Tips Elak Bentan Lepas Bersunat, Ibu Ayah Jangan Memandai Letak Sebarangan Ubat Pada Luka

Bentan antara perkara yang paling ditakuti selepas bersunat. Jadi penjagaan selepas bersunat amat penting bagi mengelak daripada berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim cuti sekolah ini ramai ibu ayah ambil peluang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Selesai prosedur, penjagaan selepas bersunat amat penting bagi memastikan luka sunat sembuh dengan baik.

Prosedur khatan adalah membuang kulit di bahagian hujung zakar (kulit preputial) atau dipanggil kulup yang menutup kepala zakar.

Penjagaan Selepas Bersunat, Jangan Sapu Sebarangan Ubat

Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan sunat atau khatan termasuklah kaedah clamp dan kaedah laser.

1.Clamp

Ia juga ikenali sebagai kaedah Gomco yang merupakan kaedah tradisional yang telah digunakan selama bertahun-tahun. Menerusinya kulup ditarik ke hadapan meliputi kepala zakar dan alat khas yang dipanggil clamp Gomco diletakkan di sekitar kulup.

Clamp tersebut diketatkan dan kulup berlebihan dikeluarkan dengan skalpel atau gunting. Clamp kemudiannya dibiarkan di tempatnya selama beberapa minit untuk menghentikan sebarang pendarahan, dan kemudian ia dikeluarkan.

Kelebihan: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu kelebihan utama khatan clamp adalah prosedurnya yang cepat dan mudah. Ia juga memerlukan hanya alat bedah asas dan tidak memerlukan sebarang peralatan khas. Harganya juga berpatutan menjadikan ia kaedah pilihan berkhatan paling popular di dunia. 

Penjagaan selepas bersunat clamp sama juga seperti kaedah lain cuma kaedah ini agak menyakitkan bagi pesakit terutama semasa tempoh pemulihan.

Kekurangan:

Clamp boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan yang ketara serta terdapat risiko jangkitan atau komplikasi lain. Terdapat juga risiko pendarahan semasa prosedur yang boleh menjadi berbahaya jika tidak diuruskan dengan betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Laser

Ia adalah kaedah terkini berkhatan yang menggunakan laser untuk mengeluarkan kulup. Dalam kaedah ini, kulup dibisu terlebih dahulu. Kemudian, laser digunakan untuk mengeluarkan kulup dengan cara yang tepat dan terkawal.

Laser juga memerangkap saluran darah yang membantu mengurangkan pendarahan dan risiko jangkitan.

Kelebihan:

Ia tidak menyakitkan. Laser memerangkap saluran darah yang membantu mengurangkan pendarahan dan risiko jangkitan. Khatan laser juga menghasilkan bekas luka yang kurang dan cara jaga anak sunat laser lebih mudah kerana waktu pemulihan yang lebih cepat berbanding kaedah clamp.

Kekurangan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuma harganya sedikit mahal dan memerlukan peralatan khusus dan profesional perubatan yang terlatih untuk melaksanakan prosedur.

Penjagaan Selepas Bersunat, Pastikan Kawasan Luka Kering

1.Sentiasa bersihkan bahagian luka sehingga keruping tertanggal.

2.Keringkan bahagian kemaluan setiap kali selepas mandi. Halakan pada kipas angin untuk mudahkan pengeringan.

3. Jangan letak sebarangan ubat selain dibekalkan oleh doktor di klinik atau hospital 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Amalkan pengambilan protein dan makanan berkhasiat untuk penyembuhan luka.

5.Pendarahan pada hari pertama atau kedua adalah perkara biasa. Usah bimbang, keringkan dengan tisu bersih. Jika pendarahan masih berterusan atau tanda-tanda lain segera dapatkan rawatan doktor. 

Semoga bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sunat Atau Khatan Anak Lelaki Sesuai Dilakukan Seawal Usia Bayi, Ini Sebabnya

Baca juga: Sunat Bayi Lelaki Boleh Dilakukan Seawal Usia 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Ibu & Ayah!

Baca juga: Doktor Terpotong Zakar Budak 3 Tahun, Ini 2 Kaedah Selamat Untuk Sunat Bayi Lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar