X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Guna Gam 3 Second Pada Kulit Sebabkan Kakinya Terpaksa Dilapah!

17 Aug, 2017
Anak Guna Gam 3 Second Pada Kulit Sebabkan Kakinya Terpaksa Dilapah!

Kasihan kanak-kanak malang ini. Gara-gara bermain dengan gam biasa RM2 yang digunakan ibunya untuk membuat pelamin, kakinya terpaksa dilapah di hospital.

Pernahkah anda guna gam 3 second?

Gara-gara gam biasa, kaki mangsa dilapah…

Tidak disangka barang yang digunakan secara harian boleh membawa kesan yang diingati sampai bila-bila.

Dek kerana gam RM2 dengan nama ‘3 Second OK’, kaki anak perempuan Puan Farhah yang berusia tiga tahun itu terpaksa dilapah! 

Lihat gambar yang telah dikongsi beliau, tengok sahaja sudah rasa pedih dan sakit….

Anak Guna Gam 3 Second Pada Kulit Sebabkan Kakinya Terpaksa Dilapah!

Sebelum menerima rawatan pihak hospital, di mana kakinya dilapah. foto ehsan Facebook Fara Lia

Kaki melecur dengan teruk hingga terpaksa dilapah

Akibat kesan gam 3 second tersebut yang begitu kuat hingga membuatkan kulit anaknya, Nur Hasya Yusra Shahrul Izuan melecur teruk.

Doktor terpaksa membuat pembedahan bagi membuang bahagian yang terkena bahan gam 3 second itu. Akibatnya, kaki kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ini seperti dilapah (lihat gambar).

gam 3 second

Keadaan kaki kanak-kanak itu selepas pembedahan, seakan-akan dilapah. foto ehsan Facebook Fara Lia.

Gam untuk menghias pelamin dan hantaran

Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu ini terjadi semasa Puan Farahah membeli gam tersebut untuk menyiapkan hiasan pelamin dan hantaran.

Setelah siap dan menyimpan gam tersebut, beliau tidak menyangka anaknya nampak dan mengambil gam itu!

Beliau segera membasuh kesan gam tersebut pada tangan anaknya, namun ketika hendak menyalin pakaian anaknya, beliau mendapati terdapat kesan gam yang sudah kering pada bahagian betis seluar anaknya juga.

Awalnya, Nur Hasya mendapatkan rawatan di Hospital Dungun tetapi kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bertemu pakar kulit kerana bimbang bahan kimia yang terdapat pada gam itu akan merebak sekiranya tidak dibedah.

Menurut Puan Farhah, anaknya terpaksa menjalani pembedahan di HSNZ. Doktor perlu membuang isi dan kulit yang terkena gam itu hingga ke paras lemak kerana bimbang bahan kimia yang tertinggal boleh mengakibatkan kaki anaknya semakin teruk.

Amaran untuk ibu bapa semua. Anda perlu lebih berhati-hati!

Kejadian itu menjadi viral di Facebook selepas ibu kanak-kanak itu, Farhah Nuar, 27, memuatnaik status di media sosial Facebook semalam.

Beliau tak menyangka kejadian itu mendapat perhatian ramai. Malah ramai yang telah berkongsi pengalaman seumpama itu di ruangan komen statusnya itu.

Bagaimana gam tiga saat ini menyebabkan kulit adik Nur Hasya dilapah? Mari kita lihat kandungannya.

Kandungan gam tiga saat ini ialah cyanoacrylates yang juga mempunyai:

  • methyl 2-cyanoacrylate
  • ethyl-2-cyanoacrylate (biasaannya dijual dalam bentuk “Super Glue” and “Krazy Glue”)
  • n-butyl cyanoacrylate
  • 2-octyl cyanoacrylate 

Cyanoacrylates boleh mendatangkan kesan bahaya seperti melecur dan keracunan sekiranya termakan atau terkena pada kulit. 

Langkah keselamatan awal sekiranya terkena kulit

Sekiranya terkena kulit;

  • segera basuh bahagian yang terkena gam dengan air yang suam sambil menggosok secara perlahan.
  • JANGAN kopek bahagian yang sudah kering
  • sekiranya dua jari terlekat, cuba gunakan minyak sayuran sambil menggerakkan jari ke depan dan ke belakang sehingga ia boleh dileraikan.

Nota: sekiranya keadaan teruk, segera ke hospital dan berikan butiran berikut;

  1. umur, berat dan keadaan mangsa
  2. jenama produk (lebih baik jika bawa bekas produk)
  3. masa terkena atau tertelan
  4. bahagian yang terkena bahan tersebut

Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Hati-hati ibu semua. Sentiasa pantau apa yang anak-anak anda main, ya.

Sumber: thereporter, medline plus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkanak-kanak-mati-mandi-di-kolam/

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Guna Gam 3 Second Pada Kulit Sebabkan Kakinya Terpaksa Dilapah!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham