Scam Menyamar Pos Laju Pula! Waspada Dengan Panggilan Pelik Musim Beli Barang Online Ini

Semak dahulu nombor akaun melalui laman web yang disediakan untuk mengenalpasti nombor scammer sebelum melakukan traksaksi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebelakangan ini, banyak kes penipuan scammer yang berlaku di negara kita. Kerap kali scammer atau penipu ini menggunakan telefon untuk melakukan urusan scam terhadap mangsa hanya dengan mendapatkan maklumat seperti nombor kad pengenalan sahaja!

Tujuan utama scammer ini pastinya untuk mendapatkan wang yang boleh mencapai ribuan ringgit kalau mangsa mudah terpedaya. Apatah lagi apabila scammer melakukannya dengan menakut-nakutkan mangsa dan melibatkan ‘pihak berkuasa’ pula!

Penipuan Scammer: Scammers Menyamar Pos Laju dan Polis

sumber: Pos Laju/Facebook

Seorang wanita telah berkongsi di Facebook baru-baru ini apabila ibunya hampir termasuk perangkap scammer yang menyamar sebagai pekerja pos laju dan PDRM. 

Menurut perkongsiannya pada 13 Jun, ‘Pos Laju’ telah membuat panggilan kepada ibunya dengan mengatakan ada bungkusan mencurigakan yang mengandungi kad pengenalan wanita tersebut. Mereka mendakwa ibunya mungkin ditipu oleh seseorang yang bernama “Lim Kok Wei” untuk pengedaran dadah dan pengubahan wang haram, dan bahawa waran untuk penangkapannya dikeluarkan di Sabah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nah, kalau jadi macam ni siapa yang tak cuak kan?

gambar hiasan

Seterusnya, panggilan tersebut serta merta disambungkan ke Balai Polis Kota Kinabalu (KK) kononnya untuk membantu dalam siasatan kes.  Untuk membuatkan seolah-olah ia panggilan dari nombor balai polis sebenar, lelaki di telefon memberitahu mangsa supaya tidak membalas semula panggilan jika ia terputus, kerana ia boleh merosakkan dengan “rakaman”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berjaya Dapatkan Pengenalan Diri Mangsa, Termasuk Alamat Rumah dan Baki Akaun!

Setelah berjaya meyakinkan si ibu, scammer tersebut cuba meminta beberapa maklumat diri dari mangsa. Mangsa yang dalam keadaan risau telah beri beberapa info seperti:

  • Alamat rumah
  • Baki dalam akaun
  • Jumlah bank yang ada akaun
  • Jumlah anak
  • Bilangan kereta yang dimiliki

Walaupun mangsa memberikan maklumat itu tetapi dia tidak mendedahkan butiran nombor akaun atau plat CVV dan lesennya. Selepas itu, scammer meminta mangsa untuk meninggalkan rumah kononnya untuk mengelak dari sesiapa terdengar perbualan tersebut.

Perlu Ke Sabah Untuk Elak Ditahan Polis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian itu tidak berakhir begitu sahaja, ibu wanita berkenaan seterusnya diminta untuk pergi ke KK dalam masa 24 jam untuk membantu siasatan kalau tidak mahu dimasukkan ke penjara! 

Penipuan scammer ini berlanjutan apabila pegawai tersebut kemudiannya menawarkan untuk membantu mangsa yang mendakwa bahawa dia perlu terbang ke KK dalam masa 24 jam dan masuk ke dalam sebaliknya. Namun perkara tersebut berjaya diatasi dan pemanggil scam itu beralih dengan menyuruhnya mengidap di hotel sahaja.

“Dia menggunakan anak-anaknya dan ibunya yang sedang sakit dengan mengatakan apa yang akan berlaku kepada mereka jika dia berada dalam lokap,” tulis anak perempuannya.

Scam Malaysia: Anak Perempuan Menyedari Ia Adalah Scam

Semasa si ibu pulang ke rumah, mujurlah anak perempuannya terdengar panggilan tersebut dan menyedari yang ia merupakan panggilan palsu. Selepas memastikan bahawa ia adalah satu penipuan, anak perempuannya segera meletakkan panggilan tersebut.

Scammer itu kemudiannya memanggil telefon rumah mangsa beberapa kali. Wah, berani betul ya?

Berikutan kejadian ini, ada juga pengguna Facebook yang berkongsi yang dia juga mengalami perkara yang sama beberapa minggu lalu. Walaupun dia tahu ia merupakan panggilan scam, namun dia hampir terpedaya kerana scammer tahu nombor telefon tempat kerjanya juga!

Modus Operandi Scammers

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian di atas hanya salah satu dari banyak kaedah yang digunakan oleh scammers untuk meraih wang dengan mudah dari mangsa. Kalau nak diikutkan, banyak jenis modus operandi yang dijalankan oleh penipu keparat ini, antaranya:

  • Menawarkan pembiayaan mudah dan cepat
  • Pemindahan wang oleh pegawai polis atau pegawai bank (Macau Scam)
  • Love scam
  • Pewaris harta/wang daripada pihak luar

Jika ada nombor yang anda sangsi, PDRM ada menyediakan portal untuk menyemak nombor telefon atau akaun bank yang dikhuatiri terbabit dengan traksaksi penipuan urus niaga dalam talian atau scam Malaysia. Maklumat ini didapati hasil laporan orang ramai yang pernah terlibat dengan penipuan ini.

Anda hanya perlukan masukkan nombor akaun pada ruang kosong di laman https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan maklumat akan tertera. Selain itu, laman alternatif lain adalah https://scam.my/

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: says.com

Baca juga:

https://my.theasianparent.commangsa-scammer

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman