Tak Masuk Akal! Bayi Berusia 2 Tahun Dihukum Penjara Seumur Hidup Di Korea Selatan

Gara-gara ibu bapa memiliki Al-Kitab, sebuah kita suci Kristian, bayi berusia 2 tahun ini dihukum penjara seumur hidup oleh Korea Utara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Macam tak percaya dan tak masuk akal bila seorang bayi berusia 2 tahun dilaporkan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup di Korea Utara. Ia dikatakan berpunca daripada sebab ibu bapanya yang memiliki kitab suci bagi penganut agama Kristian yang dipanggil Al-Kitab.

Menurut New York Post, yang mana bersandarkan laporan mengenai Kebebasan Beragama Antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Luar Amerika Syarikat. Malah, turut dilaporkan yang mana kira-kira hampir 70,000 orang beragama Kristian telah menghadapi penganiayaan di Korea Utara.

Dikatakan yang mana di bawah pemerintahan Kim Jong Un, undang-undang negara itu menetapkan yang sesiapa sahaja yang memiliki Al-Kitab akan dikenakan hukuman mati manakala ahli keluarganya akan dihukum penjara seumur hidup.

Oleh kerana ibu bapa kepada bayi tersebut ada memiliki Al-Kitab, baby kecil ini juga tidak terkecuali daripada hukuman kejam itu biarpun hanya baru berusia 2 tahun dan tidak mengerti apa-apa. Sungguh tidak masuk akal dengan apa yang dibuat oleh kerajaan Korea Utara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan kes ini sahaja, sebelum ini juga terdapat satu laporan tentang seorang wanita dan cucu perempuannya yang dihukum bunuh pada tahun 2011 dek kerana hanya memeluk agama Kristian. Bahkan, penganut agama ini yang lain juga turut diseksa. Kejamnya adalah mereka diseksa dengan cara digantung dan tangan mereka diikat ke belakang selama beberapa hari.

Bukan itu sahaja, malah kaum wanita juga tidak dibenarkan untuk tidur semasa berada di penjara dan mereka digalakkan untuk membunuh diri. Sangat sedih dah kejam! Negara di bawah pemerintahan Kim Jong Un ini juga selalu membuat propaganda seakan kononnya orang beragama Kristian suka minum darah, merogol dan menjadi pengintip.

Undang-undang Korea Utara menjamin kebebasan beragama bagi penduduknya. Biarpun mereka mempunyai sebuah gereja yang terletak di Pyongyang, namun ia hanya menjadi tempat untuk perlindungan pelancong bagi warga asing.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau di negara lain terutamanya negara barat, orang Islam menjadi mangsa kekejaman atau keganasan, tetapi di Korea Utara, agama Kristian merupakan agama paling rendah tahapnya di dalam masyarakat di negara itu dan sentiasa berada di dalam bahaya menurut seorang mangsa yang berkongsi cerita itu kepada Radio Free Asia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Teringin Namakan Bayi Perempuan Nama Korea? Cuba Lihat Cadangan Ini

Baca juga: 5 Cara Berkesan Artis Korea Mendidik Anak Tripletnya Yang Boleh Anda Tiru

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Wanita warga emas di Jepun sengaja pilih untuk masuk penjara kerana sunyi dan kesepian

Penulis

Farhana Fuad