunting?

– Belum teacher, tajam. Saya tak bagi dia main

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Anak dah free diapers?

– Belum teacher, saya tak sempat nak training lagi

#7. Anak dah boleh berkomunikasi dengan baik?

– Dia cakap sebiji-sebiji, ayat panjang-panjang tu masih tak pandai sangat, bercerita pun takde lagi

“Sampai bila puan nak suap, nak mandikan, nak cebukkan dia?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Erkkk, saya pun tak pasti teacher.”

“Macam ni la puan, puan tak patut risau dia tak boleh membaca mengira menulis, tapi puan sangat-sangat patut risau anak masih belum pandai urus diri. Itu kemahiran asas untuk hidup dia.

Menulis ni kemahiran kompleks, fine motor skills tak ok lagi, jangan duk paksa menulis. Baik puan paksa dia mandi sendiri, makan sendiri, buka baju sendiri, ajar dia berkomunikasi & berkawan sebelum nak ajar dia menulis.”

Sebab tu parents, kemahiran asas ni perlu sangat. Ni yang anak-anak practice masa playschool. Tapi kalau anak tak ke playschool, ajar la di rumah. Sumber banyak kat google, kat pinterest, boleh je buat aktiviti ni kat rumah.

Ingat, penuhi kemahiran yang asas dulu. Baru la nak pikir bab menulis membaca mengira. Haish, jangan la seksa anak tu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seolah-olah baru nak kenal nombor 1, 2, 3 tapi dah paksa buat calculus. Tak ke haru tu.

Step by step. Rilex.

P/s: Nak masuk 5 tahun tapi belum pandai urus diri is not a good sign ya parents. Pastikan anak dah boleh buka baju sendiri, makan sendiri paling lewat umur 2 tahun setengah. Mandi sendiri bila dah umur 3-4 tahun, tapi dalam pantauan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Seawal 6 Bulan Dah Boleh Ajar Anak Makan Sendiri, Ini 14 Menu Baby Led Weaning (BLW) Yang Sedap

Baca juga:  Dah Tiba Masa Ajar Anak Potty Training? Ini Apa yang Anda Patut Buat & Elakkan

Baca juga:  Jangan Manjakan Saja Anak Lelaki Ini Cara Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah

 

Penulis

Ain Yusof