X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Makanan Baik Untuk Menjaga Kesihatan Rahim Selepas Bersalin, Ibu Sila Take Note!

4 min bacaan
10 Makanan Baik Untuk Menjaga Kesihatan Rahim Selepas Bersalin, Ibu Sila Take Note!

Rahim adalah lambang kewanitaan yang perlu dijaga dengan sempurna. Penjagaan rahim bukan sekadar untuk kesihatan jangka pendek, tetapi kesan jangka panjang.

Rahim adalah lambang kewanitaan yang perlu dijaga dengan sempurna. Penjagaan rahim bukan sekadar untuk kesihatan jangka pendek, tetapi ia adalah demi kesihatan dan kesan jangka panjang.

Pemakanan masa kini dibimbangi menggugat kesihatan rahim justeru adalah amat penting untuk menjaga pemakanan anda bagi memastikan kesihatan rahim sentiasa terpelihara. 

Dikatakan, rahim wanita akan mengembang seperti belon ketika ia hamil, dan mengecut kepada saiz asal seleps bersalin. Selepas bersalin, banyak perubahan berlaku kepada rahim, jadi disebabkan itu untuk menjaga kesihatannya kaum ibu dinasihatkan menjaga pemakanan dengan memastikan makanan yang diambil berkhasiat. 

Baca juga: Apa Maksud 'Rahim Lemah'? Incompetent Cervix, Punca Keguguran Pada Awal Kehamilan

Penjagaan rahim dengan makanan berkhasiat

Penjagaan rahim

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan badan termasuklah rahim. Disebabkan itu, anda perlu sentiasa semak pemakanan anda untuk memastikan kesihatan rahim sentiasa terjaga. 

Jika terlalu ikutkan selera dan terlalu mengikut cara pemakanan zaman moden, anda mungkin akan merisikokan badan dan rahim anda yang akan terkena akibatnya berikutan tabiat pemakanan yang tidak sihat.

Banyak penyakit berpunca daripada gaya pemakanan dan ia memang disahkan oleh doktor bahawa pemakanan antara penyebab kepada tercetusnya pelbagai penyakit.

10 makanan penting untuk penjagaan rahim

#1. Banyak protein dan vitamin

Bersalin akan menyebabkan anda kehilangan banyak darah dan tenaga. Jadi anda memerlukan makanan yang mengandungi banyak protein untuk menjaga kesihatan badan dan rahim.

Anda boleh mendapat protein daripada daging dan ayam. Bagaimanapun, jika baru lepas bersalin tidak perlulah makan daging terlalu banyak kerana ia mungkin akan menyebabkan sembelit yang akan menyukarkan ibu hamil. 

#2. Elakkan makanan berkeju

Anda perlu mengelakkan makanan berkeju jika mempunya darah tinggi, sakit buang pinggang atau sakt pembuluh darah. 

#3. Ambil nasi dan susu (rendah lemak)

Bagi memastikan anda cukup tenaga, bekalan karbohidrat juga diperlukan. Pastikan anda mengambil susu rendah lemak.

#4. Banyakkan makanan bersumber vitamin C

Vitamin C dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium dan magnesium. Disebabkan itu pengambilan sayur segar amat digalakkan bagi ibu lepas bersalin.

Bukan saja untuk ibu lepas bersalin, vitamin C juga amat penting untuk sesiapa saja. Justeru, jika kekurangan vitamin C akan mudah jatuh sakit dan sebagainya. 

Disebabkan itu anda perlu pastikan pengambilan vitamin C yang cukup dalam diet seharian bagi menjaga kesihatan rahim anda!

#5. Makanan mengandungi vitamin B kompleks

Kekacang menyumbang vitamin B Kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduktif serta mengaktifkan hormon kelamin.

Vitamin B kompleks juga terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan hati, susu dan telur.

#6. Nenas, betik

Nenas adalah antara makanan paling bagus untuk menjaga rahim kerana ia mempunyai enzim bromalin manakala betik pula mengandungi enzim papase.

Kedua-dua enzim ini berperanan membersihkan darah kotor di belakang rahim. Selain itu makan seperti keledek merah membekalkan hormon progesteron, keladi membekalkan estrogen dan ubi kayu membekalkan B17 yang berperanan sebagai anti kanser yang boleh menjaga kesihatan rahim.

#7. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia, serai

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Makanan ini sering menjadi ramuan utama dalam penyediaan makanan berpantang bagi ibu selepas bersalin kan? Lihatlah khasiatnya memang baik untuk rahim. Ia mempunyai kesan anti inflammatory yang mengelakkan rahim daripada menjadi bengkak. 

#8. Kekacang

Penjagaan rahim

Kekacang seperti walnut, gajus dan badam baik untuk kesihatan rahim. Selain itu kismis dan kurma juga memberikan kesan yang baik kepada kesihatan rahim.

#9. Ikan kembung, mackerel, tenggiri, bawal

Makan lebih ikan-ikan bersaiz kecil yang kurang merkuri. Khasiat protein daripada ikan amat membantu dalam penjagaan kesihatan rahim.

#10. Teh hijau

Penjagaan rahim

Teh hijau mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penyakit kepada individu yang mengamalkannya. Jadi rajin-rajinlah minum teh hijau untuk kesihatan rahim anda! Teh hijau biasanya diminum tanpa gula yang memberikan kesan kesihatan lebih baik kepada pengamalnya. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mingguan Wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • 10 Makanan Baik Untuk Menjaga Kesihatan Rahim Selepas Bersalin, Ibu Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

    Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

  • Bayi Pertama Lahir Berkat Pemindahan Rahim, Kini Wanita Tiada Rahim Juga Boleh Hamil!

    Bayi Pertama Lahir Berkat Pemindahan Rahim, Kini Wanita Tiada Rahim Juga Boleh Hamil!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

    Benarkah Bersihkan Rahim Penting Untuk Wanita Yang Merancang Untuk Hamil? 9 Tanda Rahim Tak Sihat

  • Bayi Pertama Lahir Berkat Pemindahan Rahim, Kini Wanita Tiada Rahim Juga Boleh Hamil!

    Bayi Pertama Lahir Berkat Pemindahan Rahim, Kini Wanita Tiada Rahim Juga Boleh Hamil!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.